Sunday, December 18, 2011

Bersabarlah wahai hati

Salam Semua..

Minggu ni merupakan minggu ke-2 Liza duk kat rumah tak bekerja. Loser tak bunyinya?haha..nak buat camner, belum ada rezeki buat masa ni kan? Nasib baik ada kakak Liza kat sini, boleh la jugak menumpang kasih. Bukan tak nak balik Terengganu, tapi senang kalau nak pergi interview bila duk kat sini sebab kerja yang Liza apply semuanya area Selangor and KL. 

Setakat ni Liza dah attend 3.5 interview..boleh plak ade setengah interview..haha..tak de lah, ade satu interview tu Liza pergi separuh jalan je, tuk part yang ke dua, Liza cabot sebab rasa tak sesuai position tu ngan Liza. Semua interview yang Liza dah pergi ni banyak mengajar Liza dan bagi Liza pengalaman yang tersendiri. Walaupun Liza dah kerja dalam bidang Liza ni almost one year, tapi ilmu yang ada sangat2 la sedikit. Rasa kerdil je bila time interview, Liza tak boleh nak jawab apa yang ditanya apetah lagi ada term2 yang langsung Liza tak pernah dengar. Poor me! Hum, pengalaman interview lepas kerja ni tak sama dengan interview time fresh grad, dulu boleh je kita 'goreng' kat interviewer tu kan, tapi sekarang interviewer lebih fokus tentang apa yang kita boleh sumbangkan tuk company dorang berdasarkan pengalaman yang kita ada. Tuk Liza yang baru setahun jagung dalan bidang ni memang menanges la nak 'goreng' dorang..huk2

Bila kesemua interview yang Liza pergi, gagal..hati pon mula lah rasa semacam, rasa macam tak best, mula lah nak bandingkan dengan orang2 lain dan menyesal dengan apa yang dah terjadi. Gelisah makin bertambah bila mengenangkan tanggungjawab2 yang liza ada, apetah lagi impian yang semakin hampir tuk dilaksanakan. Rasa malu. segan. putus asa. rendah diri. semakin berkumpul dalam diri ni..sob2

Namun, Liza tak boleh patah semangat, Liza tak boleh salahkan sape2 dalam hal ni, apetah lagi nak menyesal atas tindakan yang Liza dah buat. Tak boleh sama sekali ye! Liza mesti kuatkan semangat, cekalkan hati and sentiasa kena percaya yang Takdir Allah adalah yang terbaik. Liza mesti percaya mesti ada hikmah yang tersembunyi yang Liza tak tahu, tapi Allah maha mengetahui. Sabar lah wahai hati. Semoga dengan dugaan yang kecil ini akan membuatkan Liza lebih dekat dengan yang maha Esa, lebih yakin dengan takdir yang ditulisnya, lebih redha dan kuat hatinya menempuhi hari yang mendatang. Kalau Liza susah, ingatlah ramai lagi yang lebih susah dari Liza.


Liza masih boleh handle benda ni, cuma yang Liza risaukan beberapa tanggungjawab yang sedia tergalas atas bahu Liza ni and hati Umi Liza nanti. Ibu mana yang akan tenang bila anaknya masih kurang berjaya dan dalam kesusahan. Apetah lagi bila ada mulut2 busuk  yang dengki dan sibuk nak menjaga tepi kain orang..hurmm..semoga Allah tenangkan hati nya juga dan hapuskan kerisauan yang bermain di hatinya..InsyaAllah Umi, akan ada rezeki yang dah Allah tuliskan buat kita nanti..Amin



p/s: Bak kata orang, Allah hadirkan hujan dan ribut dulu sebelum hadiahkan pelangi yang indah =D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...