Wednesday, January 4, 2012

Amalina mengalami kejutan budaya?

Salam Semua..

Heboh satu Malaysia duk canang kisah Amalina yang telah dikatakan mengalami kejutan budaya serta hilang jati diri apabila berada di negara orang. Ni semua bermula selepas tersebarnya gambar Amalina yang jauh bezanya dari Amalina 7 tahun dulu. Program MHI pagi tadi pun duk bincang hal ni. Jangan kata korang tak kenal siapa Amalina ni eh! Aku memang ingat lah siapa Amalina ni sebab kitorang ambil SPM tahun yang sama. Aku memang amazed habis la kat dia ni sebab aku yang ambik 10 subjek ni, nak dapat straight As pon rasa macam kena mati hidup balik dulu (bagi aku la), dia pulak boleh selamber je sapu 17 subjek. Tabik!

Nur Amalina Che Bakri 2005 - Semua calon SPM 2004 terkebil2 dengan keputusan 17A1 beliau. Bukan sahaja cemerlang dengan keputusan SPM, tapi merupakan Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004, Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad  dan memegang pelbagai jawatan dalam kelab serta persatuan sekolah melengkapkan pakej kecemerlangan Amalina.  Dengan keputusannya yang sangat cemerlang tu, dia berjaya menyambung pengajian ke Cheltenham Ladies College, UK (A-Level). Kemudian, berjaya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Edinburgh University.


Nur Amalina Che Bakri 2009 - Desas desus mengatakan Amalina sudah gagal dalam pengajiaannya. Hal ini telah dibincangkan dalam parlimen dan sememangnya hal tersebut adalah tidak benar. Ibu Amalina sendiri menegaskan yang anaknya masih menjalani pengajian seperti biasa. Amalina telah menamatkan A-Level nya dengan sangat cemerlang dan dianugerahkan 'Advance Award for Chemistry'. Dengan pencapaian cemerlangnya tu, pihak universiti tawarkan  kat Amalina ni untuk membuat lagi satu ijazah dalam bidang farmasi. Jadi, Amalina akan menamatkan pengajian dengan dua ijazah. Hebak ngat!

Nur Amalina Che Bakri 2012 - Kejutan awal tahun baru, tersebar beberapa gambar Amalina yang dikatakan telah berubah dan mengalami kejutan budaya. Gambar2 tersebut tak lain tak bukan di ambil dari facebook beliau yang telah di deactive kan sekarang.  Ibu Amalina sendiri telah mengaku bahawa gambar tersebut adalah gambar anaknya, Amalina tapi menafikan yang Amalina telah gagal dalam pelajaran.

Pada pandangan aku yang tak secemerlang dia time SPM ni, gambar2 tu biasa2 je. Tak de gambar dia yang separuh bogel, tak de gambar dengan arak, rokok, ataupun anjing. Rakyat Malaysia yang bermastautin kat Malaysia ni pun ada je yang bergambar lebih dasyat dari tu. Sebenarnya, ramai lagi pelajar2 Malaysia yang berhijrah dan terpesong dari ajaran dan norma orang Melayu, lebih tepat lagi sebagai orang Islam. Sebagai contoh terbaru, Ariff Alfian. Yang ni, yang kita tahu. Macammana pulak dengan yang kita tak tahu? Nauzubillah..

Apa yang aku nak cakapkan kat sini, kesalahan yang dia buat ni, bukan berlaku kat dia sorang. Ramai lagi pelajar2 kat sana yang dah 'berubah', tapi tak dapat liputan lah sebab bukan anak somebody and tak de orang kenal pun. Tak pergi luar negara pun, pelajar2 kita ada je yang 'berubah'. Tak perlu kita cari salah siapa sekarang ni, yang perlu kita buat adalah baiki kesalahan mereka dan cegah benda2 macam ni daripada berlaku kat pelajar2 kita yang lain.

Hentikanlah menyebarkan gambar2 dia yang kurang manis tu, hentikan mengaibkan orang, hentikan mengutuk. Tapi, doakanlah dia dan pelajar2 kita yang lain agar balik semula ke jalan yang benar. Kembali ke cara hidup kita, budaya kita, agama kita. Mak ayah pulak, pantaulah anak anda, jika rasa anak anda tak mampu untuk jauh dari pantaun dan bimbingan anda, goyah pendiriannya, tak perlu la lepaskan mereka jauh2. Universiti tempatan pun tak kurang hebatnya. Apalah sangat nama dan kejayaan dunia jika dibanding dengan kejayaan di akhirat nanti. Pihak2 yang bertanggungjawab pulak harus campur tangan dan memantau pelajar2 kita di sana dengan lebih effisien. Mereka ni masih mentah, haruslah di bimbing dengan baik. Mungkin mereka ini terleka. Walau apa pun, yang paling utama adalah diri pelajar itu sendiri. Sepatutnya, umur 20an ni dah boleh pikir baik buruk, agama mesti di pegang kuat walau kat mana pon diri tu berada. Insyallah, kalau berpegang kuat pada agama, benda2 macam ni tak kan jadi..




p/s: Berpesan pada semua, berpesan pada diri sendiri jugak. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..

1 comment:

  1. kasiah amalina nie... apa2 pon kita doakan je yg terbaik bwt dia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...