Sunday, April 24, 2011

Tutorial pembayaran PTPTN secara online..

Salam Semua..

Hari ni datang mood rajin, so nak bagi tutorial bayar PTPTN secara online..ai pon kali pertama guna nih, haruslah berkongsi kan?hee..Dah senang dah sekarang, tak yah nak beratur panjang2 basah ketiak nak bayar hutang. So, jangan bagi alasan lagi eyh tak nak bayar hutang. Dah kita pinjam, kena la bayar ye dok? Kalau ambil tak bagi balik, tu nama nye mencuri..betul ke?ah, ape2 je la, pada sape2 yang nak bayar, meh nak kasi ajar..

Mula2, ikhlaskan hati nak bayar hutang, eh paling susah kot step ni, ok boleh abaikan..teruskan dengan step berikut, ops! Klik Sini dulu.. Then baru la ikut step2 di bawah ye..


Masukkan No IC korang dan No Pin..Mana nak dapat No Pin nih? Ha, kalau nak cara cepat, sila taip NOPIN NOKP dan hantar ke 33199..Pastu tak sampai dua minit, tot2..message masuk bagi 6 digit No Pin..Ha, no pin ni korang simpan la sampai bila2 ye, sampai habis bayar hutang ni la gamaknya, tak yah request banyak2 kali..


Ok, pastu jumlah semua hutang korang akan terpampang dengan meriahnya. So, berusahalah untuk membayarnya yerk. Kalau tak silap, Pinjaman 1 tu, jumlah yang kita pinjam tuk biaya pengajian kita dulu tu, and Pinjaman 2 adalah caj pentadbiran yang dikenakan kat kita..Sajer je dorang ni nak kikis duet ai tau.. Tick pada Pinjaman mana yang kita nak bayar, then masukkan jumlahnya sekali..pastu tekan  button "Bayar"..


Caj sebanyak 0.50 sen akan dikenakan untuk setiap transaksi. Caj sana, caj sini..dah la kita orang miskin..huk2..Tapi, kalau bayar secara offline, lagi mahal kot..RM2 kalau tak silap..darabkan la dengan 12 bulan, darabkan 10 tahun.. RM2 x 12 x 10 = RM240 dah melayang kat dorang..ish2..Kalau guna online plak, RM0.50 x 12 x 10 =RM60..ha, boleh la jimat RM180 kan? banyak tu..Lepas check semua amount dah betul, tekan button "teruskan"..


Ok. bila tekan "teruskan" tadi, akan keluar pilihan online banking yang boleh digunakan untuk menjayakan transaksi ini. So, pilih lah mana2 yang manjadi idaman kalbu. Ha, pastikan korang dah ada salah satu daripada online banking kat atas ni. Kalau tak de, buat2 la mendaftar dulu ye.. Kalau tak, tak dapat la den nak nolong..Kalau ai, ai ada Maybank2u..Lepas pilih, tekan aje button " Agree and continue"..Tak yah isi email pun tak per, kalau nak terima apa2 email dari pihak PTPTN, boleh ler kome taruk email kome kat situ..


Hah, yang ni korang proceed je la..tak der ape pon, cuma nak enabled kan pop-up aje..

Bila tekan aje button "proceed" tadi, korang akan direct di linkkan ke page online banking yang korang pilih sebelum ni. Sebagai contoh, kat atas adalah log in page tuk Maybank2u..Macam biasa, masukkan usernama dan password..

Sekali lagi, summary akan keluar untuk memaklumkan kat kita, transaksi yang bakal kita buat ni. Kalau dah tekad dan bersetuju, tekan "continue".



Yang ni semua pengguna online banking dah sedia maklum dah ni. Setiap transaksi yang nak dibuat memerlukan pengesahan..manalah tahu bukan pemilik acc sebenar yang buat transaksi ni, jadi pihak bank akan meminta pengesahan dengan menggunakan no TAC. Tekan "Request a TAC number" dan tak sampai 10 saat, No TAC akan masuk ke inbox handfon anda. Masukkan no TAC tadi ke dalam ruangan TAC tersebut. Setiap transaksi menggunakan no TAC yang berbeza.

