Thursday, December 1, 2011

Happy Beautiful Marriage, Sista!

Salam Semua..

Tanggal 7 November (7eleven) lepas, dengan sekali lafaz, my beloved sister, K zie dah sah jadi isteri orang..Ni kakak yang last sebelum aku la..yeay! my turn pulak lepas ni *gatai* Rasa macam tak caya pun ada yang dia dah melangkah ke alam rumah tangga, bukan ape..dalam banyak2 adik beradik, perangai die ni lain macam sket..hahaha..uppss! Anyway, congratz to both of you..cepat2 dapat baby and harap berbahagia hingga ke syurga..

The bride
Husband and Wife
Our Family

His Family

Al kisahnya, ni la kakak aku yang paling aku rapat zaman kanak2 dulu, i means memang rapat sangat yang kat mana ade die, aku ade, kat mane ade aku, dia ade..faham tak?*emo* Then, since dia jadi medical student, kami dah mula renggang sikit..ye la, cuti tak sama..dah jarang jumpa..sekarang dah hampir 7 tahun berlalu, seyesly kitorang dah tak sempat nak rapat macam dulu lagi..sob2..Nama kitorang yang dekat2 (Za n Zie) plus muka kitorang yang iras2, mungkin menjadi faktor kami jadi rapat time tu. Kalau balik kampung je, mesti saudara2 akan bertukar mana satu Za, mana satu Zie..

On her convocation's day

Ingat lagi time kecik2 dulu, setiap kali jumpa je, malam2 mesti dia momokkan aku ngan citer2 hantu..macam2 citer hantu, hantu cindai la, hantu tak de kepala la, hantu durian la..dan kesudahannya aku akan ketakutan sampai la tertidur..Dulu, kitorang suka kereta Kembara sampai berebut2 siapa yang beli dulu..tu belum masuk kitorang main cari harta karun(hadiahnya air milo+biskot hup seng je pon), main saidina(pinjam ngan anak tokey ayam), main math-table(akibat main time magrib, ayah buang bawah bukit..haha) and macam2 lagi..soooo kanak2 kan..indahnya kalau kita tak kan pernah jadi dewasa..hidup penuh dengan gelak tawa, tak de tanggungjawab, tak de apa yang perlu dikejar, paling berat pun nak dapat no yang best setiap kali exam tengah tahun and akhir tahun je..

Kadang2 aku jeles dengan perjalanan hidup kakak aku yang sorang ni. Macam lancar jer (empunya diri rasa aku tak tahu la..hehe), mungkin mendapat keberkatan yang lebih kot dari mak aku..huhu..Dalam soal jodoh ni pon senang, dia kenal suami dia ni awal tahun ritu, bulan Jun family dia datang merisik, then Raya Puasa bertunang, tup2 Raya Haji dorang kawin..tak yah bercinta berkurun2 macam aku ni. Hurm, nasib masing2 kan..Oh ye, ni majlis akad nikah jer..combine sekali dengan majlis akikah two of my nieces, Tengku Nur Zahra Jasmine(K Tie's daughter) and Naurah Nashwa (K dah's daughter)..Majlis resepsi plak will be held on 24 of this coming December..

The babies

Lastly, aku doakan yang terbaik tuk kakak aku ni, Roziana Ismail..Semoga menjadi isteri solehah and bakal ibu yang mithali..Amin

Thursday, November 24, 2011

Bos, I'm quit!

Salam Semua..

Lepas menyepi dalam empat bulan, akhirnya Liza muncul ngan entry emo aka luahan perasaan. Merujuk pada tajuk dah boleh teka kan? 30 september lepas, Liza dah hantar surat resign dah, notis dua bulan, so end of this month kalau tak dapat ganti ngan kerja lain, means berstatus penganggur la Liza..huk2..Tapi demi kehendak hati dan kepuasan emosi, Liza tak kisah semua tu..

Ramai jugak kawan2 yang tanya sebab Liza berhenti ni..Tapi tak de sorang pun Liza boleh bagi jawapan yang tepat. Biar lah diri Liza sorang je yang tau and Liza tak nak memburuk2n siapa2 dalam soal ni. Kerja kat HRSC bukan semua buruk, kalau tak, tak mungkin Liza boleh bertahan kurang 6 minggu je lagi nak cukup setahun. Relationship between colleguage memang tip top. Stress kerja kat mana2 pun akan rasa benda yang sama kan? Kalau tak nanges, bukan staff HRSC yang sejati la tu..haha. Kat sini jugak Liza dapat belajar banyak benda. Belajar tabahkan hati, belajar pikul tanggungjawab, belajar berdikari, belajar handle stress and banyak lagi.

Termasuk hari ni, dah 6 hari Liza anual leave, duk kat rumah..yehoo! Ha, bukan duk goyang kaki tau, Liza kena siapkan mana2 task Liza yang tak sempat nak setel hari tu. Hum, tapi biasa la kan duk kat umah, ngan ada internet, bantal tilam selimut lagi mana sama ngan time keje kat ofis.. huhu..Anyway, tolong doakan Liza akan dapat kerja baru cepat2 ye..kalau tak siapa nak bayar Liza punya ASB, insurans, nafkah makayah bla bla bla bla....





p/s: Dan2 lepas 3 hari Liza resign, bos (erm, i means ex-bos) buat trip gi Genting FOC..*kicik hati*

Sunday, July 10, 2011

'Langkawi..here I come..' part 3..


Salam Semua..

