Wednesday, November 17, 2010

End of the chapter

Semalam secara rasminya adalah hari terakhir aku berkhidmat di SMJK Convent Datuk Keramat. So lepas ni boleh la aku makan tido makan tido sampai koma. haha. Semua di harap jangan jeles ye..Sekali fikir, memang best jadi cikgu ni, kerja tak de la banyak sangat. Kalau tension pon setakat kat sekolah je, balik rumah hilang dah. Deal ngan budak2 pun best. Kalau deal ngan orang tua, kita marah dia, dia marah kita balik. Kalau nasib baik boleh penampar free..tapi dengan budak2, kita la yang berkuasa..hehe
Hah, tengok ni apa cikgu tulis!
Peace!
1P3' students
Overall semua ok kerja kat situ, satu pengalaman yang berguna untuk aku hadapi masa2 yang mendatang terutamanya dalam aspek kerjaya. Yang paling penting, kerja kat situ banyak mengajar aku tentang erti S.A.B.A.R . ya, kena sabar dengan telatah budak2, kena sabar dengan persepsi cikgu2 or pihak pentadbiran pandang kitorang sebagai GSTT and macam2 lagi. Walau apa pun, aku bangga dengan diri aku sendiri (eh boleh ke bangga diri ni?ermmm..) sebab dapat hadapi semua ni. Sepanjang 10 bulan ni, aku ulang alik kerja dengan bas saje, tak perlu nak tumpang2 orang or mengharapkan orang lain. Apa2 tugas aku boleh selesaikan dengan jayanya. Aku tak menggunakan pelajar2 aku untuk buat kerja yang perlu aku sebagai guru perlu selesaikan sendiri. And yang paling penting aku sudah menyumbang sedikit tenaga dalam mendidik anak bangsa walaupun bukan seagama dan sebangsa dengan aku.

a small present for my student
For the highest mark in each class and the best note
Sepanjang kat sana pun, aku boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Aku tanamkan prinsip "Jangan percayakan sesiapa, Dia buat baik dengan aku, Aku akan buat baik dengan dia". Itu saja. Sangat senang. Tak kira la dia tu apa bangsa, apa agama. Dalam hati ada la jugak rasa sedih tak jumpa budak2 tu lagi (or sedih tak boleh kerja half day lagi?) . Tak boleh nak layan kerenah dorang lagi, tapi aku tahu i have to move on. Aku perlu cari sesuatu yang pasti tuk masa depan aku..hehe..Babai SMJK Datuk Keramat..Tata titi tutu..
wif Pn Chong
wif mumy to be, K Zana

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...