Ting! dah siap dah..boleh print receipt sebagai rujukan di masa hadapan. Kalau tak nak bazir ink atau tak de printer, tak yah print pun boleh..jarang sangat kesalahan "dah bayar tapi dorang cakap belum bayar" ni terjadi.. Ha, senang kan zaman teknologi macam sekarang ni, setelkan urusan hanya dihujung jari..*wink*..So, selamat membayar hutang~~



p/s: Encik PTPTN, saya dah tolong buat tutorial yang kalau tak buat pun, semua orang dah tahu ni, boleh kasi discount tak?heeee..

Saturday, April 23, 2011

Kelas roti dan kek..

Salam Semua..

Ni citer peram ni, dah masak dah baru kuarkan dari tempayan..hehe..19 Feb lepas, aku, my sis and dia punya adik ipar pergi join satu kelas membuat roti dan kek area serdang, belakang Minlon. Husband kakak aku ni out station kat penang, so adiknya yang baik serta comel ni dengan rela hatinya menemani segala kehendak kakaknya yang kesunyian dan kebosanan. Aku pun ikut je la, boleh belajar uli2 roti sekali *hatiku berdetik..cewah* Kelas kul 10 pagi, tapi kitorang gerak dari rumah kul 10.10 pagi, bagus kan?sila jangan contohi..aku dah bebel2 dah kat kakak aku, takot tertinggal ape2 input, bukan kelas free, berbayar kot (rm20)..harus lah berkira..

Kitorang sampai lebih kurang pukul 10.40..ngam2 kelas baru nak mula..fuh, seb bek! Ada 4 menu masak hari tu, roti buku , roti pizza, kek coklat ngan nasi ayam..Kitorang dah semangat 'seng2' lengan baju dah nak start uli roti, skali pakai mesin jer sume..dia cuma bagitau bahan2 apa nak masukkan..pastu masuk dalam mesin pengisar roti..ceh! *turun balik lengan baju* kitorang duk tengok la dia campak2 semua bahan2 tu pastu siap! Tu lah kuasa teknologi ye..roti pizza pun sama, kita tak yah berpeluh2 nak sediakan dough..time nak tabur2 bahan pizza tu je yang kena guna tangan, kalau yang tu pun guna mesin, melampau r kan..

Kek Coklat..Guna microwave, 10 minit boleh siap, magik sungguh!

Tabur2 ni je yang kami main, yang len main guna mesin..
Hasilnye..
 
Roti2..
 
Menguli nye tak, bergambor je lebih..hee

My Sista..

Rupa2nya kelas ni bermotifkan nak promote mesin2 teknologi tu..nak jual microwave and pengisar roti..kalau tak silap, under AMWAY..tapi tak per la, boleh la jugak belajar cara buat roti and and yang paling penting, boleh makan! hehe..Time dia masak nasi ayam, dah tak de yang nak beri perhatian sebab semua orang pun dah reti buat nasi ayam. Ntah2 aku punya nasi ayam lagi sedap kot..haha..

Tapi, kalau ada duit lebih, nak jugak beli microwave tu sebagai hadiah kat UMI aku. Memang sangat membantu dan meringankan beban memasak..sabar ye UMI, nati anakmu yang baik ini kumpul duit dulu, nati bali satu..InsyaAllah, semoga Allah izinkan..Amin.. Ha, tu je lah kisah kelas roti dan kek aku..haha..simple jer citernye, peram bukan main lame lagi..haih..

p/s: Orang kate, kalau niat kita baik, Allah akan bantu..


Tuesday, April 19, 2011

Terima Kasih Cinta di Istana Budaya..

Salam Semua..

