Thursday, November 18, 2010

Lambaian Kaabah

Tarikh : 16 Oktober 2010
Tempat : Rumah sendiri, Airport Kuala Terengganu
Event: Menghantar bakal2 Haji Hajjah berangkat ke Mekah

16 Oktober yang lepas..wait! 16 Oktober?wth apa ke lambat sangat, dah sebulan baru nak cerita..hehe. Ok2..16 Oktober yang lepas, saya and family besar telah mengiringi Mak saya, Umi saya, dan Abah saya berangkat ke Mekah. Memandangkan Airport Kuala Terengganu dah jadi International Airport, tak perlu la jemaah2 suma transit ke KLIA dulu. Dari KT boleh terus ke Jeddah. Canggih woooaahh. Baik kamu bangga jadi rakyat Terengganu. Aip, abaikan je la tragedi stadium runtuh tu..haha
Sewaktu azan sebelum berangkat

Antara saudara mara and jiran2 terdekat yang turut datang meraikan
Umi saya : Mak saya
Antara sanak saudara dan sahabat handai yang menghantar ahli keluarga dan kenalan masing2
dan saya =)

Multi-Level Marketing

Semalam, aku ada terjumpa satu blog yang telah menyedarkan aku. Aku ni boleh dikatakan terer dalam bab2 merangka perangcangan, tapi gagal dalam merealisasikan perangcangan tersebut..sadis sungguh! Betol, semangat aku mudah membara meletup2 then mudah pulak padam layu terkubur. Itu lah masalah yang paling besar yang aku hadapi sekarang. Lepas aku baca blog tu, macam ada orang ketuk je badan aku ni supaya aku run my plan NOW! Dulu aku fikir, nak stat bulan 7, time student baru daftar U..then, tangguh ke bulan 8, bulan 9, bulan 10 dan sekarang dah akhir bulan 11. Langsung tak der sebarang movement. Kononnya nak tunggu bulan 11, sebab dah start cuti sekolah. Padahal sebelum ni kerja half day je pun, banyak la ang punya alasan Liza. 

Aip, kejap2..Kenapa tajuk MLM, tapi intro cam out of topic je ni? Ok la, kaitannya kat sini ialah aku memang terlibat dalam bidang ni. Jom senaraikan apa kelebihan dan keburukan MLM ni. Sebabnya ramai sangat yag tak suka plus benci bin menyampah kat MLM ni. Siap ada group anti MLM lagi kat Facebook..hehe..sebut MLM je pon dah lari jauh2..wuuu..Lebih membuatkannya sensitif bila dikaitkan dengan agama. Halal haram sesuatu perniagaan. Memang betul, kita sebagai orang Islam kena betul2 teliti tentang sumber rezeki yang akan jadi darah daging kita tu nanti. Tapi yang tak enak nya, yang pro MLM akan pandang dan ambil point yang menyebelahi mereka sahaja, manakala bagi yang anti MLM pula hanya akan ambil point yang membelakangi sesebuah MLM. Tak cantik la macam tu. Tambah pula bila ada diantara ahli yang pernah sertai, dan tak dapat seperti yang diinginkan, terus salahkan MLM tu 100%.

Ok, honestly, aku dulu pun memang takut and paling tak suka bila orang sebut or ajak aku join apa sahaja yang berkaitan dengan MLM ni. Tapi, once aku dah masuk dalam golongan ni, bergaul dengan mereka, MLM bukanlah seburuk dan sehodoh yang dicanang2kan. Lepas aku join MLM ni, aku tak kaya pun. (sebab tak usaha..haha) Tapi apa yang aku pasti, aku telah belajar banyak benda dari pengalaman2 yang telah aku perolehi. Thanks God! Selepas tu juga, aku dah boleh menilai apakah MLM sebenar, apa ciri2 dia dan apa pros and cons selepas terlibat dengannya. Kat bawah aku senaraikan serba sedikit apa yang aku tahu tentang MLM ni.

