Friday, February 3, 2012

Cik Merah dah sihat..yeay!

Salam Semua..

Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi, jodoh aku dengan cik merah kesayangan masih panjang. Sepanjang perkenalan kami pada April 2010, kasih sayang aku kat dia memang tak berbelah bagi. Walau ada yang lebih cantik menawan ramping lagi menggiurkan, cik merah masih tetap di hati. Belum terniat lagi nak menduakan cik merah (or aku tak mampu?haha..)Sejak tu jugak, dia tak pernah sakit, tapi dugaan mendatang tengah2 aku sedih tak kerja2 lagi ni, cik merah pulak jatuh sakit. Kalau tak silap, awal bulan Disember tahun lepas dia start sakit. Fuh, lama tuh dia nak sembuh balik. Tapi bukan sebab salah 'pusat kesihatan' dia tu, silap aku la tak hantar dia jumpa doktor. Kesian cik merah ada teman yang sengal cam aku nih.


 
Oleh kerana rindu yang membuak2 kat kehadiran cik merah, akhirnya minggu lepas aku gi jugak berubat dia ni, melayang jugak la 80 hengget! Lepas ni, cik merah baik2 saje tau, jaga kesihatan baik2.. sayang kamu!


 
Tapi, sayang pulak kat adik angkat cik merah ni. Ye la, sepanjang cik merah sakit, dia la yang menemani aku. Walaupun berasal dari China je and berat badan mak aih, tak de berat lagi? Walaupun tengah2 aku taip mesej, dia bleh buat kedu tak nak bekerjasama. Walaupun tengah2 aku on fon, dia boleh sabotaj putuskan line. Walaupun nama je ade kamera, tapi haram gambar tak nampak ape. Tapi, dia lah yang mencurahkan khidmat bakti kat aku sepanjang 2 bulan ni. Buat adik angkat cik merah, jasamu tetap dikenang ok? Muah!







p/s: Jangan marah kualiti gambar macam ppffffhhhhhh, ambik gambar guna web cam jer..ahaks!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...