Apa khabar? Buat ape hari minggu ni? Ataupun korang pergi memBERSIHkan diri? Tapi bengang jugak la pasal BERSIH ni, tak pasal2 jalan jadi jam teruk, semalam and hari ni. Kesian kot kat pengguna..bayangkan, aku balik kerja semalam dari pukul 7.30, pukul 9.30 baru sampai rumah, bukannya KL-Kuatan, Damansara- USJ je pon..hangin jugak la, tak pasal2 dapat dosa free kutuk polis/kerajaan..apa ntah rasioanal dorang buat road block bagai tuh..Ok fullstop sal BERSIH..Mari kita cerita kedai kopi pasal aku plak. Tak lain tak bukan pasal percutian aku and family ke Pulau Langkawi hari tuh la..tau la korang dah bosan, tapi ni episod last dah..Nora Elena 22 episod korang tunggu, baca la kisah 3 episod aku ni..ye la, sapa la aku ni..*touching*

Ah, kalau korang tak nak baca pun, nak citer jugak! Hehe..gila kuasa di situ. Ok hari ketiga aku ni kelam kabut sikit sebab kejar masa nak balik. Plan nye nak naik feri dalam pukul 3 lebih so geng2 dari Terengganu ni tak de la rushing nak naik bas pukul 7.30 petang tu. Disebabkan ada yang kemaruk nak jugak mandi kat Pantai Cenang yang kitorang pergi hari tu. Dalam pukul 8.30 camtu, satu kereta pergi Pantai Cenang,  satu kereta lagi pergi Padang Matsirat beli2..haih tak sudah2 nak beli belah..aku plak mesti la pergi mandi!yeay! tapi sunyi sepi la pantai time tu, tourist2 tidur lagi kot..kitorang pon tak de la mandi manda bersungguh ari tu sebab kejar masa. Mandi sekadar tak nak kempunan je..huk2..dalam pukul 9.30 gitu, kitorang gerak balik ke rumah..Terus siap2,kemas2 barang nak balik dah. Kitorang gerak dulu, yang satu lagi kereta tu pergi kemudian sebab tak balik lagi dari membeli belah..haih

Destinasi seterusnya tak lain tak bukan..Dataran Lang! Kalau gi Langkawi, tak de gambar ngan burung Helang besor ni tak macho la beb..Tapi sebelum sampai ke destinasi sempat la singgah kat Pekan Kuah dulu, grab apa2 yang patot buat kali terakhir sebelum pulang..aku pun sempat la beli set sudu tuk Umi aku and tambah lagi sikit coklat tuk kawan2. Dalam pukul 1.00 camtu kitorang jumpa dengan geng kereta lagi satu kat Dataran Lang. Bila semua ahli dah ada, baru la start photoshoot.. Tapi cuaca dia Ya Rabbi panas gila terik sangat weyh..sampaikan mata ai yang bundar ni pun tak boleh nak bukak dah..sorang2 mata dah sepet..hee..tapi terpaksa la gagahkan jugak demi nak muka ni ade dalam gambar..hehe



Lepas dah berpanas berpeluh ketiak sume, kitorang terus gerak gi Jeti nak balik ke Kuala Perlis. Aku ingatkan dah tamat la kisah membeli belah..tapi sungguh sangkaan aku meleset..huk2..kat jeti pon dorang sempat lagi membeli belah..adoiya..aku pon terpaksa la tunggu sambil wat muke..lama kot.. dalam pukul 3.00 baru la dorang ingat nak balik..huh! kitorang pon rushing la pergi pemeriksaan kastam sume. Then, sorang kakak aku gi beli tiket..Tapi, malang punya nasib, tiket HABIS! Alamak..memang sengal la sebab geng2 dari Terengganu ni nak balik bas pukul 7.30 petang nanti, ntah sempat ke tak. Last2 dapat la tiket pukul 5.30 petang. Kitorang tunggu la kat jeti tu lebih kurang 2 jam lebih sampai tertido2. Masing2 tak berani nak salahkan each other, sebab memang salah semua orang..arap2 ada keajaiban la berlaku supaya kitorang boleh sampai Kuala Perlis tu dengan pantas..malangnya (banyaknye malang)..feri datang dengan punctualnya..sob2..tapi nak gerak bukan main lambat lagi sebab duk menunggu orang duk angkat harta rampasan perang dorang. Kitorang pon tak kurang hebat, aku ni lima enam kali ulang alik kuar masuk feri angkut barang..penat, panas, rimas, seksa hanya Allah yang tahu..sila balik sehelai sepinggang je ye lain kali..sumpah penat!



Maka, bertolak la kami around 6pm camtu. Dalam hati kitorang nak cepat sampai nak cepat sampai je. Bimbang dorang yang nak balik Terengganu ni kelam kabut dah bila sampai sana nanti and the worst case takot tertinggal bas!huk2..namun takdir Allah dah menentukan segalanya, sampai kat jeti 7.25pm! kitorang pon memang berlari2 bawak barang semua tuk kejar bas. Kakak aku sorang dah pergi ke bas sten tuk  tahan bas tu ngan kawan kakak aku, naseb baik ada orang tolong..huk2..pastu pak cik bas yang baik tu datang ke Kuala Perlis tuk amik yang lain2..memang sangat rushing..sangat2..berpeluh jangan cakap la, walaupun waktu tu hujan..Semua terkilan sikit la sebab ending trip ni jadi kelam kabut. Tak best la, plan nya nak gi makan2 kat Kuala Perlis tu dulu..apakan daya..

Kesimpulannya, aku sangat enjoy trip kali ni. Mungkin dah lama tak buat aktiviti2 gini kot. Apa yang aku harap hubungan keluarga aku ni akan terus kekal kukuh dan tak bermasalah sampai la hujung nyawa..aku tetap sayangkan darah daging aku ni walaupun aku ada lagi satu family..(^.^)


Ending..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...