Tuesday, October 26, 2010

Kenapa perlu iri hati?

Sebagai manusia biasa, aku juga tak boleh lari dengan satu sifat mazmumah nih..Rasa IRI HATI, dengki atau pun jealous dengan kesenangan dan kelebihan orang lain. Ikhlas aku cakap, aku tak pernah minta dihadirkan perasaan ni. Perasaan ini datang dengan sendirinya. Sungguh aku tak pernah menginginkannya. Biasanya orang yang diiri hati tu adalah orang yang aku sayang. Adik beradik . Sahabat karib. Rakan seperjuangan . Saudara mara. Maka bebanannya memang luar biasa. Mengapa harus kau datang wahai hasad dengki?

Iri hati dengan kejayaan orang lain. Iri hati dengan pasangan orang lain yang dilihat lebih sempurna. Iri hati dengan kecantikan orang lain. Iri hati dengan kekayaan orang lain. Iri hati dengan kesenangan orang lain. Aku sebenarnya rimas dan tertekan dengan perasaan yang satu ni. walaupun aku tak der la tahap pergi santau orang yang didengki, tapi aku tetap tak suka perasaan ni hadir. Aku rasakan aku dah bertindak kejam dan tak jujur dengan insan tersebut. Aku sayangkan mereka, aku sepatutnya tumpang bahagia dengan apa yang mereka dapat. Ya, aku memang bahagia dengan kelebihan yang dikecapinya, tapi seiring dengan itu, perasaan iri hati bin dengki tadi pon akan turut serta..timkaii?

Setelah aku kaji dan selidik, aku dapati iri hati ni datang kerana kurangnya rasa syukur aku dengan apa yang telah Allah kurniakan..MasyaAllah..Aku buta dan alpa dengan segala kurniaan yang Allah telah hadiahkan. Perlu ke aku bandingkan dengan mereka2 yang lain apa yang Allah telah bagi sedangkan Allah telah terlebih dahulu arif tentang apa yang terbaik tuk aku..Siapa aku untuk mempertikaikan semua itu..


Oleh itu, apa yang aku dapat buat sekarang adalah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakanNya. Hargai apa yang aku ada dan berbahagialah dengan kejayaan dan kelebihan orang lain. Terima dengan hati yang terbuka. Ingatlah bahawa Takdir Allah Adalah Yang Terbaik..Tanamkan dalam hati tanpa ada ragu. Kepada mereka yang aku sayangi, maafkanlah aku, aku tak sengaja. Sesungguhnya aku memang sayang kamu semua! Selebihnya, aku rasa aku perlu lipat gandakan amal ibadat, dekatkan diri dengan Nya agar penyakit hati ni tak kan melarat dan  seterusnya akan beransur sembuh..Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...