Sunday, April 24, 2011

Tutorial pembayaran PTPTN secara online..

Salam Semua..

Hari ni datang mood rajin, so nak bagi tutorial bayar PTPTN secara online..ai pon kali pertama guna nih, haruslah berkongsi kan?hee..Dah senang dah sekarang, tak yah nak beratur panjang2 basah ketiak nak bayar hutang. So, jangan bagi alasan lagi eyh tak nak bayar hutang. Dah kita pinjam, kena la bayar ye dok? Kalau ambil tak bagi balik, tu nama nye mencuri..betul ke?ah, ape2 je la, pada sape2 yang nak bayar, meh nak kasi ajar..

Mula2, ikhlaskan hati nak bayar hutang, eh paling susah kot step ni, ok boleh abaikan..teruskan dengan step berikut, ops! Klik Sini dulu.. Then baru la ikut step2 di bawah ye..


Masukkan No IC korang dan No Pin..Mana nak dapat No Pin nih? Ha, kalau nak cara cepat, sila taip NOPIN NOKP dan hantar ke 33199..Pastu tak sampai dua minit, tot2..message masuk bagi 6 digit No Pin..Ha, no pin ni korang simpan la sampai bila2 ye, sampai habis bayar hutang ni la gamaknya, tak yah request banyak2 kali..


Ok, pastu jumlah semua hutang korang akan terpampang dengan meriahnya. So, berusahalah untuk membayarnya yerk. Kalau tak silap, Pinjaman 1 tu, jumlah yang kita pinjam tuk biaya pengajian kita dulu tu, and Pinjaman 2 adalah caj pentadbiran yang dikenakan kat kita..Sajer je dorang ni nak kikis duet ai tau.. Tick pada Pinjaman mana yang kita nak bayar, then masukkan jumlahnya sekali..pastu tekan  button "Bayar"..


Caj sebanyak 0.50 sen akan dikenakan untuk setiap transaksi. Caj sana, caj sini..dah la kita orang miskin..huk2..Tapi, kalau bayar secara offline, lagi mahal kot..RM2 kalau tak silap..darabkan la dengan 12 bulan, darabkan 10 tahun.. RM2 x 12 x 10 = RM240 dah melayang kat dorang..ish2..Kalau guna online plak, RM0.50 x 12 x 10 =RM60..ha, boleh la jimat RM180 kan? banyak tu..Lepas check semua amount dah betul, tekan button "teruskan"..


Ok. bila tekan "teruskan" tadi, akan keluar pilihan online banking yang boleh digunakan untuk menjayakan transaksi ini. So, pilih lah mana2 yang manjadi idaman kalbu. Ha, pastikan korang dah ada salah satu daripada online banking kat atas ni. Kalau tak de, buat2 la mendaftar dulu ye.. Kalau tak, tak dapat la den nak nolong..Kalau ai, ai ada Maybank2u..Lepas pilih, tekan aje button " Agree and continue"..Tak yah isi email pun tak per, kalau nak terima apa2 email dari pihak PTPTN, boleh ler kome taruk email kome kat situ..


Hah, yang ni korang proceed je la..tak der ape pon, cuma nak enabled kan pop-up aje..

Bila tekan aje button "proceed" tadi, korang akan direct di linkkan ke page online banking yang korang pilih sebelum ni. Sebagai contoh, kat atas adalah log in page tuk Maybank2u..Macam biasa, masukkan usernama dan password..

Sekali lagi, summary akan keluar untuk memaklumkan kat kita, transaksi yang bakal kita buat ni. Kalau dah tekad dan bersetuju, tekan "continue".



Yang ni semua pengguna online banking dah sedia maklum dah ni. Setiap transaksi yang nak dibuat memerlukan pengesahan..manalah tahu bukan pemilik acc sebenar yang buat transaksi ni, jadi pihak bank akan meminta pengesahan dengan menggunakan no TAC. Tekan "Request a TAC number" dan tak sampai 10 saat, No TAC akan masuk ke inbox handfon anda. Masukkan no TAC tadi ke dalam ruangan TAC tersebut. Setiap transaksi menggunakan no TAC yang berbeza.

Ting! dah siap dah..boleh print receipt sebagai rujukan di masa hadapan. Kalau tak nak bazir ink atau tak de printer, tak yah print pun boleh..jarang sangat kesalahan "dah bayar tapi dorang cakap belum bayar" ni terjadi.. Ha, senang kan zaman teknologi macam sekarang ni, setelkan urusan hanya dihujung jari..*wink*..So, selamat membayar hutang~~



p/s: Encik PTPTN, saya dah tolong buat tutorial yang kalau tak buat pun, semua orang dah tahu ni, boleh kasi discount tak?heeee..

1 comment:

  1. Klu buka penyata kira2 ptptn, ada x transaksi kita da bayar semula? Sy da byr via cimbclick tapi bila buka pnyata kira2 xda pula transksi pmbyrn yg kita lakukan...nak tanya sbb takut ptptn x trima pula.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...