Monday, February 6, 2012

Kemurungan


Salam Semua..
Aku rasa aku ni dah kena sakit kemurungan kot. Ni bukan kemurungan disebabkan monopous or mati laki  tapi kemurungan disebabkan dah menganggur dua bulan lebih. Loser weh! Nama je masuk Universiti, tapi duk menganggur kat rumah, duk bawah ketiak mak..ish2. Tapi korang jangan lah salah faham plak, aku tengah berusaha la ni. Dah apply banyak vacancy, dah pergi banyak interview, tapi belum ada rezeki lagi. Nak kata aku ni terlalu memilih pun tak jugak. Aku cuma nak kerja dalam bidang (Science Computer) aku je and kalau boleh nak la benefit and environment yang lebih baik dari tempat kerja aku sebelum ni. Tu je, bukan aku demand lebih2 pun.

Hari tu ada jugak plan nak duk Terengganu je dulu tahun ni, tapi peluang tuk dapat kerja bidang aku ni kat sini memang susah la, bayang pun tak nampak.  Hurm, dan akibatnya sekarang, aku punya keyakinan memang tolally down. Nak angkat muka jumpa orang pun aku tak berani, apetah lagi nak keluar rumah. Belum campur dengan takut nak bukak facebook lagi, tengok status kawan2 tension kerja, Monday’s Blues pun boleh buat aku kecik ati. Ye lah, dorang ada jugak kerja, baru la dapat rasa nikmat Monday’s blues. Aku duk kat rumah ni, nak rasa Monday’s blues apa nya. Aku rasa semua orang duk gelakkan aku, duk mengata aku, duk perli2 kat aku. Nak buat macam mana, dah takdir. Bila pikir sal nak bertunang, nak kawen lagi tahun ni, lagi la serabut. Macam mana nak menyimpan kalau dah 2 bulan tak bekerja. Sedeh kan?
Bukannya aku jeles or iri hati dengan kawan2 tempat kerja dulu, tapi aku bangga dengan dorang. Dorang boleh bertahan, kuat semangat dengan segala macam dugaan yang ada dalam company tu. Bukan keputusan bijak la kalau aku nak menyesal dengan keputusan yang aku dah buat. Hidup mesti diteruskan dan pandang ke depan, yang lepas tu dah jadi kenangan aku dah, aku kena tinggalkan je kat belakang. Yang kat depan ni  kehidupan, tu yang mesti aku usahakan. Nampak gayanya, aku kena berhijrah jugak la lepas ni, tak de peluang kerja aku kat sini (Terengganu). Satu nasihat aku nak bagi kat korang semua, kalau nak berhenti kerja, pastikan dah dapat penganti siap2. Jangan jadi tak cerdik cam aku ni, melainkan kalau korang memang tak kisah nak menganggur..huk2







p/s: Pada semua, tolong doakan aku dapat kerja cepat2 ye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...