Saturday, December 3, 2011

Azam tahun 1433H

Salam Semua..

Walaupun dah lewat  seminggu, Liza nak jugak update tentang azam baru Liza tuk tahun ni. Tapi, kebanyakkannya adalah azam tahun lepas, tak kira lah yang dah terlaksana separuh jalan ataupun memang tak berjalan langsung. Tak per la, yang penting ada usaha ke arah tu kan? Ok, moh kita tengok apa azam Liza tuk tahun ni pulak.

1. Menjadi hamba Allah dan insan yang lebih baik dari sebelum2 ini. Diharapkan tahun baru ni, Liza akan menjadi hamba Allah yang lebih rapat dengan penciptanya, anak yang solehah kepada mak dan uminya, adik yang taat kepada kakak2nya, kakak yang penyayang kepada adik2nya, sahabat yang memahami kepada teman2nya, rakyat yang berguna kepada negaranya  dan tentu sekali semuanya nak yang lebih baik dari tahun2 yang lepas.

2. Mempunyai kerjaya yang stabil. Kalau tak silap, tahun lepas pun ada azam ni, tapi rezeki masih belum sampai. Kerja kat tempat lama agak kurang sesuai dengan diri Liza. Liza ni bukanlah jenis orang yang suka lompat2 kerja sangat. Tapi selepas dihitung2 pros and cons nya, Liza undur diri dari company yang lama. Insya-Allah, kalau ada rezeki dapat tempat yang lagi baik. Kali ni, azam Liza nak stay kat company baru ni at least for 2 years tak kira lah apa jadi.. cewah!

3. Merapatkan silatulrahim antara keluarga dan sahabat handai. Yang ni azam tahun lepas yang tinggal separuh jalan. Hubungan Liza dengan keluarga kandung (Liza ada 2 family, so ada masalah sikit dari segi pembahagian kasih sayang..hehe)dah bertambah awesome..Lebih2 lagi, sekarang Liza duk KL, dekat dengan kakak Liza yang duk kat Bangi tu and dua adik yang study kat UM and UPSI. Yang masih tak menjadi adalah hubungan dengan sahabat handai. Terutamanya kawan2 time sekolah and kawan2 yang jauh di mata. Kenduri kahwin dorang pun masih ramai yang tak boleh nak attend disebabkan kenkangan beberapa perkara..sob2

4. Memberi hadiah yang istimewa buat family. Setakat Liza dah kerja dua tahun ni, Liza rasa tak de apa lagi yang Liza dapat hadiahkan buat family tersayang. Sekadar duit bulanan tu biasa la kan, cuma ingatkan tahun ni kalau ada rezeki lebih, Liza nak bagi/buat sesuatu yang lebih 'besar' kat dorang. Impian tu memang dah ada lama dah, cuma masa nya belum tiba. Insya-Allah mungkin tahun 1433H adalah tahunnya? 

5. Mengakhiri zaman bujang. Liza pun dah lama sangat dah dengan si dia. Tahun ni dah masuk tahun ke tujuh dah. Kalau mengikutkan perancangan kami, nak mengakhiri zaman bujang kitorang pada akhir tahun hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, diberkati hubungan kami dan seterusnya apa yang dirancangkan itu akan menjadi kenyataan. Amin

6. Menjana pendapatan melalui internet. Ni merupakan impian dan cita2 Liza sejak 2008 lagi, masa tu Liza pengikut setia blog Khai, memang admire sangat kat dia ni, dah la umur muda dari Liza, tapi sekarang dah ada syarikat sendiri dan dia bermula hanyalah dari seorang blogger biasa, namun dengan semangat dan usaha yang luar biasa, jadi lah dia seperti dia di hari ini. Liza pun berharap akan menjadi seseorang yang boleh mendapatkan sedikit pulangan dari internet ni, tak kira lah dari jualan produk fizikal ataupun dari berbloging. Insya-Allah dengan izin Tuhan, impian yang tergendala pada tahun lepas ni, akan berjaya menjadi kenyataan pada tahun ni.

Ok, ni lah 6 item major yang Liza nak realisasikan dalam tempoh setahun ni..Liza masih ada lebih kurang 358 hari lagi..yosh! Yang paling penting, untuk merealisasikan segala impian dan cita2 yang tersenarai kat atas ni, adalah sikap diri sendiri..jangan malas, jangan tangguh kerja, jangan mudah leka..semoga kematangan diri Liza meningkat seiring dengan peningkatan usia.


p/s: Salam Maal Hijrah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...