Nak dengar tak kisah yang dah masak empuk selepas diperam berbulan2? Hah, ni dia kisahnya! me and rakan2 telah berjaya menjakunkan diri bila pertama kali menjejakkan kaki ke Istana Budaya..yeay! Kalau tak silap, 27 Feb kot. Me la yang mempengaruhi budak2 lain supaya bayar rm75++ tuk pergi tengok teater ni.. tak mo ambil tiket rm30++, berlagak kan?haha..kononnya takut tak nampak plak nanti, kalo beli tiket murah..

Terserlah tak kejakunan me?heee..
Kitorang bertolak dari rumah ber4 dalam pukul 6.30 petang, singgah kat rumah Ash kat Penchala dulu. Solat Maghrib kat sana dulu, then baru gerak ber5 ke sana. Jejak kaki je kat sana, terus jakun, dah tak boleh kawal diri dah. Sebelum ni asik dengar iklan dalam radio, tibi jer..sekarang dah jejak kaki dah..bangga!

Show start pukul 8.30 malam..opening memang awesome la, me pon rasa nak naik sekali nari atas pentas..hehe..over kan! kat tengah2 show, ada break 15 minit, sepanjang show tak de rasa bosan, sungguh enjoy, tak tipu! Part Norish Karman, boleh plak nak nanges eyh? eh, ke dah nanges?hehehe..Overall, sepanjang show tu, ade gelak2, ada serius, ada sedih, cukup rempah ratusnya..and of kos la sarat dengan kasih sayang. Tapi, me rasa kalau orang yang tak tengok filem CINTA, mungkin tak berapa nak faham kot, me agak2 je la, sebab me dah tengok CINTA, so boleh la ikot dengan mudahnya flow persembahan ni.

Dengan Didie AF
 
K.A.M.I

Lepas tamat show, kitorang tunggu la jugak artis2 tu keluar, Ash ngan Kak Ina semangat ambil tanda tangan bagai la.. me?cukup la dengan gambar sekeping due..hahaha..* semenjak pindah ni, dah tak jakun dah jumpe artis..huk2..berlagak lagi!*

Tuesday, April 12, 2011

Majlis Kesyukuran En Hanif Hamdi..

Salam Semua..
Ahad lepas, aku ngan ofismate dijemput ke rumah Bos, bersempena majlis kesyukuran. Mungkin majlis kesyukuran dapat baby baru gamaknye..tak tahu la kot bersyukur atas bisnes yang makin maju ke ape ke..den tak pasti la pulok..orang jemput makan, den pogi je la..hehe..Tapi tak ramai yang dapat join, 1/3 pon tak sampai..maklum lah awal2 bulan, lepas gaji..ramai lah yang amik peluang balik kampung. Kak Ina pun tak boleh join, family die ada majlis pertunangan. Aku gerak 6 orang, ngan Anis, Dayah and Ash sekali. Ade satu geng laki pulak datang sendiri, asing2..

Muka tahan lapor..
Majlis start kul 12 noon, tapi konon2 nya nak la tolong2 dulu, datang awal sket. Tambah ngan keluar lewat, sesat bagai, sampai kat umah Bos dah pukul 12.30 noon..tolong la sangat kan?haha..Kitorang sampai2 je, majlis pun start. Pada mulanya, plan nak beli loket as a gift kat anak bos ni, tapi macam tak sesuai plak plus bajet yang ngam2, kitorang bagi je duet yang kumpul2 dari ofismate yang lain. Nak bagi baju baby, stroller, botol susu sume, dorang cakap kakak2, abang2 dia dah ada semua tu. Ye lah, anak yang ke -6 dah pun..last2, bagi duit dalam sampul time nak balik, wah cam orang tua2 gi kenduri je..seb bek bukan aku yang bagi...haha

