Tuesday, May 10, 2011

Tips nak sejukkan bilik..

Salam Semua..

Sihat tak semua? Entry lepas cerita pasal demam, haruslah tanya orang lain sihat ke tak pulak kan?concern..heee..Korang perasan tak tiga empat hari ni, udara/cuaca/suhu sangat2 la panas. Tak tahu lah kesan Global Warming ke ape..Hujan pun dah lama tak menjengah bumi (kat tempat aku la) Aku rasa nak je mandi berendam dalam tub 24 jam..Weekdays ok lagi, boleh bukak aircond kuat2 kat ofis, time hari minggu and malam..wah! Tuhan jer yang tahu..*terus insap, ingat panas kat akhirat nanti..sob2* 

Ok..kat sini aku nak bagi tips kat korang tuk sejukkan bilik korang..pada sesapa yang bilik dia dah ada aircond, tak yah la ikot tips ni, on je aircond korang tu, duk diam2..hah, pada sape yang tak de benda alah canggih penyumbang penipisan ozon tuh (gaya orang tak mampu beli aircond..hehe) meh sini dengar and ikot tips yang ai nak kasi ni..Tak yah ambil kertas ngan pen la, bukan nak bagi resepi..senang je ni..

Wah..best ni berendam gini..*malu*

Untuk hilangkan rasa bahang panas atau nak turunkan suhu bilik anda, letak air dalam besen atau baldi..Besen lebih afdal kot sebab saiz permukaannya lebih besar.. Jenis air ialah air paip ye..letak air manis kang, bersemut pulak..kalau letak ais, mungkin kesannya lagi best..kot?Kuatiti air ikot korang la, separuh bekas pun boleh..kalau bekas tu besar, tak larat nak angkat, letaklah sekadar termampu..jangan paksa diri semata2 nak sejuk bilik, terkehel bahu pulak..then, letakkan saje baldi/besen berisi air tadi dalam bilik..biar je sepanjang hari/malam..Rasionalnya, air tadi akan menyerap wap2 panas di udara..jadi, boleh la turunkan suhu bilik anda..Keberkesanan tips ini masih lagi dikaji..Ai pun baru je try, kesannya masih tak dapat dikenal pasti..Sama2 la kita cuba yer, kalau tak jadi pun tak de la rugi benor, kecuali korang tersepak bekas tu time mamai2 bangun malam nak pergi toilet..hahahaha..ops!

Selamat mencuba!



p/s: Ahli kaji cuaca cakap 'musim panas' ni akan berlarutan lagi seminggu..Oh my! *cepat susun besen banyak2 dalam bilik *

Monday, May 9, 2011

Sakit penghapus dosa kecil..

Salam Semua..

Dah lama jugak aku tak update apa2 cerita kat blog ni..Weekdays memang tak sempat la kan, balik kerja pun dah lewat malam, so hanya berharap pada weekend jer..Kisahnya, weekend lepas aku demam teruk, ujian dari Allah..So, memang tak dapat la nak update apa2..Nak pandang laptop pun dah rasa loya semacam..hehe..Aku demam biasa jer..Tak de penyebab2 lain kot..InsyaAllah..cuma kali ni, duration demam tu lama sikit..Biasanya sehari jer..kali ni 3 hari! Siap muntah2, tak selera nak makan bagai la..pakej lengkap! sebelum ni, tak pernah demam macam ni, seingat aku la..biasanya demam manja2 gitu jer..tu pun 3 tahun sekali..huk2..tahun ni je, dah 2 kali aku demam..tak nak la fikir bukan2 kan, aku just terima and anggap ujian Tuhan jer..

Aku start tak sedap badan hari selasa, mungkin sebab hari isnin balik kerja kul 2.30am kot..(sila jangan terkejut kenapa aku balik kerja 'awal' sangat)..Tapi start tak boleh wat pape petang rabu..malam rabu tu dah panas2 tak boleh duk diam dah..esoknya badan dah panas, tapi gigih jugak nak pergi kerja..akibatnya, sampai ofis dah lembik..tidur je kat surau sepanjang hari..seksanya Tuhan je yang tahu..dengan sejuknya, sakit badan tidur atas lantainya..sedey..sob2..Masa tu makan panadol je la ngan ubat sakit tekak..harap2 tak melarat..

Esoknya dorang soh aku duk umah jer, tapi aku cakap dah ok dah (dalam hati takut duk umah sorang2..haha).Tapi, belum sampai ofis, badan aku dah menggeletar2, siap nak termuntah dalam kereta..Sebelum sampai ofis, Anis hantar aku gi klinik dulu, dapat MC sehari..So, tengaharinya, Kiah hantar aku balik umah, rehat kat umah..Duk kat umah lain sikit dari kat ofis..boleh rehat betul2..Sampai je umah aku terus tido, bangun solat makan ubat tidur bangun solat makan ubat tido sampai la esok pagi..eehehehe..Pagi ahad baru la dah sihat balik macam biasa..dah boleh makan banyak2, dah boleh mandi lama2, dah boleh cakap tak henti2..hehe

Cool Fever..Panadol..Air Badak..semata2 nak cepat sembuh..

Ubat yang pahit giler penah aku telan..sob2
Kat sini, aku nak cakap thanks banyak2 kat Anis, tolong hantar gi klinik, kat Dayah tolong tampalkan 'cool fever', tolong sapu2 air asam jawa kat kepala aku (siap pesan nanti mandi letak shampoo, rambut bau asam jawa..haha), thanx kat Kiah hantar balik umah yang sudahnya ang plak yang sesat tak tahu nak balik ofis, thanks jugak masakkan tomyam kat aku yang last2 aku pon tak boleh makan..thanks kat korang sume sebab sudi layan aku yang banyak kerenahnya ni..Thanks!..semoga Allah balas jasa korang..Lepas ni, diharapkan dijauhkan lah dari sakit2 macam ni lagi..huk2..sedeyh bile time sakit2 ni jauh ngan family..rasa cam banyak dosa pun ada..huk2..Tu la, akibat tak amalkan gaya hidup sihat gamaknya..heeee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...