Thursday, June 16, 2011

'Langkawi..here I come..' part 2..

Salam Semua..

Entry lepas aku dah citer hari pertama aku and family kat Langkawi kan..ok now, kita cerita apa yang berlaku pada hari kedua plak..ala, ni macam cacatan perkhemahan korang dulu2 tu la..heee..pagi tu makan sarapan nasi goreng home-made..jimat2 tu kan amalan mulia.. *selepas dah banyak membazir semalam..ish3* Pastu kitorang sume gerak ke Pasir Hitam..aku dah pernah pergi time lawatan sekolah dulu, so tak de la jakun benor nak tengok kenape Pasir Pantai tu jadi hitam..mak aku semangat la nak tengok..1st time pegi nih..sekali ngan mak aku pon tak jadi nak jakun, dia cakap memang la hitam, laut dah tercemar..minyak tumpah apa bagai suma..hahaha..tapi memang kotor pon, penoh sampah kat tepi pantai tuh..wakil rakyat mana tak buat keje ni?ops!
See..'Hitam' kan?


Lepas snap sana sikit, snap situ sikit, kitorang berpecah..satu kereta gi Pekan Kuah, sebab ada lagi insan2 yang tak puas hati melabur kat Haji Ismail Group semalam, termimpi2 dah mangkuk Coreal tu..huhu..lagi satu kereta gi Under Water World..time lawatan ritu, budak2 lagi, tak cukup duit nak masuk tempat mahal gini..sekarang dah mampu la..Kitorang ber4, bawak sekali budak kecik 3 orang tu..yang terlebih excited haruslah makcik2 dorang ni ha.. Best jugak kat sini, binatang2 di groupkan mengikut habitat and jenis masing2..apa yang ada pon berbaloi la ngan harga tiket masuk. Tapi aku baru je pergi Akuaria KLCC tahun lepas and rasa tak banyak beza dengan apa yang ada kat sana, so tak de la jakun sangat.. Kebetulan, time kitorang nak keluar tu, ada pertunjukan anjing laut, so excited lebih sikit dari kadar biasa..Sedar tak sedar almost 3 jam jugak kitorang  duk tawaf2 dalam tuh..kesian budak2 kecik ni dah lapar..yang tua2 ni, nampak pintu keluar baru tersedar lapar..huk2

 

Lepas dah kenyang sume, kitorang balik umah, tercengang la kejap tengok barang2 hasil rompakkan geng2 dewasa nih..semua tak nak kalah..Lepas dah rehat sikit sebanyak, satu kereta gerak gi naik Kereta Kabel, satu kereta lagi tak de arah tujuan..huk2..aku mesti la dalam golongan tak de arah tujuan tu sebab dah pernah naik kereta kabel tu dulu, so tak berminat la nak gi lagi..Mula2 cadang nak gi mandi laut, tapi sebab dah lewat petang, kitorang gi Dataran Lang.. Kak Long teringin nak pekena Laksa Kedah..Kitorang duk jalan2, makan2 kat situ sampai la pukul sembilan lebih baru balik rumah..

Esok dah nak balik! malam tu kitorang borak2, gosip2, cerita2, gelak2 ngan adik beradik sume..dah lama situasi macam ni tak jadi..masing2 sibuk dengan kerja, family masing2..best  jugak buat aktiviti gini sekali sekala..boleh la rapatkan tali persaudaraan..sedih plak kalau pikir dulu main sama2, buat benda bodoh tak cerdik sama2, sekarang dah ada yang kawen, ada yang pregnant, ade yang ada anak, yang kerja jauh2..huk2..sedikit sebanyak akan ada benda yang akan berubah..endingnya, macam semalam jugak, pukul 1 lebih baru tidur..


To be continue..


Sunday, June 12, 2011

Layan KL Gangster di hari Ahad..

Salam Semua..

Hari ahad korang buat ape? best kah? Hari ni aku keluar awal2 pagi bersama ngan en tersayang..Duk jauh2 ni, sesekali jumpa mesti kene hargai betul2..so, plannya nak gi tengok wayang..dia nak tengok X-Men..tapi aku nak tengok KL Gangster, sokong citer melayu la katekan..uhuk2..tak yah osom2, mesti la aku menang, so kitorang decide nak tengok KL Gangster kat Sunway Piramid..Tetiba plak dia teringat ade nak cari barang kat Mines, so kitorang gi je la tengok wayang kat sana..murah sket wayang nya..hehe..sampai2 around 11 lebih, 2 hall dah full..paling awal pukul 2.10pm..redahkan aje la..tak boleh lewat2 sangat sebab dia nak balik Segamat plak petang ni..

Breakfast di PaPa Rich..
Tak boleh dinafikan lah, citer Syamsul Sol..Sol..Sol ni memang ada aura dia tersendiri..tapi bagi aku yang ni yang terbaik la kot..lepas aku rasa tertipu dengan filem2 dia yang lepas. Mungkin sebelum ni, aku tengok citer arahan dia sebab orang duk canang2 citer tu best, last2 hampeh cam khurafat and Bohsia. Yang ni, aku tak dengar review sape2 pon, rasa nak tengok, then pergi je tengok..