Kecik sangat baby ni, tak berani nak pegang..hee
Kami ngan Haley
Menu hari tu nasi tomato, ayam goreng berempah, kambing bakar, rendang daging, roti jala, pulut kuning, salad, roti cicah bubur durian and macam2 kuih muih lagi. Memang terbaik lah! Aku cam biasa la, tak sah kalau makan free x buncit kan?Dorang pun macam tak malu makan banyak, aku pun terpaksa la buat tak malu jugak..hehe..Anak Bos comel2, nama pun tak nak kalah, yang aku ingat, Helda, Habil ngan Hazel..yang last ni Haley Rifka kalo tak silap..cun kan name anak2 En Hanif Hamdi ni..heeehe..
Anyway, thanks a lot Bos sudi jemput kitorang, penggemar makanan free ni datang sama2 meraikan majlis Bos tu. Semoga murah rezeki (nati boleh bagi bonus..hehe), diberikan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, dan dirahmati Allah selalu..Amin


p/s: Semenjak kerja ni, aku dah naik 2.5  kg..adakah itu normal?huk2..


Sunday, April 10, 2011

Nando's di Subang Parade..

Salam semua..

Sabtu lepas, aku ngan housemate merangkap ofismate ke Subang Parade, saje nak makan2 sempena 'change in pay' Anis and Kak Ina. Dorang mulanya, suruh aku ngan Dayah pilih nak makan ape, antara Kenny Rogers or Nandos..Oleh kerana kejakunan aku ni yang tak pernah makan Nandos, maka sebulat suara memilih Nandos.Dah nama pon 1st makan kat Nando's nih, jadi sume order, Anis ngan K ina yang decidekan..ak no hal je, asalkan ade nasi..*perut orang kampung btol..hee*

Starter
Ai bang, siap bagi nasi tambah..tahu lah saya makan banyak..huk2

Bila perut dah kenyang, air pun dah tak larat nak refill, so kitorang pon gerak la, jalan2 cuci mata. Dayah yang plan nak survey2 handfon baru, dah berjaya rembat satu fon Blueberry CSL.not bad jugak, harga murah, semua function pon ada. Lepas Zohor, kitorang jalan2 lagi, jupa satu kedai kecik comel jual coklat yang lagi la super comel. Terus jakun kali kedua. memang menarik kalau nak bagi hadiah kat orang, bermacam2 bentuk and harga pun tak de la mahal sangat..Boleh la bagi kat orang sempena bufday ke good-bye-day ke thanks ke ape2 lah..
Dayah tak sabar2 dah tu nak gi rembat fon baru..
Bersembang ngan pakcik tu bukan men lame, beli coklat seketul jer..heee
Sayang dowh nak makan!
Anyway,thanks kat korang, dah lama tak berjalan2 camni. walaupun ada homework yang tunggu kat umah, masalah yang bersarang dalam kepala, tapi boleh lupakan kejap bila tengah bersuka ria..huhu..Dah lupakan dah mlm yg su*k semalam tuh..thanks sekali lagi kat Anis and Kak Ina sudi belanja kitorang lunch yang super kenyang tu..semoga murah rezeki dan diberkati..Amin..kalo nak belanja lagi di lain hari, cakap je, tak yah segan2..heehe


Wednesday, April 6, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010..

Salam Semua..

ABP BH 2010 is awesome! hehe..dari pengacara, persembahan  artis, penyampai anugerah, pemenang, pakaian artis..tolak tambah memang tip top lah! 3 point yang paling debom mesti la part Cik Siti nyanyi lagu nobody2 but u..waaa..nak gigit je siti time tu..comel sangat, dah la makin gebu..eii..geram! point kedua time Usop wilcha naik pentas, memang pecah perut dibuatnya, and yang terakhir, Shaezy Sam dinobatkan as Bintang Paling Popular, abis diangkut maknya ke pentas..huhu

Cik eh silap, Puan Siti yang soooo comel!

