Sunday, January 22, 2012

Home sweet home..

Salam Semua..

Tengok tajuk, rumah manis rumah macam orang yang dah kerja jauh, dah lima bulan tak balik kampung. Tapi aku ni, baru je enam hari lepas lalu LPT (Lebuhraya Pantai Timur) ceh, baru nak bajet homesick. Kisahnya aku pergi KL haritu pun sebab nak attend satu interview. Harap2 lepas ni tak nak la ulang alik macam ni lagi. Penat badan dan emosi weh.

Kitorang (my sis+her husband+her daughter+my younger sis) plan nak balik awal pagi sabtu, around 4am camtu, tapi malamnya tu pergi cuci mata di alamanda. Dah balik rumah, packing2 barang pulak. Sudahnya tidur around 1am something. Mau nye nak bangun pagi2? Yang kesiannya, driver ler. So, tukar plan, kitorang bertolak dari rumah around 9:30am. Dah name cuti celebration camni, wajib la jalan jam kan? Walaupun raya cina, melayu india semua balik kampung. Alah, kata satu Malaysia. Dari tol gombak pun dah start jam. Mak aih, pukul berapa boleh sampai nih. Kali ni, kitorang ubah route perjalanan, tak nak ikut Jabor, tapi nak ikut Kemaman sebab nak elak jam and kondisi jalan nya lagi better. Tambah plak, my sis nak makan sotong celup tepung area Kemasik tu. (view tepi laut yang sangat awesome, tapi tak de kamera nak capture..sob2)

Last2, tolak stop makan sembahyang kencing bagai, kitorang ambil masa dalam 8 jam lebih untuk sampai ke rumah yang biasanya boleh sampai dalam lima jam je. Adoi..penat weyh even aku tak drive. Kitorang sampai around 7:45pm. Tapi tak per la, sekali sekala kan? Yang penting kitorang dah selamat sampai rumah dan nak habiskan cuti (aku ni ada istilah cuti ke sekarang?) bersama2 family. Yeay!




p/s: Tak best kan entry kosong tanpa gambar, tapi nak buat macam mana cik merah saya rosak..sob2


Thursday, January 19, 2012

Kaitan $$ dengan blog..

Salam Semua..

Dub dap dub dap..eh, pasal per berdebar tak tentu pasal ni? hehe..bukan ape, first time masuk contest ni! first time! ye, pertama kali ni..tak tipu..hehe..Liza saje2 lah cuba nasib tuk sahut cabaran abang Ben, blogger terkenal kite tu..



Bagi Liza, duit tu akan datang bila blog kita ni dah mempunyai trafik yang tip top dan stabil setiap hari. Kalau blog Liza ni, tak layak lagi la, sebab tu Liza belum letak slot tuk mane2 iklan.. Ye lah, follower pun baru berapa ketul.. Kalau trafik ke blog kita dah menarik, baru la pihak pengiklan, tak kira la dari organisasi atau individu rasa berbaloi untuk beriklan.. Kiranya win-win situation lah ni, kita promote dan dibayar.. Bila dah dapat income camni, semangat para blogger untuk menulis pun semakin berkobar2 la..Tapi, diakui, bukan senang nak duit senang macam ni, semua blogger yang berjaya tu, semuanya bekerja keras dan berusaha tanpa putus asa tuk berada di tempat dorang sekarang..

Sekian..

Semoga pelangi akan segera muncul..

Salam Semua..

Sekarang ni, moral tersangatlah down..down hingga ke lapisan tanah ke tujuh tu gamaknya. Rasa diri ni sangat looser. Orang kat sekeliling aku, family, kawan2 mungkin rasa aku ni tak kisah dengan apa yang sedang berlaku ni. Tapi, hanya Allah yang tahu, apa yang aku rasa dan betapa resah gelisahnya hati aku ni. Ya Allah, hanya padaMu aku bermohon, hanya padaMu aku berserah dan hanya padaMu jualah aku meminta.. Kuatkanlah semangatku, permudahkanlah urusanku..dan hanya Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku.. Amin

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui                          

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh                  
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah

Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah



Semoga selepas sedikit penantian lagi, aku akan dapat hasilnya. InsyaAllah.. Yang penting, jangan pernah putus asa! Teruskan berusaha dan teruskan memohon pertolongan dari yang Maha Esa.







