Sunday, January 22, 2012

Home sweet home..

Salam Semua..

Tengok tajuk, rumah manis rumah macam orang yang dah kerja jauh, dah lima bulan tak balik kampung. Tapi aku ni, baru je enam hari lepas lalu LPT (Lebuhraya Pantai Timur) ceh, baru nak bajet homesick. Kisahnya aku pergi KL haritu pun sebab nak attend satu interview. Harap2 lepas ni tak nak la ulang alik macam ni lagi. Penat badan dan emosi weh.

Kitorang (my sis+her husband+her daughter+my younger sis) plan nak balik awal pagi sabtu, around 4am camtu, tapi malamnya tu pergi cuci mata di alamanda. Dah balik rumah, packing2 barang pulak. Sudahnya tidur around 1am something. Mau nye nak bangun pagi2? Yang kesiannya, driver ler. So, tukar plan, kitorang bertolak dari rumah around 9:30am. Dah name cuti celebration camni, wajib la jalan jam kan? Walaupun raya cina, melayu india semua balik kampung. Alah, kata satu Malaysia. Dari tol gombak pun dah start jam. Mak aih, pukul berapa boleh sampai nih. Kali ni, kitorang ubah route perjalanan, tak nak ikut Jabor, tapi nak ikut Kemaman sebab nak elak jam and kondisi jalan nya lagi better. Tambah plak, my sis nak makan sotong celup tepung area Kemasik tu. (view tepi laut yang sangat awesome, tapi tak de kamera nak capture..sob2)

Last2, tolak stop makan sembahyang kencing bagai, kitorang ambil masa dalam 8 jam lebih untuk sampai ke rumah yang biasanya boleh sampai dalam lima jam je. Adoi..penat weyh even aku tak drive. Kitorang sampai around 7:45pm. Tapi tak per la, sekali sekala kan? Yang penting kitorang dah selamat sampai rumah dan nak habiskan cuti (aku ni ada istilah cuti ke sekarang?) bersama2 family. Yeay!




p/s: Tak best kan entry kosong tanpa gambar, tapi nak buat macam mana cik merah saya rosak..sob2


2 comments:

  1. begitu jauh sekali perjalanan.cakap pasal sotong goreng tepung ni,teringin la pulak.aduhai~ haha

    satu kaum punya festival,satu malaysia ikut cuti. xD itulah indahnya malaysia.banyak cuti! yay! LOL

    ReplyDelete
  2. wah!! 8 jam.... sakit pinggan tuuuu...
    huhuhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...