Friday, October 29, 2010

Konvokesyen UPM yang ke-34

Tarikh: 10 hb Oktober 2010 (bersamaan tarikh perkahwinan Sheikh Muzafar..hehe)
Masa: 5.45pm
Tempat: Dewan besar Universiti Putra Malaysia
Event: Majlis Konvokesyen kali ke-34

Hari ni merupakan hari yang bersejarah buat saya punya kekasih hati: Majlis konvokesyen beliau! selepas menuntut ilmu selama 4 tahun dalam jurusan Sains Pertanian, akhirnya dah tamat dah. i'm proud of you, dear! And hari bersejarah buat saya juga sebab 1st time jupa bakal mertua..hik2.. walaupun berlaku kekalutan pada hari tu, kita lupakan je la, semoga menjadi pengajaran di hari yang mendatang. Actually, hari tu, hari konvokesyen 2 orang kesayangan saya. Yang pertama dah diberitahu tadi kan? and yang kedua pula ialah one of my best friend: Siti Rahmah Ramli.   

Saya sampai UPM agak lewat aritu, sebabnya my sis (kitorang dari Bangi) ada tuisyen..eh eh dia  yang ajar tuisyen, tak kan dia yang belajar kot..huhu..Gerak dari rumah pun dah 5.00pm, then sampai sana cari parking, cari bunga..hehe..memang basah gak la ketiak tetiba kena jogging plak..hehe.. Then bila dah sampai, ambik2 gambar kejap, pastu bersurai..Seperti yang diberitahu tadi, keadaan agak kelam kabut, gambar pun tak banyak, berkenalan ngan mak mertua pun tak panjang (sah2 tak boleh jadi menantu kesayangan dah =B ) Masa macam bergerak macam tu jer..wuuu
Mohd Fakhruddin : Nor Hasliza
Tahniah sayangs!

Aisyah : Rahmah : Liza
Family Rahmah.. p/s: tak de gambar dengan family Odin..sob2

Siti Rahmah : Nor Hasliza
Us!








p/s: andai masa boleh diputar, saya tak nak spoilkan my kesayangan's big day!

Tuesday, October 26, 2010

Kenapa perlu iri hati?

Sebagai manusia biasa, aku juga tak boleh lari dengan satu sifat mazmumah nih..Rasa IRI HATI, dengki atau pun jealous dengan kesenangan dan kelebihan orang lain. Ikhlas aku cakap, aku tak pernah minta dihadirkan perasaan ni. Perasaan ini datang dengan sendirinya. Sungguh aku tak pernah menginginkannya. Biasanya orang yang diiri hati tu adalah orang yang aku sayang. Adik beradik . Sahabat karib. Rakan seperjuangan . Saudara mara. Maka bebanannya memang luar biasa. Mengapa harus kau datang wahai hasad dengki?

Iri hati dengan kejayaan orang lain. Iri hati dengan pasangan orang lain yang dilihat lebih sempurna. Iri hati dengan kecantikan orang lain. Iri hati dengan kekayaan orang lain. Iri hati dengan kesenangan orang lain. Aku sebenarnya rimas dan tertekan dengan perasaan yang satu ni. walaupun aku tak der la tahap pergi santau orang yang didengki, tapi aku tetap tak suka perasaan ni hadir. Aku rasakan aku dah bertindak kejam dan tak jujur dengan insan tersebut. Aku sayangkan mereka, aku sepatutnya tumpang bahagia dengan apa yang mereka dapat. Ya, aku memang bahagia dengan kelebihan yang dikecapinya, tapi seiring dengan itu, perasaan iri hati bin dengki tadi pon akan turut serta..timkaii?

Setelah aku kaji dan selidik, aku dapati iri hati ni datang kerana kurangnya rasa syukur aku dengan apa yang telah Allah kurniakan..MasyaAllah..Aku buta dan alpa dengan segala kurniaan yang Allah telah hadiahkan. Perlu ke aku bandingkan dengan mereka2 yang lain apa yang Allah telah bagi sedangkan Allah telah terlebih dahulu arif tentang apa yang terbaik tuk aku..Siapa aku untuk mempertikaikan semua itu..


Oleh itu, apa yang aku dapat buat sekarang adalah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakanNya. Hargai apa yang aku ada dan berbahagialah dengan kejayaan dan kelebihan orang lain. Terima dengan hati yang terbuka. Ingatlah bahawa Takdir Allah Adalah Yang Terbaik..Tanamkan dalam hati tanpa ada ragu. Kepada mereka yang aku sayangi, maafkanlah aku, aku tak sengaja. Sesungguhnya aku memang sayang kamu semua! Selebihnya, aku rasa aku perlu lipat gandakan amal ibadat, dekatkan diri dengan Nya agar penyakit hati ni tak kan melarat dan  seterusnya akan beransur sembuh..Amin..

Monday, October 25, 2010

Open House MegaSeni..

Hai sume..Kali ni entry super berkurun la..eh, kenapa tak update tahun depan jer..heh! 26 hb september lepas, kami(aku, fati ngan yati) pergi open house MegaSeni..dalam bahasa melayunya rumah terbuka MegaSeni. Walaupun dianjurkan oleh sebuah company, tapi sebab majlis dibuat di rumah, so still dipanggil 'rumah terbuka'..hehe..intro kena berjela2 ye? Kali ni bertempat kat rumah second bos of MegaSeni kat Seberang Jaya. kalo nak diikutkan, kali ni masuk kali ke4 dah muka aku boleh ditengok di open house MegaSeni ni..tak serik dorang jemput aku kan..hehe

Seperti biasa, kalo 'open company' ni, kalo makanan tak meriah bagai tak de hari esok lagi untuk makan, memang tak sah la kan..tujuannya pilih yang berkenan, tapi aku..suma pon berkenan, maka semua pun aku makan..haha..Kitorang sampai dalam pukul 3.30pm kot (plus sesat2 sket)tapi nak balik around 5pm++, so korang bayangkan lah betapa rakusnya dan marathonnya kami nak rasa semua makanan yang terhidang..Antara menu hari tu ialah laksa penang, soto, ketupat nasi, rendang ayam, roti jala, satay ayam + daging, puding berkuah , buah2 and kueh2 raye..wah, bahagianya dunia kalau hari2 macam ni..=) Kesudahannya, pregnant la kami 2 bulan sorang..fuh!

Ha, senyap tak terkata dorang bila dapat makan..

Dah kenyang, harus lah peace siket..=B
Antara juadah yang membuatkan kami gembira!

Aktiviti semasa proses menghadam

Sebelum balik, kami singgah Jusco Perda..sila abaikan tudung yang dah betukar itu..





p/s: pandai reka alasan tak mau basoh periuk..hehe


..END..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...