Salam Semua..
Alhamdulillah, akhirnya selepas dua bulan lebih menganggur, dapat jugak berita gembira. Syukur sangat2, akhirnya doa aku dan keluarga2 serta kawan2 (kot) telah termakbul. Betul lah anggapan aku selama ni, Allah nak bagi kerja yang terbaik tuk aku. Alhamdulillah, syukur. Dari apa yang aku tahu, company sekarang ni, adalah yang paling baik antara semua tempat yang pernah aku pergi interview.
Selain dari MNC, semua staff kat sini wajib pakai tag, yang mana menjadi idaman kalbu aku sebelum ni. Haha..Sengal kan? Company ni jugak sediakan transport dari stesen LRT Kelana Jaya and stesen KTM Subang Jaya. So, kalau tak de transport sendiri pun ok lagi la. Cuma, buat masa sekarang tak jumpa rumah sewa lagi, tapi Allah permudahkan jugak jalan aku. Dia dah aturkan yang kat company ni, dah ada orang yang aku kenal. Sal, ex-ofismate aku dulu kerja kat sini jugak, cuma department je lain. So, boleh la aku tumpang rumah dia and pergi kerja dengan dia dulu buat sementara waktu ni. Alhamdulillah..
Company ni pun boleh tahan la pada mata kasar aku, dah stabil and aku rasa satu tempat yang bagus tuk aku korek ilmu banyak2. Environment dia senyap sikit la, bukan macam tempat kerja aku dulu yang hoha-hoha tiap waktu. Huh, rindu pulak suasana gitu. Tapi environment ni cam profesional (kononya) la and yang penting boleh improve aku punye speaking and also my comunication skill. Hah, tuuu dia, speaking sudah..haha
Akhir kata, doakan aku agar success dalam kerjaya aku kali ni, tabah dengan dugaan yang akan datang dan dipermudahkan semua urusan. Amin
p/s: Siapa2 yang ada info sal rumah/bilik sewa area kerinchi or subang jaya, please do inform me. Tenkiu!