Sunday, April 10, 2011

Nando's di Subang Parade..

Salam semua..

Sabtu lepas, aku ngan housemate merangkap ofismate ke Subang Parade, saje nak makan2 sempena 'change in pay' Anis and Kak Ina. Dorang mulanya, suruh aku ngan Dayah pilih nak makan ape, antara Kenny Rogers or Nandos..Oleh kerana kejakunan aku ni yang tak pernah makan Nandos, maka sebulat suara memilih Nandos.Dah nama pon 1st makan kat Nando's nih, jadi sume order, Anis ngan K ina yang decidekan..ak no hal je, asalkan ade nasi..*perut orang kampung btol..hee*

Starter
Ai bang, siap bagi nasi tambah..tahu lah saya makan banyak..huk2

Bila perut dah kenyang, air pun dah tak larat nak refill, so kitorang pon gerak la, jalan2 cuci mata. Dayah yang plan nak survey2 handfon baru, dah berjaya rembat satu fon Blueberry CSL.not bad jugak, harga murah, semua function pon ada. Lepas Zohor, kitorang jalan2 lagi, jupa satu kedai kecik comel jual coklat yang lagi la super comel. Terus jakun kali kedua. memang menarik kalau nak bagi hadiah kat orang, bermacam2 bentuk and harga pun tak de la mahal sangat..Boleh la bagi kat orang sempena bufday ke good-bye-day ke thanks ke ape2 lah..
Dayah tak sabar2 dah tu nak gi rembat fon baru..
Bersembang ngan pakcik tu bukan men lame, beli coklat seketul jer..heee
Sayang dowh nak makan!
Anyway,thanks kat korang, dah lama tak berjalan2 camni. walaupun ada homework yang tunggu kat umah, masalah yang bersarang dalam kepala, tapi boleh lupakan kejap bila tengah bersuka ria..huhu..Dah lupakan dah mlm yg su*k semalam tuh..thanks sekali lagi kat Anis and Kak Ina sudi belanja kitorang lunch yang super kenyang tu..semoga murah rezeki dan diberkati..Amin..kalo nak belanja lagi di lain hari, cakap je, tak yah segan2..heehe


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...