Sunday, April 1, 2012

The Hunger Games..

Salam Semua..

Setelah sekian lama menyepikan diri tanpa dirindui sesiape, kini Liza menulis lagi. Kali ni nak preview satu citer omputih ni, The Hunger Games! Baru je tengahari td, Liza dengan husband-to-be (insyaAllah) gi nengok citer ni kat The Mines. Kitorang masuk pon wayang dah start, tapi dari saat pertama tengok citer tu sampai abis memang sangat mengujakan. Siap jerit2 time serigala tu keluar kejar Katniss. 'Cepat lari, cepat lari!' Bagi arahan kat pelakon kat sreen suruh lari laju2. hehe


Hero ngan heroin pon seronok je pandang, cantik and hensem u olls! Citer ni pasal game kalah mati yang bagi Liza sangat zalim kejam dan keji kalau betul2 wujud kat dunia ni. Dah nape emo terlebih? Liza memang recommendkan citer ni kat sape2 yang tengah garu2 kepala ade niat nak tengok wayang tapi tak tahu nak tengok citer ape.  Overall 4.35 bintang Liza bagi. Ade sedih, ade kelakor(kostum dorang memang sangat &*%^$$#&!), ade semangat juang, nilai persahabatan, kasih sayang, kekejaman, ketakutan dan macam2 perasa digaul sebati dalam cerita ni. Jangan segan silu pergi tengok tau?


Ha, habis kisah The Hunger Games, sekarang kisah kami plak. Ape? Bosan? majuk dua minggu! Ni kiranya first time kitorang jumpa lepas family dia datang rumah tuk merisik 10 March lepas..*Blushing* Kiranya, darah manis la ni? ke belum cukup manis? Hasil bincang2, dua2 pihak setuju majlisnya buat bulan november akan datang and tak de majlis tunang..Untuk memudahkan dan menjimatkan kos.. Benda yang baik, knape nak rumitkan kan? Nati blog ni akan jadi blog B2B la..*Blushing lagi* hehe






p/s: Semoga Allah permudahkan urusan kami..Amin

Monday, February 20, 2012

Syukur, Alhamdulillah..

Salam Semua..

Alhamdulillah, akhirnya selepas dua bulan lebih menganggur, dapat jugak berita gembira. Syukur sangat2, akhirnya doa aku dan keluarga2 serta kawan2 (kot) telah termakbul. Betul lah anggapan aku selama ni, Allah nak bagi kerja yang terbaik tuk aku. Alhamdulillah, syukur. Dari apa yang aku tahu, company sekarang ni, adalah yang paling baik antara semua tempat yang pernah aku pergi interview. 

Selain dari MNC, semua staff kat sini wajib pakai tag, yang mana menjadi idaman kalbu aku sebelum ni. Haha..Sengal kan? Company ni jugak sediakan transport dari stesen LRT Kelana Jaya and stesen KTM Subang Jaya. So, kalau tak de transport sendiri pun ok lagi la. Cuma, buat masa sekarang tak jumpa rumah sewa lagi, tapi Allah permudahkan jugak jalan aku. Dia dah aturkan yang kat company ni, dah ada orang yang aku kenal. Sal, ex-ofismate aku dulu kerja kat sini jugak, cuma department je lain. So, boleh la aku tumpang rumah dia and pergi kerja dengan dia dulu buat sementara waktu ni. Alhamdulillah..



Company ni pun boleh tahan la pada mata kasar aku, dah stabil and aku rasa satu tempat yang bagus tuk aku korek ilmu banyak2. Environment dia senyap sikit la, bukan macam tempat kerja aku dulu yang hoha-hoha tiap waktu. Huh, rindu pulak suasana gitu. Tapi environment ni cam profesional (kononya) la and yang penting boleh improve aku punye speaking and also my comunication skill. Hah, tuuu dia, speaking sudah..haha

Akhir kata, doakan aku agar success dalam kerjaya aku kali ni, tabah dengan dugaan yang akan datang dan dipermudahkan semua urusan. Amin

p/s: Siapa2 yang ada info sal rumah/bilik sewa area kerinchi or subang jaya, please do inform me. Tenkiu!

Monday, February 6, 2012

Kemurungan


Salam Semua..
Aku rasa aku ni dah kena sakit kemurungan kot. Ni bukan kemurungan disebabkan monopous or mati laki  tapi kemurungan disebabkan dah menganggur dua bulan lebih. Loser weh! Nama je masuk Universiti, tapi duk menganggur kat rumah, duk bawah ketiak mak..ish2. Tapi korang jangan lah salah faham plak, aku tengah berusaha la ni. Dah apply banyak vacancy, dah pergi banyak interview, tapi belum ada rezeki lagi. Nak kata aku ni terlalu memilih pun tak jugak. Aku cuma nak kerja dalam bidang (Science Computer) aku je and kalau boleh nak la benefit and environment yang lebih baik dari tempat kerja aku sebelum ni. Tu je, bukan aku demand lebih2 pun.

Hari tu ada jugak plan nak duk Terengganu je dulu tahun ni, tapi peluang tuk dapat kerja bidang aku ni kat sini memang susah la, bayang pun tak nampak.  Hurm, dan akibatnya sekarang, aku punya keyakinan memang tolally down. Nak angkat muka jumpa orang pun aku tak berani, apetah lagi nak keluar rumah. Belum campur dengan takut nak bukak facebook lagi, tengok status kawan2 tension kerja, Monday’s Blues pun boleh buat aku kecik ati. Ye lah, dorang ada jugak kerja, baru la dapat rasa nikmat Monday’s blues. Aku duk kat rumah ni, nak rasa Monday’s blues apa nya. Aku rasa semua orang duk gelakkan aku, duk mengata aku, duk perli2 kat aku. Nak buat macam mana, dah takdir. Bila pikir sal nak bertunang, nak kawen lagi tahun ni, lagi la serabut. Macam mana nak menyimpan kalau dah 2 bulan tak bekerja. Sedeh kan?
Bukannya aku jeles or iri hati dengan kawan2 tempat kerja dulu, tapi aku bangga dengan dorang. Dorang boleh bertahan, kuat semangat dengan segala macam dugaan yang ada dalam company tu. Bukan keputusan bijak la kalau aku nak menyesal dengan keputusan yang aku dah buat. Hidup mesti diteruskan dan pandang ke depan, yang lepas tu dah jadi kenangan aku dah, aku kena tinggalkan je kat belakang. Yang kat depan ni  kehidupan, tu yang mesti aku usahakan. Nampak gayanya, aku kena berhijrah jugak la lepas ni, tak de peluang kerja aku kat sini (Terengganu). Satu nasihat aku nak bagi kat korang semua, kalau nak berhenti kerja, pastikan dah dapat penganti siap2. Jangan jadi tak cerdik cam aku ni, melainkan kalau korang memang tak kisah nak menganggur..huk2







p/s: Pada semua, tolong doakan aku dapat kerja cepat2 ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...