Thursday, March 31, 2011

Tahun baru, semua baru..

Salam semua..


Sekarang dah akhir mac, tapi baru nak bercerita tentang tahun baru, boleh tak?hehe..Tahun 2011 ni, banyak benda yang dah berubah dalam diri aku..Alhamdulillah, semoga hidup aku sentiasa akan berubah ke arah kebaikan..perubahan yang pertama ialah KERJA..wahaha..dari seorang cikgu sandaran, aku dah buat keputusan untuk bekerja dalam bidang aku,  Science Computer ni..Citernya, akhir tahun lepas, 30 Disember (Hari cuti Skuad Harimau Malaya memang Bola Piala Suzuki), aku dapat interview position 'Solution Programmer' kat sebuah company melayu di Damansara, Selangor. Time tu berfikir2 jugak, nak pergi ke tak, sebabnya aku ni memang fail la bab2 program, kalau boleh nak kerja bahagian network. Tapi memandangkan aku penganggur berjaya time tu, so aku pergi je la..

Alhamdullilah, 2 minggu lepas tu, aku dapat feedback dari company tu suruh start kerja 17 Januari. So, kira2nya 2 minggu je la aku menggangur, duet pon tak sempat kering lagi..fuh! Now, dah lebih kurang 2 bulan,aku yang tak pernah terlintas jadi programmer ni, sedang meng'adapt la situasi sekarang..Syukur, masih boleh bertahan dengan pahit manis dalam company tu..Yang bestnya, boleh plak satu ofis ngan 2 orang ex-housemate aku time study dulu, Anis and Ash..secara tak sengaja ok, magik sungguh!

Dah kerja kat Damansara, haruslah pindah dari Penang-Best-Tersayang tu, berat hati dowh..rumah sewa yang perfect dipandangan mata dan akal aku..hehehe..over! So, sekarang aku duk skali ngan Anis di Subang Jaya, termasuk lagi dua orang yang ofismate, Kak Ina and Dayah.

Apa2 pun, aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan dapat sekarang. Walaupun tak indah dimata dan telinga orang lain..cukup la aku bahagia dengan kehidupan sederhana aku sekarang ni..aku berharap sangat supaya tahun 2011 ni akan membawa seribu keindahan dan kejayaan dalam hidup aku. Amin..

Wif my ofismate+ roomate, Dayah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...