Jalan citer boleh tahan, pelakon ada gaya plus hero nya Aaron Aziz kulit muka mulus super hot tu..Zizan memang penambah perasa la, lawak selamber jer..terbaik! Ending pon aku suka, buat jahat dibalas jahat..cuma Syamsul tak jadi sangat nak jadi gangster..mungkin sebab badan tak ketul2 kot..haha..lagipon, dah engkau tu pengarah, tak yah la jadi pelakon jugak abang Sol oi..Pastu asik muka sama je pelakon2 terbitan Skop ni..cari la muka baru plak..baru la fresh..Overall 4.3/5..bravo! Lepas citer habis, ada yang tepuk tangan and bersorak..sonok2! So, korang pergi la tengok..InsyAllah korang suka..kalau taste kite sama la..hehe


Lepas tengok wayang, kitorang gi makan kat Murni SS2 jap, then dia terus balik Segamat..berpisah lagi..sedey..nak tawen..Sob2..


Saturday, June 11, 2011

' Langkawi..here i come..' part 1..

Salam semua..

Ni sebenarnya kisah peram..citernya 14 Mei lepas, aku and family besar pergi makan angin ke Langkawi..Dah lama dah kitorang tak pergi makan angin satu family macam ni, dah 2 tahun kot. Dengan stress kerja nya lagi, memang sesuai la sekali sekala pergi bercuti, kan? Tapi, kali ni pon tak semua adik beradik yang pergi, ada lagi 3 orang yang tak join sebab ada hal masing2..Aku bertolak dengan kakak aku yang kat Bangi ni malam jumaat ke Penang, jumpa suami dia kat sana dan terus ke Kuala Perlis. Family members yang lain datang dari Terengganu, naik bas ke Kuala Perlis terus, so kitorang jumpa kat sana jer. Kitorang jumpa dalam pukul 8.30 pagi, then sarapan dulu sikit. Beli tiket feri pukul 9 pagi. Ni kali ke2 la aku ke Langkawi lepas lawatan sekolah 8 tahun lepas..huk2..dah tua rupa nye aku ni..

Semua sekali yang pergi 12 orang (9 dewasa, 3 kanak2)..so, sewa 2 kereta. Kitorang stay kat 1 homestay kat Jalan Ulu Melaka..(aik, kat Kedah pon ada Melaka?hehe)..Time tu semua hotel penuh, lagi2 nak sewa tuk kapasiti ramai ni, kalau pergi honeymoon 2 orang tu senang la sikit.. Padahal kitorang dah prepare sebulan sebelum majlis pergi kot.. Hum, sampai je kat homestay tu, kitorang mandi2, rehat2 jap sebelum keluar jalan2 buang duit..aku ngan mak aku dah lapar dah, tu la pagi tadi konon merajuk tak nak breakfast sebab roti canai kat kedai tu abis, rela tak nak makan makanan lain..huk2..Makanan mak aku plak kena bedal ngan cucu..huhu

Ok, 1st destinasi ialah Padang Matsirat..kat sini boleh la beli kain batik, kain pelikat, minyak gamat sume..nak beli souvenier pon ok gak..aku beli la jugak serba sedikit mengikut kemampuan..heeee..Lepas kitorang makan kat kedai tepi jalan tu, terus je jalan kaki ke tapak jual2 tu..rupa2nya kat sini la jugak tempat nak tengok Beras Terbakar..tapi family aku ni tak kisah pon beras terbakar ke tak..dorang lebih tekun kat kedai jual2 ..huk2..Tapi satu je yang tak tahan..cuaca sangat sangat dan sangat la terik menusuk kalbu..lejun ketiak wohhh..mula2 tak nak la berlagak pelancong pakai topi gi sawah bagai, tapi memang tak tahan sangat, beli la jugak 1..*segan*..







Lepas dah beli serba sedikit, kitorang pon balik umah, tak tahan dowh..panas gila..terus masuk bilik ada aircond, rase tak mo keluar gi mana2 dah..nyamannnn..sampai tertidur2..haha..buruk perangai, gi bercuti pon sibok nak tidur..pastu, petangnya kitorang pergi Pantai Cenang..geram je tengok orang mandi manda, main banana bot sume..nak jugak! tapi tak sesuai la sebab waktu dah petang..ambik2 angin jer..then bergerak ke Pekan Kuah..kat sini syurga la tuk geng2 dewasa group kami ni..tuk aku and adik2 plus anak2 buah aku memang tak de sangat la yang menarik..kecuali coklat..ak beli la sikit2 tuk bagi kat kawan2..pastu wat muka bosan tunggu geng2 dewasa tu pilih mangkuk pinggan..dalam pukul 10.30 kitorang balik rumah, tapi balik asing2..kereta yang aku naik ni geng2 bujang je,tetebi terpandang plak pasar malam..singgah la jap, sempat la beli baju sehelai...haha..pasar malam pun jadi..

 
 



To be continue...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...