Saturday, January 2, 2010

Pelangi..

Tahun 2009 telah pon melabuhkan tirai..Honestly, for me..2009 adalah tahun yg paling suram, hambar dan mendukacitakan..dr pelbagai aspect. emosi. perhubungan. impian. dll. so, sy amat berharap agar tahun 2010 ni, akan berlaku pusingan 360 darjah drpd apa yg berlaku pd 2009..semoga tiada lagi air mata yg akan mengalir ke pipi.. semoga senyuman yg terukir adalah penuh keihlasan dan bukan lagi satu lakonan.

Dikala aku di dalam kegelapan
Aku meminta Tuhan berikan sinar mentari
Agar dapat menerangi jalan yg peluh berliku
Namun, Dia berikan aku gerimis

Aku basah dan kedinginan
Jalan yg dilalui makin basah dan licin
Hati gusar dan bimbang
Andai diri tersasar dan akan mengalah sebelum kalah
Namun,ku gagahi jua kaki yg melangkah
Demi satu tujuan, satu matlamat, satu harapan
Semoga aku tetap kuat dan bersemangat
Untuk terus mara ke hadapan
Di belakang adalah kenangan
Di hadapan adalah impian

Tiba-tiba
Di sebalik gerimis yg berguguran
Ada suatu sinar yg indah
Di sebalik pancaran mentari yg mula kelihatan
Ada anugerah yg memukau
Rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkanku sebuah PELANGI


Pesanan Penaja: Namun, bilakah pelangi akan muncul??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...