Kelebihan:
* Dapat dilakukan secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Kalau nak buat macam ni bila kerja makan gaji, alamatnya sayonara lah kat company tersebut.

* Hasil yang bergantung pada usaha. Bila usaha dengan gempaknya, maka pulangan juga haruslah gempak. Wooooh! Kalau dengar kisah jutawan2 MLM ni, dia tak de nya goyang2 kaki, mesti tidur sejam dua je sehari..seeee?

* Pulangan yang akan berterusan macam pencen. Konsepnya sama macam penulis lagu, M Nasir cipta lagu Mentera Semerah Padi sekali je, then akan dapat royalti dari lagu yang dihasilkan tu bertahun2..selagi la ada pembeli, ada permintaan. Konsepnya sama juga seperti penulis novel terkenal, J K Rowling yang mecipta fenomena ajaibnya melalui Harry Potter. Dari seorang yang miskin dia telah menjadi seorang jutawan dari hasil royalti novel2 beliau. Selagi ada pembeli dan permintaan.

* Modal yang rendah. Cuba bayangkan nak bukak perniagaan sendiri, berapa banyak nak kuar modal? Bukak stall beger jer pon dah 2 3 ribu tahu? Terpulang kepada company dan MLM yang mana, modal mesti lah berbeza. Lagi tinggi modal, lagi tinggi la risiko. Macam jatuh tingkat 1 ngan jatuh dari tingkat 18..mana yang lebih sakit?hehe.. 

*  Secara kesimpulannya di sini, MLM ni bergantung pada diri sendiri. Kita nilai diri kita dulu samada kita mampu atau tidak melaksanakan perniagaan ni. Tanya diri kita sudah bersedia kah kita nak jadi bos kepada diri kita sendiri. Bersediakah kita nak jadi leader pada rakan2 kongsi yang lain. Bersediakah kita menanggung risiko yang bakal tiba.

Keburukan:

* Pihak upline terlalu menekankan hasil dan keuntungan. Dijanjikan sesuatu yang melampau dan kadang2 mustahil untuk dicapai. Jutawan. Kaya Raya. Senang. Cepat. Kalaulah sesenang tu pekerjaan ni, tak de la orang miskin kat dunia ni akak abang oi.

* Barang utama sudah tidak diambil peduli. Yang dikejar hanya lah keuntungan dan kemasukan ahli baru.

* Ramai ahli yang masuk sebab nak kaya, maka berduyun2 join, goyang kaki..tak dapat pulangan, marahkan bisnes, produk.

* Secara kesimpulannya kat sini, ahli terdahulu ataupun lebih glemer disebut upline lah yang memegang peranan penting di sini. Mereka sepatutnya ikhlas dalam berniaga, jangan tamak. Jujur dalam membantu ahli atau rakan kongsi yang lain. Jangan ada sifat pentingkan diri sendiri. Kalau ada semua ni, aku rasa masalah penipuan apa semua tu tak akan wujud. Akhirnya MLM akan jadi perniagaan yang telus dan bolah diterima ramai.
Kenangan bersama partner MLM dulu

Maka, dari persepsi ni  tadi la yang akan memburukkan lagi industi MLM dalam negara kita khususnya. Nasihat saya, Jika ditawarkan sebarang perniagaaan, kaji dulu. Selidik sehabis baik. Minta pendapat orang yang neutral (tidak pro dan tidak anti MLM). Dan jangan sekali2 terjebak dengan skim cepat kaya, money game, sistem piramid dan sebagainya. MLM sebenarnya sama je dengan perniagaan konvensioanal yang lain. Ada barang, ada penjual, ada pembeli, ada proses jual beli. Yang tak sama cuma dari segi pengiklanan. Perniagaaan konvensional ada bill board besar2. Ada iklan kat radio, tv, surat khabar. MLM pula menggunakan iklan dari mulut ke mulut yang dikaji lebih berkesan dari sebarang jenis pengiklanan yang lain.

p/s: Teringat dulu aku buat pasal topik ni time kelas BI..hehe

Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia..