Thursday, January 12, 2012

Lagi selebriti memilih untuk berhijab..

Salam Semua..
Alhamdulillah..Lagi sorang selebriti kita memilih untuk berhijab. Beliau merupakan seorang pengacara program Wanita Hari Ini dan merupakan pemenang tempat ke dua rancangan realiti Malaysian Top Host, Teh Syuhada. Eh, kenapa rancangan tu tak de session sambungan eh?produk dia pun berkualiti, bukan macam Mentor tu.Ops! Berbalik semula pada topik asal, Liza ada tengok Wanita Hari Ini minggu lepas, kalau tak silap 2 Januari, dalam mood tahun baru lagi la masa tu. Teh Syuhada ni bagitau azam dia tahun ni adalah nak berhijab, yang mana azam ni dah banyak kali tertangguh pada tahun2 yang lepas. Alhamdulillah.

Seronok Liza tengok dia ni, tudung pun tak serabai, comel lagi adalah. Syukur, dia dah terpilih untuk mendapat hidayah Allah dan dibuka pintu hatinya untuk berhijab. Bukan senang sorang yang free hair nak bertudung, lebih2 lagi orang yang berkerja dalam bidang penyiaran macam dia ni, ataupun sorang artis or selebriti. Dah mahal2 gi buat rambut, last2 simpan dalam tudung, rugi kot? Tak kurang jugak yang bagi alasan tak berapa cerdik, belum sampai masa la, masih belum sedia la, ikot kehendak pengarah la..hum, kehendak Allah tak nak plak ikut..haih!
 Liza ni pun bukannya baik sangat, tapi sekadar nak bagi pandangan disamping bagi peringatan kat kawan2 semua serta diri sendiri. Dah tentu2 menutup aurat tu dah jadi satu kewajiban, kenapa susah2 pening kepala nak fikir ayat nak bagi seribu alasan. Soal baik buruk peribadi seseorang tu, jangan nak dipersoalkan. Baik buruk pahala dosa kan akan ditimbang nati, so tak yah la nak bagi ayat “ Tak bertudung tak semestinya jahat, bertudung tak semestinya baik”. Dah memang terang lagi bersuluh kau tak pakai tudung, langgar perintah Allah, nak cakap kau baik ke?
Sabda Rasullullah saw:
"Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka seakan-akan bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian"
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Semoga lebih ramai lagi kaum hawa di luar sana akan memilih untuk berubah sempena tahun baru ni. Bak kata orang, semakin meningkat umur, semakin dekat dengan ajal, so beringat2 lah..Yang dah berhijab pulak didoakan semoga berkekalan sampai akhir hayat.






p/s:Eh, Eira Shazira pun dah berhijab ke? Tengok dalam citer Dingin Lavenda tu dia tak bukak tudung langsung even dalam rumah..Dia pun cantik je bila bertudung macam tu..doa2kanlah..

Tuesday, January 10, 2012

(Tips) menabung dengan lebih berkesan..

Salam Semua..
Taip tajuk entry sambil sengih2. Eleh, kalau korang pun pencarum ASB, mesti korang sengih2 jugak kan dalam seminggu dua ni. Aip, jangan kata dah habis pulak? Over ngat haih! So, bagi pencarum ASB yang masih belum update dividen korang, pergi la kat mana2 pejabat pos, boleh la join sengih2 sekali ngan Liza. Bukannya Liza nak korang gi keluarkan dividen tu pastu pergi berjoli, saje2 je, kan best tengok RM banyak2. Kalo ada yang jenis tak suka tengok duit banyak, something wrong somewhere la tu..hehe
Ok. Liza start mencarum ASB ni pun belum sampai setahun, baru je start April tahun lepas, so dividen tak dapat full lagi la kali ni. Kalau korang ni jenis susah nak menyimpan cam Liza ni, elok la korang sign up ASB loan ni. Bukan apa, ASB loan ni akan tolak terus dari akaun kita pada setiap 1 hari bulan secara tetap,  tak boleh nak skip punya. So, simpanan secara tak langsung akan terjadi sendirinya. Dividen dia pun tinggi,sangat untung kalau nak banding dengan menyimpan sendiri kat bank. Tu pun kalau anda ni jenis yang sangat berdisiplin menyimpan setiap bulan, kalau jenis yang skip2, lagi la lingkup.  

