Wednesday, May 2, 2012

Avengers yang super awesome

Salam Semua..

Dah lame menyepi, muncul2 je buat preview filem, kelas kau jah, dah jadi orang filem ke ape? Hee.. Bukan2, ni saje je nak berkongsi 1 cerita gabungan2 super hero omputih, Avengers. Dalam cerita ni, hero2 dorang ni dikumpul semula sebab nak selamatkan dunia dari pencerobohan kuasa asing. Ni bukan kuasa asing biasa, alien punye ni, tapi iras2 rusa pon ada jugak, askar2 dorang pulak macam ikan keli. motif?

Gini la ceritanya, malam isnin lepas, balik je kerja kitorang berlima (budak2 team) decide nak berambu ramba sebab esoknya cuti hari pekerja kan. So, haruslah tengok wayang pukul 11.30 malam yang dah tentu2 pukul 2 pagi baru habis. Molek betul perangai anak dara. Kitorang tengok kat IOI Mall puchong, tu yang paling murah katenya, tambah pulak kat tempat lain dah banyak yang sold out.


Kononye, nak tengok setengah jam pertama ngan setengah jam terakhir je, selebihnya nak tido,tapi dah pom pang pom pang dorang lawan, mau boleh tido? Last2 layan sampai habis jugak, dah habis pon tak nak bangun lagi, nak tengok sambungan. Haha. Kitorang tengok versi 3d, jakun mak nyah, first time ni. Memang super best, dorang sume pelik aku duk terjerit2 macam tengok citer hantu. Takot kot, alien nak tembak aku. huk2

Ape lagi, kalo korang dah bosan nak tengok citer klise melayu, amboi status nak aje kena saman ngan Zed Zaidi nih. Tak2, kalau korang suka crite super hero yang sah2 tak logik, marilah sama2 menyokong filem luar negara. haip! Selain lawan2, lawak jugak tau cerita ni, and iron man sangat cool, seb baik tak sunat, kalo tak i dah gi pinang dah. Hulk pulak super comel, rase nak usung bawak balik rumah jer.. Haha Overall, aku bagi 4.5 / 5 bintang. Lepas abis cerita, dorang ni ade la wat ulasan2 kuarkan hujah2 pengkritik filem terhebat dorang tu, cakap yang cerita ni slow sikit time awal2. Aku malas nak cakap ape, penat kot terjerit2 tadi, and mata pon dah nak menyembah bumi, yang aku tahu, nak tido aje! Hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...