Tapi dalam pada yang best2 tu, mesti la ada part yang kureng sket, perlu penambah baikan untuk masa yang akan datang, contohnya sumbangan dari pihak penaja tak perlu lah dihighlightkan berulang2 kali. Cakap sekali dah ok kot, nati penonton bosan. Lagipun, kat paper, majalah n banner2 sume dah di hebahkan pon pihak2 penaja tu..dont worry ye en penaja sekalian. Then, tak perlu lah mention nama Nabil berpelukan time menang ABP yang dulu tu..kang dah tinggal sejarah. memang la dia salah, tapi tak perlu duk ungkit2 benda2 sama kot..Satu Malaysia dah sedia ada tahu dah.

Rita yang cantik!

Part2 yang geli hati pon ade jugak..cam part Ahmad Idham cakap ngan Rita Rudaini sal rumah tangga dorang..huhu..* oh, saya suka Rita dan Aidil, plez jangan berpisah *...then, part Zizan yang jelas ketara cuak time nak diumumkan siapa bintang paling popular, mana lah tahu dia menang, memang gugup abis..huhu..may be next time ye Zizan, masih belum rezeki..Yang last, part Shah Jazle dan namenye..walopon simple, masih lagi menghiburkan..tu je la kot review saya tentang ABP BH 2010..overal, 4/5 bintang! Good Job TV3 dan Berita Harian..
Sam, nak kawen dengan awak, boleh?heee..


p/s: Rupa2nya kuat lagi aura Fasha Sanda..hurmm
p/s/s: Gambar dicedok dari Sini , saya tak pergi Genting..heeee

Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak..

Salam semua..

Semalam sempat la tengok Maharaja lawak dengan housemate yang lain. Sebelum ni, tak pernah follow pon Raja Lawak, tapi semalam saja nak menghiburkan hati, tengok la Maharaja lawak ni. Overall, boleh tahan la..ye la, dah nama pon Maharaja lawak kan, tak kan standard Raja Lawak plak, mesti lagi up. Cuma bagi finalis Raja Lawak yang kurang nama , mungkin agak tertekan bila bersaing dengan juara2 Raja lawak yang lain ataupun finalist yang dah gah namanya dalam industri hiburan kita. 

Sebagai contoh, persembahan Alex, Amir, and WAI memag dah ke laut la..kumpulan WAI siap boleh gaduh sesama sendiri atas pentas..aish..tapi tak pe, bagi dorang chance, gugup tu..hehe..(cam aku plak juri) Alex plak duk guna idea same, saiz badan dia sebagai modal lawak..Part Amir memang kesian, dah la kecik comel je, dah cam kena buli buat persembahan kat depan kelas..huhu..jalan cter memang totally out..

Yang lain2, sume boleh tahan la..tapi aku sebagai penonton dan perempuan, aku kurang setuju peserta gunakan isu2 18sx sebagai bahan gurauan..banyak lagi kot modal lain..sensitif la sket, kan program Raja lawak, Maharaja lawak ni tontonan keluarga, budak2 pon tengok sekali..ada satu lawak dorang tu, aku yang 24 tahun ni pon tak faham..* or aku yang blur sangat * hehe..aku tanya housemate aku pon, dorang segan nak explain..macamana kalau budak2 yang blur, tanya kat parents dorang, tergagap2 dorang nak menjawapnya kang..or, budak2 sekarang lagi advance dari aku?huk2..

Then, aku tak faham kenapa juri (esp. Mamat Khalid) n pengacara (Ac Mizal Jual Gelang) duk highlight sangat kat Jozan..aku tahu la dia dah famous amos sekarang, tapi macam tak adil la dengan peserta2 lain..no bias2 ok..and..yang paling aku tak suka, nati show dah tak de kat PRIMA..kene subcribe MUSTIKA pulak..waaaaa..nak, x nak, nak, x nak, nak, x nak? nati la den fikir2kan..

Peserta Maharaja Lawak..


p/s: Kredit foto from Facebook MaharajaLawak

p/s/s: Thanks to Maharaja Lawak kerana menceriakan hari berdukalara aku..huk2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...