Sunday, May 13, 2012

Kursus Kawin punye cerita

Salam Semua..

Mula2 sekali Liza nak wish Selamat Hari Ibu dulu untuk dua insan awesome ini. Selamat Hari Ibu untuk Mak and Umi Liza. Thanks for everything! Semoga kalian mendapat keberkatan, kesihatan yang baik, kejayaan dan kebahagian selagi hayat dikandung badan. =') *Terus homesick nak balik rumah.. Sob2

Ok lah. Tak yah emo2 ye cik Liza. Liza nak cerita ni, minggu lepas Liza and husband-to-be dah selamat pergi kursus kahwin. Dah last minit kan, Liza pun tanya pakcik google 'Kursus kahwin Selangor' Tup! dia bagi link ni. Liza tak de godek2 dulu ke ape, terus call no yang ade kat web site tu and tempah. Bab tempahan ni boleh puji, tak de banyak songeh, sangat senang (tapi tak tau la kat tempat lain macam mana plak kan)

Sekali, bila bagitau kakak Liza, rupanya jauh tempat ni. Haha kat Wangsa Maju kot. Dia cakap, padahal banyak lagi tempat lain yang lagi dekat. Dah kene bebel sebakul ngan die. Huh! Dengan bayaran Rm80, dengar ceramah 12 jam, setel la satu step untuk procedure kahwin.

Secara Overall, tempat  ni ok la. Senang nak cari, dekat je dengan Saloon Fasha Sanda. Motif? Haha.. Dekat jugak dengan Wangsa Walk. Time break 30 minit pon kitorang boleh gi Wangsa Walk lagi, cuci2 mata. Hihi.. Penceramah pulak ada yang best, ada yang so2 aje. Bab procedure nak kahwin boleh pulak aku tertidur. Haha Bab makanan, boleh tahan la. Siap makan bufet, lauk pun banyak pilihan. Sengih2 kalau cerita bab2 makanan.






So, pada bakal2 pengantin diluar sana, yang belum lagi attend kursus kahwin ni, boleh la daftar kat tempah yang liza pergi ni. Ai ni bukan boleh ape pon kalau korang daftar sini, saje je nak berkongsi =D





p/s: Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.. Murahkanlah rezeki kami..Amin

Wednesday, May 2, 2012

Avengers yang super awesome

Salam Semua..

Dah lame menyepi, muncul2 je buat preview filem, kelas kau jah, dah jadi orang filem ke ape? Hee.. Bukan2, ni saje je nak berkongsi 1 cerita gabungan2 super hero omputih, Avengers. Dalam cerita ni, hero2 dorang ni dikumpul semula sebab nak selamatkan dunia dari pencerobohan kuasa asing. Ni bukan kuasa asing biasa, alien punye ni, tapi iras2 rusa pon ada jugak, askar2 dorang pulak macam ikan keli. motif?

Gini la ceritanya, malam isnin lepas, balik je kerja kitorang berlima (budak2 team) decide nak berambu ramba sebab esoknya cuti hari pekerja kan. So, haruslah tengok wayang pukul 11.30 malam yang dah tentu2 pukul 2 pagi baru habis. Molek betul perangai anak dara. Kitorang tengok kat IOI Mall puchong, tu yang paling murah katenya, tambah pulak kat tempat lain dah banyak yang sold out.


Kononye, nak tengok setengah jam pertama ngan setengah jam terakhir je, selebihnya nak tido,tapi dah pom pang pom pang dorang lawan, mau boleh tido? Last2 layan sampai habis jugak, dah habis pon tak nak bangun lagi, nak tengok sambungan. Haha. Kitorang tengok versi 3d, jakun mak nyah, first time ni. Memang super best, dorang sume pelik aku duk terjerit2 macam tengok citer hantu. Takot kot, alien nak tembak aku. huk2

Ape lagi, kalo korang dah bosan nak tengok citer klise melayu, amboi status nak aje kena saman ngan Zed Zaidi nih. Tak2, kalau korang suka crite super hero yang sah2 tak logik, marilah sama2 menyokong filem luar negara. haip! Selain lawan2, lawak jugak tau cerita ni, and iron man sangat cool, seb baik tak sunat, kalo tak i dah gi pinang dah. Hulk pulak super comel, rase nak usung bawak balik rumah jer.. Haha Overall, aku bagi 4.5 / 5 bintang. Lepas abis cerita, dorang ni ade la wat ulasan2 kuarkan hujah2 pengkritik filem terhebat dorang tu, cakap yang cerita ni slow sikit time awal2. Aku malas nak cakap ape, penat kot terjerit2 tadi, and mata pon dah nak menyembah bumi, yang aku tahu, nak tido aje! Hehe..


Sunday, April 1, 2012

The Hunger Games..

Salam Semua..

Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa dirindui sesiape, kini Liza menulis lagi. Kali ni nak preview satu citer omputih ni, The Hunger Games! Baru je tengahari td, Liza dengan husband-to-be (insyaAllah) gi nengok citer ni kat The Mines. Kitorang masuk pon wayang dah start, tapi dari saat pertama tengok citer tu sampai abis memang sangat mengujakan. Siap jerit2 time serigala tu keluar kejar Katniss. 'Cepat lari, cepat lari!' Bagi arahan kat pelakon kat sreen suruh lari laju2. hehe


Hero ngan heroin pon seronok je pandang, cantik and hensem u olls! Citer ni pasal game kalah mati yang bagi Liza sangat zalim kejam dan keji kalau betul2 wujud kat dunia ni. Dah nape emo terlebih? Liza memang recommendkan citer ni kat sape2 yang tengah garu2 kepala ade niat nak tengok wayang tapi tak tahu nak tengok citer ape.  Overall 4.35 bintang Liza bagi. Ade sedih, ade kelakor(kostum dorang memang sangat &*%^$$#&!), ade semangat juang, nilai persahabatan, kasih sayang, kekejaman, ketakutan dan macam2 perasa digaul sebati dalam cerita ni. Jangan segan silu pergi tengok tau?


Ha, habis kisah The Hunger Games, sekarang kisah kami plak. Ape? Bosan? majuk dua minggu! Ni kiranya first time kitorang jumpa lepas family dia datang rumah tuk merisik 10 March lepas..*Blushing* Kiranya, darah manis la ni? ke belum cukup manis? Hasil bincang2, dua2 pihak setuju majlisnya buat bulan november akan datang and tak de majlis tunang..Untuk memudahkan dan menjimatkan kos.. Benda yang baik, knape nak rumitkan kan? Nati blog ni akan jadi blog B2B la..*Blushing lagi* hehe






p/s: Semoga Allah permudahkan urusan kami..Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...