Sunday, July 10, 2011

'Langkawi..here I come..' part 3..


Salam Semua..

Apa khabar? Buat ape hari minggu ni? Ataupun korang pergi memBERSIHkan diri? Tapi bengang jugak la pasal BERSIH ni, tak pasal2 jalan jadi jam teruk, semalam and hari ni. Kesian kot kat pengguna..bayangkan, aku balik kerja semalam dari pukul 7.30, pukul 9.30 baru sampai rumah, bukannya KL-Kuatan, Damansara- USJ je pon..hangin jugak la, tak pasal2 dapat dosa free kutuk polis/kerajaan..apa ntah rasioanal dorang buat road block bagai tuh..Ok fullstop sal BERSIH..Mari kita cerita kedai kopi pasal aku plak. Tak lain tak bukan pasal percutian aku and family ke Pulau Langkawi hari tuh la..tau la korang dah bosan, tapi ni episod last dah..Nora Elena 22 episod korang tunggu, baca la kisah 3 episod aku ni..ye la, sapa la aku ni..*touching*

Ah, kalau korang tak nak baca pun, nak citer jugak! Hehe..gila kuasa di situ. Ok hari ketiga aku ni kelam kabut sikit sebab kejar masa nak balik. Plan nye nak naik feri dalam pukul 3 lebih so geng2 dari Terengganu ni tak de la rushing nak naik bas pukul 7.30 petang tu. Disebabkan ada yang kemaruk nak jugak mandi kat Pantai Cenang yang kitorang pergi hari tu. Dalam pukul 8.30 camtu, satu kereta pergi Pantai Cenang,  satu kereta lagi pergi Padang Matsirat beli2..haih tak sudah2 nak beli belah..aku plak mesti la pergi mandi!yeay! tapi sunyi sepi la pantai time tu, tourist2 tidur lagi kot..kitorang pon tak de la mandi manda bersungguh ari tu sebab kejar masa. Mandi sekadar tak nak kempunan je..huk2..dalam pukul 9.30 gitu, kitorang gerak balik ke rumah..Terus siap2,kemas2 barang nak balik dah. Kitorang gerak dulu, yang satu lagi kereta tu pergi kemudian sebab tak balik lagi dari membeli belah..haih

Destinasi seterusnya tak lain tak bukan..Dataran Lang! Kalau gi Langkawi, tak de gambar ngan burung Helang besor ni tak macho la beb..Tapi sebelum sampai ke destinasi sempat la singgah kat Pekan Kuah dulu, grab apa2 yang patot buat kali terakhir sebelum pulang..aku pun sempat la beli set sudu tuk Umi aku and tambah lagi sikit coklat tuk kawan2. Dalam pukul 1.00 camtu kitorang jumpa dengan geng kereta lagi satu kat Dataran Lang. Bila semua ahli dah ada, baru la start photoshoot.. Tapi cuaca dia Ya Rabbi panas gila terik sangat weyh..sampaikan mata ai yang bundar ni pun tak boleh nak bukak dah..sorang2 mata dah sepet..hee..tapi terpaksa la gagahkan jugak demi nak muka ni ade dalam gambar..hehe



Lepas dah berpanas berpeluh ketiak sume, kitorang terus gerak gi Jeti nak balik ke Kuala Perlis. Aku ingatkan dah tamat la kisah membeli belah..tapi sungguh sangkaan aku meleset..huk2..kat jeti pon dorang sempat lagi membeli belah..adoiya..aku pon terpaksa la tunggu sambil wat muke..lama kot.. dalam pukul 3.00 baru la dorang ingat nak balik..huh! kitorang pon rushing la pergi pemeriksaan kastam sume. Then, sorang kakak aku gi beli tiket..Tapi, malang punya nasib, tiket HABIS! Alamak..memang sengal la sebab geng2 dari Terengganu ni nak balik bas pukul 7.30 petang nanti, ntah sempat ke tak. Last2 dapat la tiket pukul 5.30 petang. Kitorang tunggu la kat jeti tu lebih kurang 2 jam lebih sampai tertido2. Masing2 tak berani nak salahkan each other, sebab memang salah semua orang..arap2 ada keajaiban la berlaku supaya kitorang boleh sampai Kuala Perlis tu dengan pantas..malangnya (banyaknye malang)..feri datang dengan punctualnya..sob2..tapi nak gerak bukan main lambat lagi sebab duk menunggu orang duk angkat harta rampasan perang dorang. Kitorang pon tak kurang hebat, aku ni lima enam kali ulang alik kuar masuk feri angkut barang..penat, panas, rimas, seksa hanya Allah yang tahu..sila balik sehelai sepinggang je ye lain kali..sumpah penat!



Maka, bertolak la kami around 6pm camtu. Dalam hati kitorang nak cepat sampai nak cepat sampai je. Bimbang dorang yang nak balik Terengganu ni kelam kabut dah bila sampai sana nanti and the worst case takot tertinggal bas!huk2..namun takdir Allah dah menentukan segalanya, sampai kat jeti 7.25pm! kitorang pon memang berlari2 bawak barang semua tuk kejar bas. Kakak aku sorang dah pergi ke bas sten tuk  tahan bas tu ngan kawan kakak aku, naseb baik ada orang tolong..huk2..pastu pak cik bas yang baik tu datang ke Kuala Perlis tuk amik yang lain2..memang sangat rushing..sangat2..berpeluh jangan cakap la, walaupun waktu tu hujan..Semua terkilan sikit la sebab ending trip ni jadi kelam kabut. Tak best la, plan nya nak gi makan2 kat Kuala Perlis tu dulu..apakan daya..

Kesimpulannya, aku sangat enjoy trip kali ni. Mungkin dah lama tak buat aktiviti2 gini kot. Apa yang aku harap hubungan keluarga aku ni akan terus kekal kukuh dan tak bermasalah sampai la hujung nyawa..aku tetap sayangkan darah daging aku ni walaupun aku ada lagi satu family..(^.^)


Ending..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...