Saturday, December 17, 2011

Solehah melabuhkan tirai

Salam Semua..

Apa khabar kawan2? Apa yang korang buat hari minggu ni? Liza nak update sikit tentang program realiti TV yang Liza tengok kat TV Al Hijrah semalam - SOLEHAH. Liza tertarik dengan program ni sejak minggu ke-9 hari tu. Program dah nak abis, baru tau..sob2.. Konsepnya lebih kurang dengan program Ustazah Pilihah kat Astro Oasis tu. Tapi Liza lebih sukakan Solehah ni sebab kurang drama, tak meleret2 pada benda yang kurang penting, lebih memberi ilmu dan lebih dekat dengan objektif yang sebenar - melahirkan pendakwah wanita yang berkualiti.

Semalam merupakan episod terakhir (minggu ke-13), program ni tak singkirkan peserta pada setiap minggu macam program2 realiti yang lain. Semua peserta kekal sampai la minggu yang terakhir semalam. Jadi, dorang ni kiranya akan dididik betul2 tuk menjadi seorang pendakwah dari awal hingga lah program ni tamat. Kalau tak menang pon tak kisah la, sebab ilmu yang dapat tu sama jugak dengan siapa yang menang. Tapi, kalau menang tu, kira bonus la kan?

Ok, selepas 10 peserta berentap, Amie Sofia Ahmad (25) dari Alor Setar, Kedah berjaya menjadi juara Solehah dengan menyampaikan tazkirah bertajuk 'syukur'. Wan Nor Mazuani (22) yang tetiba tukar topik tazkirah saat2 akhir berjaya dapat tempat kedua. Tempat ketiga plak menjadi milik Nurul Eswani Shafazlin (24).


Apa yang Liza kagum ngan dorang ni ialah keberanian dorang dalam berdakwah. Ilmu yang ada tak yah cakap la, sangat jauh bezanya dengan Liza ni. Dah la sorang2 sangat cantik. Kalau Liza ni lelaki, ada yang masuk minang dorang ni..huk2..Bila bandingkan diri sendiri dengan dorang ni, rasa sangat la kerdil..Tapi Alhamdulillah ada juga pihak (TV Al-Hijrah) yang sudi terbitkan program2 ilmu macam ni, walaupun sokongan dari pihak penaja contohnya masih lemah..hurmm



p/s: Mawi menang AF dapat suzuki swift siap ngan umah, Amie menang solehah dapat saga flx..hurm

Thursday, December 15, 2011

Housemate's outing

Salam Semua..

Selamat pagi khamis semua! Dah dua minggu Liza tak update kan?ish2..macam la sibuk bebenor. Bukan ape, tak de benda yang menarik tuk di kongsi, tu yang Liza senyap je.. Ok ni de satu cerita yang Liza nak share, Al-kisahnya ahad yang lepas Liza and housemate..err i means ex-housemate gi merambu ramba..dalam misi nak tunaikan hajat si Dayah, kawan kitorang tu nak main bowling and jalan2 gi KLCC..kitorang gerak pon dah lewat dah, dalam pukul 12 lebih..Cakap panjang pon tak de orang nak dengar kan, so Liza bagi summary je la eh..

1.00 petang- Lunch di KFC, Summit
2.30 petang - Game bowling bermula, plannya nak main 3 game guna kupon dari groupon (3 game, Rm5.50 jer!)tu, tapi rupa2nya tak boleh redeem hari weekend, weekdays sahaja..sob2..Tapi dah teringin sangat nak main, so kitorang main la jugak satu game..Rm10 dowh!


5.00 petang - Sampai KLCC..jalan2, amik gambar, jalan2 and amik gambar lagi dan lagi

6.15 petang - Dinner di food court KLCC..tempat ni Kak Ina yang recommend..nasib baik tak menghampakan..


7.30 petang - Hantar Liza kat stesen KTM Putra tuk balik Bangi then sayonara..

Secara kesimpulannya, sangat enjoy, hilang jap masalah2 yang tertanggung. Semoga ukhwah dah persahabatan ni akan terus terjalin bukan hanya bersahabat bila di depan mata..Amin




p/s: Cepat2 dapat kerja, nak merambu ramba ke Melaka pulak =D

Saturday, December 3, 2011

Azam tahun 1433H

Salam Semua..

