Salam Semua..
Entry lepas aku dah citer hari pertama aku and family kat Langkawi kan..ok now, kita cerita apa yang berlaku pada hari kedua plak..ala, ni macam cacatan perkhemahan korang dulu2 tu la..heee..pagi tu makan sarapan nasi goreng home-made..jimat2 tu kan amalan mulia.. *selepas dah banyak membazir semalam..ish3* Pastu kitorang sume gerak ke Pasir Hitam..aku dah pernah pergi time lawatan sekolah dulu, so tak de la jakun benor nak tengok kenape Pasir Pantai tu jadi hitam..mak aku semangat la nak tengok..1st time pegi nih..sekali ngan mak aku pon tak jadi nak jakun, dia cakap memang la hitam, laut dah tercemar..minyak tumpah apa bagai suma..hahaha..tapi memang kotor pon, penoh sampah kat tepi pantai tuh..wakil rakyat mana tak buat keje ni?ops!
See..'Hitam' kan? |
Lepas snap sana sikit, snap situ sikit, kitorang berpecah..satu kereta gi Pekan Kuah, sebab ada lagi insan2 yang tak puas hati melabur kat Haji Ismail Group semalam, termimpi2 dah mangkuk Coreal tu..huhu..lagi satu kereta gi Under Water World..time lawatan ritu, budak2 lagi, tak cukup duit nak masuk tempat mahal gini..sekarang dah mampu la..Kitorang ber4, bawak sekali budak kecik 3 orang tu..yang terlebih excited haruslah makcik2 dorang ni ha.. Best jugak kat sini, binatang2 di groupkan mengikut habitat and jenis masing2..apa yang ada pon berbaloi la ngan harga tiket masuk. Tapi aku baru je pergi Akuaria KLCC tahun lepas and rasa tak banyak beza dengan apa yang ada kat sana, so tak de la jakun sangat.. Kebetulan, time kitorang nak keluar tu, ada pertunjukan anjing laut, so excited lebih sikit dari kadar biasa..Sedar tak sedar almost 3 jam jugak kitorang duk tawaf2 dalam tuh..kesian budak2 kecik ni dah lapar..yang tua2 ni, nampak pintu keluar baru tersedar lapar..huk2
Lepas dah kenyang sume, kitorang balik umah, tercengang la kejap tengok barang2 hasil rompakkan geng2 dewasa nih..semua tak nak kalah..Lepas dah rehat sikit sebanyak, satu kereta gerak gi naik Kereta Kabel, satu kereta lagi tak de arah tujuan..huk2..aku mesti la dalam golongan tak de arah tujuan tu sebab dah pernah naik kereta kabel tu dulu, so tak berminat la nak gi lagi..Mula2 cadang nak gi mandi laut, tapi sebab dah lewat petang, kitorang gi Dataran Lang.. Kak Long teringin nak pekena Laksa Kedah..Kitorang duk jalan2, makan2 kat situ sampai la pukul sembilan lebih baru balik rumah..
Esok dah nak balik! malam tu kitorang borak2, gosip2, cerita2, gelak2 ngan adik beradik sume..dah lama situasi macam ni tak jadi..masing2 sibuk dengan kerja, family masing2..best jugak buat aktiviti gini sekali sekala..boleh la rapatkan tali persaudaraan..sedih plak kalau pikir dulu main sama2, buat benda bodoh tak cerdik sama2, sekarang dah ada yang kawen, ada yang pregnant, ade yang ada anak, yang kerja jauh2..huk2..sedikit sebanyak akan ada benda yang akan berubah..endingnya, macam semalam jugak, pukul 1 lebih baru tidur..
To be continue..
Next time datang Langkawi...stay kat homestay kami...la
ReplyDeletetq,