Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak..

Salam semua..

Semalam sempat la tengok Maharaja lawak dengan housemate yang lain. Sebelum ni, tak pernah follow pon Raja Lawak, tapi semalam saja nak menghiburkan hati, tengok la Maharaja lawak ni. Overall, boleh tahan la..ye la, dah nama pon Maharaja lawak kan, tak kan standard Raja Lawak plak, mesti lagi up. Cuma bagi finalis Raja Lawak yang kurang nama , mungkin agak tertekan bila bersaing dengan juara2 Raja lawak yang lain ataupun finalist yang dah gah namanya dalam industri hiburan kita. 

Sebagai contoh, persembahan Alex, Amir, and WAI memag dah ke laut la..kumpulan WAI siap boleh gaduh sesama sendiri atas pentas..aish..tapi tak pe, bagi dorang chance, gugup tu..hehe..(cam aku plak juri) Alex plak duk guna idea same, saiz badan dia sebagai modal lawak..Part Amir memang kesian, dah la kecik comel je, dah cam kena buli buat persembahan kat depan kelas..huhu..jalan cter memang totally out..

Yang lain2, sume boleh tahan la..tapi aku sebagai penonton dan perempuan, aku kurang setuju peserta gunakan isu2 18sx sebagai bahan gurauan..banyak lagi kot modal lain..sensitif la sket, kan program Raja lawak, Maharaja lawak ni tontonan keluarga, budak2 pon tengok sekali..ada satu lawak dorang tu, aku yang 24 tahun ni pon tak faham..* or aku yang blur sangat * hehe..aku tanya housemate aku pon, dorang segan nak explain..macamana kalau budak2 yang blur, tanya kat parents dorang, tergagap2 dorang nak menjawapnya kang..or, budak2 sekarang lagi advance dari aku?huk2..

Then, aku tak faham kenapa juri (esp. Mamat Khalid) n pengacara (Ac Mizal Jual Gelang) duk highlight sangat kat Jozan..aku tahu la dia dah famous amos sekarang, tapi macam tak adil la dengan peserta2 lain..no bias2 ok..and..yang paling aku tak suka, nati show dah tak de kat PRIMA..kene subcribe MUSTIKA pulak..waaaaa..nak, x nak, nak, x nak, nak, x nak? nati la den fikir2kan..

Peserta Maharaja Lawak..


p/s: Kredit foto from Facebook MaharajaLawak

p/s/s: Thanks to Maharaja Lawak kerana menceriakan hari berdukalara aku..huk2

1 comment:

  1. hahahaha...sabar je la...

    check out blogshop aku
    http://redmattopstyle.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...