Sembelihkan lah segala sifat LEMBU yang ada dalam diri kita..(aku sangat suka ayat ni, dicedok dari ustaz dalam rancangan MHI pagi tadi)

Hari ini tak de apa yang istimewa. no juadah pagi raya, no baju raya, no salam2, no picture. Begini lah jadinya kalau tak balik beraya kat kampung. Bukan tak nak balik, tapi tak der tiket kot? ha! kot?hehe..Tadi ada kol adik2 and kakak2 kat kampung.

My brother punye cerita:
Me: Makan per arini?
Lil Bro: Banyak sangat K yah (cousin kitorang) masak, sampaikan tak tahu nak pilih mana satu, last2 terus balik rumah..
Amboi, mengada ye kamu! (dia kena la menumpang kasih kat rumah cousin, my parent pergi Mekah)..

My sis punya cerita: 
Sis : Ha, beraya kat kampung ni, banyak Wan masak..
Me: Wan masak ape?
Sis: Banyak sangat la Wan masak. Ada lemang, ketupat, nasi minyak, rendang ayam, daging, kek bla bla bla....

My Love punye cerita:
Love: Sayang makan ape hari ni?
Me: Makan nasi je, tu pon panaskan lauk semalam.
Love: Aloh kesiannya. Hari ni B makan nasi tomato dengan rendang daging dengan ayam masak merah dengan bla bla bla..

Arggghhh..semua orang tak sayang kat aku dah! Aku majuk kang, tido 4 hari tak bangun2..waaaaaaa




End of the chapter

Semalam secara rasminya adalah hari terakhir aku berkhidmat di SMJK Convent Datuk Keramat. So lepas ni boleh la aku makan tido makan tido sampai koma. haha. Semua di harap jangan jeles ye..Sekali fikir, memang best jadi cikgu ni, kerja tak de la banyak sangat. Kalau tension pon setakat kat sekolah je, balik rumah hilang dah. Deal ngan budak2 pun best. Kalau deal ngan orang tua, kita marah dia, dia marah kita balik. Kalau nasib baik boleh penampar free..tapi dengan budak2, kita la yang berkuasa..hehe
Hah, tengok ni apa cikgu tulis!
Peace!
1P3' students
Overall semua ok kerja kat situ, satu pengalaman yang berguna untuk aku hadapi masa2 yang mendatang terutamanya dalam aspek kerjaya. Yang paling penting, kerja kat situ banyak mengajar aku tentang erti S.A.B.A.R . ya, kena sabar dengan telatah budak2, kena sabar dengan persepsi cikgu2 or pihak pentadbiran pandang kitorang sebagai GSTT and macam2 lagi. Walau apa pun, aku bangga dengan diri aku sendiri (eh boleh ke bangga diri ni?ermmm..) sebab dapat hadapi semua ni. Sepanjang 10 bulan ni, aku ulang alik kerja dengan bas saje, tak perlu nak tumpang2 orang or mengharapkan orang lain. Apa2 tugas aku boleh selesaikan dengan jayanya. Aku tak menggunakan pelajar2 aku untuk buat kerja yang perlu aku sebagai guru perlu selesaikan sendiri. And yang paling penting aku sudah menyumbang sedikit tenaga dalam mendidik anak bangsa walaupun bukan seagama dan sebangsa dengan aku.

a small present for my student
For the highest mark in each class and the best note
Sepanjang kat sana pun, aku boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Aku tanamkan prinsip "Jangan percayakan sesiapa, Dia buat baik dengan aku, Aku akan buat baik dengan dia". Itu saja. Sangat senang. Tak kira la dia tu apa bangsa, apa agama. Dalam hati ada la jugak rasa sedih tak jumpa budak2 tu lagi (or sedih tak boleh kerja half day lagi?) . Tak boleh nak layan kerenah dorang lagi, tapi aku tahu i have to move on. Aku perlu cari sesuatu yang pasti tuk masa depan aku..hehe..Babai SMJK Datuk Keramat..Tata titi tutu..
wif Pn Chong
wif mumy to be, K Zana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...