Walaupun dah lewat  seminggu, Liza nak jugak update tentang azam baru Liza tuk tahun ni. Tapi, kebanyakkannya adalah azam tahun lepas, tak kira lah yang dah terlaksana separuh jalan ataupun memang tak berjalan langsung. Tak per la, yang penting ada usaha ke arah tu kan? Ok, moh kita tengok apa azam Liza tuk tahun ni pulak.

1. Menjadi hamba Allah dan insan yang lebih baik dari sebelum2 ini. Diharapkan tahun baru ni, Liza akan menjadi hamba Allah yang lebih rapat dengan penciptanya, anak yang solehah kepada mak dan uminya, adik yang taat kepada kakak2nya, kakak yang penyayang kepada adik2nya, sahabat yang memahami kepada teman2nya, rakyat yang berguna kepada negaranya  dan tentu sekali semuanya nak yang lebih baik dari tahun2 yang lepas.

2. Mempunyai kerjaya yang stabil. Kalau tak silap, tahun lepas pun ada azam ni, tapi rezeki masih belum sampai. Kerja kat tempat lama agak kurang sesuai dengan diri Liza. Liza ni bukanlah jenis orang yang suka lompat2 kerja sangat. Tapi selepas dihitung2 pros and cons nya, Liza undur diri dari company yang lama. Insya-Allah, kalau ada rezeki dapat tempat yang lagi baik. Kali ni, azam Liza nak stay kat company baru ni at least for 2 years tak kira lah apa jadi.. cewah!

3. Merapatkan silatulrahim antara keluarga dan sahabat handai. Yang ni azam tahun lepas yang tinggal separuh jalan. Hubungan Liza dengan keluarga kandung (Liza ada 2 family, so ada masalah sikit dari segi pembahagian kasih sayang..hehe)dah bertambah awesome..Lebih2 lagi, sekarang Liza duk KL, dekat dengan kakak Liza yang duk kat Bangi tu and dua adik yang study kat UM and UPSI. Yang masih tak menjadi adalah hubungan dengan sahabat handai. Terutamanya kawan2 time sekolah and kawan2 yang jauh di mata. Kenduri kahwin dorang pun masih ramai yang tak boleh nak attend disebabkan kenkangan beberapa perkara..sob2

4. Memberi hadiah yang istimewa buat family. Setakat Liza dah kerja dua tahun ni, Liza rasa tak de apa lagi yang Liza dapat hadiahkan buat family tersayang. Sekadar duit bulanan tu biasa la kan, cuma ingatkan tahun ni kalau ada rezeki lebih, Liza nak bagi/buat sesuatu yang lebih 'besar' kat dorang. Impian tu memang dah ada lama dah, cuma masa nya belum tiba. Insya-Allah mungkin tahun 1433H adalah tahunnya? 

5. Mengakhiri zaman bujang. Liza pun dah lama sangat dah dengan si dia. Tahun ni dah masuk tahun ke tujuh dah. Kalau mengikutkan perancangan kami, nak mengakhiri zaman bujang kitorang pada akhir tahun hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, diberkati hubungan kami dan seterusnya apa yang dirancangkan itu akan menjadi kenyataan. Amin

6. Menjana pendapatan melalui internet. Ni merupakan impian dan cita2 Liza sejak 2008 lagi, masa tu Liza pengikut setia blog Khai, memang admire sangat kat dia ni, dah la umur muda dari Liza, tapi sekarang dah ada syarikat sendiri dan dia bermula hanyalah dari seorang blogger biasa, namun dengan semangat dan usaha yang luar biasa, jadi lah dia seperti dia di hari ini. Liza pun berharap akan menjadi seseorang yang boleh mendapatkan sedikit pulangan dari internet ni, tak kira lah dari jualan produk fizikal ataupun dari berbloging. Insya-Allah dengan izin Tuhan, impian yang tergendala pada tahun lepas ni, akan berjaya menjadi kenyataan pada tahun ni.

Ok, ni lah 6 item major yang Liza nak realisasikan dalam tempoh setahun ni..Liza masih ada lebih kurang 358 hari lagi..yosh! Yang paling penting, untuk merealisasikan segala impian dan cita2 yang tersenarai kat atas ni, adalah sikap diri sendiri..jangan malas, jangan tangguh kerja, jangan mudah leka..semoga kematangan diri Liza meningkat seiring dengan peningkatan usia.


p/s: Salam Maal Hijrah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...