Liza sign up ASB loan dengan Maybank. Kebetulan gaji masuk akaun Maybank, so senang la sikit, boleh tolak gaji terus. Kalau tak silap, RHB Bank pun ada buat ASB loan jugak, tapi bayaran dia agak berbeza dari Maybank. Liza malas nak compare2 dah, setia je lah dengan Maybank. So, sape2 yang belum buat loan ASB, boleh la bertindak segera. Boleh la tambah lagi satu azam tahun baru 2012, ‘menyimpan dengan lebih effisien’..kan? Dividen ni bukanlah untuk kita bermewah – mewahan di awal tahun, tapi sebagai simpanan tuk masa kecemasan ataupun simpanan tuk mendapatkan benda2 yang agak mahal. Contohnya nak beli kamera ke, nak beli laptop ke, nak buat downpayment kereta ke. Simpan  dua tiga tahun, nak buat duit belanja kawen pun boleh..hehe
Hari tu, ada jugak dibahaskan tentang halal haram ASB ni, tapi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dah umumkan yang ASB loan adalah diharuskan. So, marilah kita sama2 menyimpan dengan gembira.yeay!



p/s: Ops! Dah kaya tu, jangan lupa bayar zakat ye..

Monday, January 9, 2012

Musuh jangan dicari..

Salam Semua..

Happy monday! Semalam Liza sempat la menonton program Jangan Tidur Lagi kat TV3 tu. Selebriti jemputan semalam, Chef Wan, Serina, ND Lala and Sheila Hamzah. Katanya sempena hari bapa bulan Jun hari tu, sebab tu diangkutnya artis dan bapaknya sekali. Liza tak pasti la ni siaran ulangan ke apa, ye lah lambat nau nak tayang, since bulan Jun lagi, dah berkurun dah tuh.

Yang Liza nak ceritanya bukan pasal program tu, tapi hubungan Chef Wan dan pengacara program tu, Adlin AR. Ye lah, sekarang kan dorang tengah berperang melalui twitter, facebook. Ni gara2 program realiti, Maharaja Lawak Mega tu la. Katanya Adlin tak puas hati dengan kritikan yang Chef Wan (salah sorang juri program tu) bagi kat dia and dikatakan penyebab  Adlin terkeluar. Lepas je dari malam Adlin terkeluar dari program tu, bermulalah perang status2 facebook dan twitter dari dua orang selebriti ni. 


Sangat berbeza dengan apa yang penonton boleh tengok dalam program Jangan Tidur Lagi semalam. Dorang boleh gelak2, bercerita, bersembang2 dengan baiknya sepanjang program tu berlangsung. Sangat berbeza dengan apa yang terjadi sekarang, saling perli memerli, kata mengata dan tuduh menuduh. Tak molek sangat rasanya bagi mereka yang dah dewasa, bergaduh macam tu. Bergaduh di laman sosial sama lah dengan bergaduh di khalayak ramai, semua orang luar boleh tengok. Industri seni kita pun bukannya besar sangat, mana2 pergi pun boleh jumpa jugak..ish2..

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Dan tidak halal bagi seorang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seislamnya, lebih dari tiga hari"
 [Riwayat Al-Bukhari, 5/2253]

Semoga dorang ni akan berbaik semula satu hari nanti dan hal macam ni tak kan terjadi kat orang lain, tak kira la orang biasa ke artis ke, selagi kita seorang manusia yang berakal, apetah lagi seorang muslim, jangan lah memulakan permusuhan yang sememangnya dilarang dalam agama kita. Peace!


Wednesday, January 4, 2012

Amalina mengalami kejutan budaya?

Salam Semua..

Heboh satu Malaysia duk canang kisah Amalina yang telah dikatakan mengalami kejutan budaya serta hilang jati diri apabila berada di negara orang. Ni semua bermula selepas tersebarnya gambar Amalina yang jauh bezanya dari Amalina 7 tahun dulu. Program MHI pagi tadi pun duk bincang hal ni. Jangan kata korang tak kenal siapa Amalina ni eh! Aku memang ingat lah siapa Amalina ni sebab kitorang ambil SPM tahun yang sama. Aku memang amazed habis la kat dia ni sebab aku yang ambik 10 subjek ni, nak dapat straight As pon rasa macam kena mati hidup balik dulu (bagi aku la), dia pulak boleh selamber je sapu 17 subjek. Tabik!

