Salam Semua..
Dah lama jugak aku tak update apa2 cerita kat blog ni..Weekdays memang tak sempat la kan, balik kerja pun dah lewat malam, so hanya berharap pada weekend jer..Kisahnya, weekend lepas aku demam teruk, ujian dari Allah..So, memang tak dapat la nak update apa2..Nak pandang laptop pun dah rasa loya semacam..hehe..Aku demam biasa jer..Tak de penyebab2 lain kot..InsyaAllah..cuma kali ni, duration demam tu lama sikit..Biasanya sehari jer..kali ni 3 hari! Siap muntah2, tak selera nak makan bagai la..pakej lengkap! sebelum ni, tak pernah demam macam ni, seingat aku la..biasanya demam manja2 gitu jer..tu pun 3 tahun sekali..huk2..tahun ni je, dah 2 kali aku demam..tak nak la fikir bukan2 kan, aku just terima and anggap ujian Tuhan jer..
Aku start tak sedap badan hari selasa, mungkin sebab hari isnin balik kerja kul 2.30am kot..(sila jangan terkejut kenapa aku balik kerja 'awal' sangat)..Tapi start tak boleh wat pape petang rabu..malam rabu tu dah panas2 tak boleh duk diam dah..esoknya badan dah panas, tapi gigih jugak nak pergi kerja..akibatnya, sampai ofis dah lembik..tidur je kat surau sepanjang hari..seksanya Tuhan je yang tahu..dengan sejuknya, sakit badan tidur atas lantainya..sedey..sob2..Masa tu makan panadol je la ngan ubat sakit tekak..harap2 tak melarat..
Esoknya dorang soh aku duk umah jer, tapi aku cakap dah ok dah (dalam hati takut duk umah sorang2..haha).Tapi, belum sampai ofis, badan aku dah menggeletar2, siap nak termuntah dalam kereta..Sebelum sampai ofis, Anis hantar aku gi klinik dulu, dapat MC sehari..So, tengaharinya, Kiah hantar aku balik umah, rehat kat umah..Duk kat umah lain sikit dari kat ofis..boleh rehat betul2..Sampai je umah aku terus tido, bangun solat makan ubat tidur bangun solat makan ubat tido sampai la esok pagi..eehehehe..Pagi ahad baru la dah sihat balik macam biasa..dah boleh makan banyak2, dah boleh mandi lama2, dah boleh cakap tak henti2..hehe
Kat sini, aku nak cakap thanks banyak2 kat Anis, tolong hantar gi klinik, kat Dayah tolong tampalkan 'cool fever', tolong sapu2 air asam jawa kat kepala aku (siap pesan nanti mandi letak shampoo, rambut bau asam jawa..haha), thanx kat Kiah hantar balik umah yang sudahnya ang plak yang sesat tak tahu nak balik ofis, thanks jugak masakkan tomyam kat aku yang last2 aku pon tak boleh makan..thanks kat korang sume sebab sudi layan aku yang banyak kerenahnya ni..Thanks!..semoga Allah balas jasa korang..Lepas ni, diharapkan dijauhkan lah dari sakit2 macam ni lagi..huk2..sedeyh bile time sakit2 ni jauh ngan family..rasa cam banyak dosa pun ada..huk2..Tu la, akibat tak amalkan gaya hidup sihat gamaknya..heeee
No comments:
Post a Comment