Nur Amalina Che Bakri 2005 - Semua calon SPM 2004 terkebil2 dengan keputusan 17A1 beliau. Bukan sahaja cemerlang dengan keputusan SPM, tapi merupakan Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004, Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad  dan memegang pelbagai jawatan dalam kelab serta persatuan sekolah melengkapkan pakej kecemerlangan Amalina.  Dengan keputusannya yang sangat cemerlang tu, dia berjaya menyambung pengajian ke Cheltenham Ladies College, UK (A-Level). Kemudian, berjaya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Edinburgh University.


Nur Amalina Che Bakri 2009 - Desas desus mengatakan Amalina sudah gagal dalam pengajiaannya. Hal ini telah dibincangkan dalam parlimen dan sememangnya hal tersebut adalah tidak benar. Ibu Amalina sendiri menegaskan yang anaknya masih menjalani pengajian seperti biasa. Amalina telah menamatkan A-Level nya dengan sangat cemerlang dan dianugerahkan 'Advance Award for Chemistry'. Dengan pencapaian cemerlangnya tu, pihak universiti tawarkan  kat Amalina ni untuk membuat lagi satu ijazah dalam bidang farmasi. Jadi, Amalina akan menamatkan pengajian dengan dua ijazah. Hebak ngat!

Nur Amalina Che Bakri 2012 - Kejutan awal tahun baru, tersebar beberapa gambar Amalina yang dikatakan telah berubah dan mengalami kejutan budaya. Gambar2 tersebut tak lain tak bukan di ambil dari facebook beliau yang telah di deactive kan sekarang.  Ibu Amalina sendiri telah mengaku bahawa gambar tersebut adalah gambar anaknya, Amalina tapi menafikan yang Amalina telah gagal dalam pelajaran.

Pada pandangan aku yang tak secemerlang dia time SPM ni, gambar2 tu biasa2 je. Tak de gambar dia yang separuh bogel, tak de gambar dengan arak, rokok, ataupun anjing. Rakyat Malaysia yang bermastautin kat Malaysia ni pun ada je yang bergambar lebih dasyat dari tu. Sebenarnya, ramai lagi pelajar2 Malaysia yang berhijrah dan terpesong dari ajaran dan norma orang Melayu, lebih tepat lagi sebagai orang Islam. Sebagai contoh terbaru, Ariff Alfian. Yang ni, yang kita tahu. Macammana pulak dengan yang kita tak tahu? Nauzubillah..

Apa yang aku nak cakapkan kat sini, kesalahan yang dia buat ni, bukan berlaku kat dia sorang. Ramai lagi pelajar2 kat sana yang dah 'berubah', tapi tak dapat liputan lah sebab bukan anak somebody and tak de orang kenal pun. Tak pergi luar negara pun, pelajar2 kita ada je yang 'berubah'. Tak perlu kita cari salah siapa sekarang ni, yang perlu kita buat adalah baiki kesalahan mereka dan cegah benda2 macam ni daripada berlaku kat pelajar2 kita yang lain.

Hentikanlah menyebarkan gambar2 dia yang kurang manis tu, hentikan mengaibkan orang, hentikan mengutuk. Tapi, doakanlah dia dan pelajar2 kita yang lain agar balik semula ke jalan yang benar. Kembali ke cara hidup kita, budaya kita, agama kita. Mak ayah pulak, pantaulah anak anda, jika rasa anak anda tak mampu untuk jauh dari pantaun dan bimbingan anda, goyah pendiriannya, tak perlu la lepaskan mereka jauh2. Universiti tempatan pun tak kurang hebatnya. Apalah sangat nama dan kejayaan dunia jika dibanding dengan kejayaan di akhirat nanti. Pihak2 yang bertanggungjawab pulak harus campur tangan dan memantau pelajar2 kita di sana dengan lebih effisien. Mereka ni masih mentah, haruslah di bimbing dengan baik. Mungkin mereka ini terleka. Walau apa pun, yang paling utama adalah diri pelajar itu sendiri. Sepatutnya, umur 20an ni dah boleh pikir baik buruk, agama mesti di pegang kuat walau kat mana pon diri tu berada. Insyallah, kalau berpegang kuat pada agama, benda2 macam ni tak kan jadi..




p/s: Berpesan pada semua, berpesan pada diri sendiri jugak. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...