Monday, January 9, 2012

Musuh jangan dicari..

Salam Semua..

Happy monday! Semalam Liza sempat la menonton program Jangan Tidur Lagi kat TV3 tu. Selebriti jemputan semalam, Chef Wan, Serina, ND Lala and Sheila Hamzah. Katanya sempena hari bapa bulan Jun hari tu, sebab tu diangkutnya artis dan bapaknya sekali. Liza tak pasti la ni siaran ulangan ke apa, ye lah lambat nau nak tayang, since bulan Jun lagi, dah berkurun dah tuh.

Yang Liza nak ceritanya bukan pasal program tu, tapi hubungan Chef Wan dan pengacara program tu, Adlin AR. Ye lah, sekarang kan dorang tengah berperang melalui twitter, facebook. Ni gara2 program realiti, Maharaja Lawak Mega tu la. Katanya Adlin tak puas hati dengan kritikan yang Chef Wan (salah sorang juri program tu) bagi kat dia and dikatakan penyebab  Adlin terkeluar. Lepas je dari malam Adlin terkeluar dari program tu, bermulalah perang status2 facebook dan twitter dari dua orang selebriti ni. 


Sangat berbeza dengan apa yang penonton boleh tengok dalam program Jangan Tidur Lagi semalam. Dorang boleh gelak2, bercerita, bersembang2 dengan baiknya sepanjang program tu berlangsung. Sangat berbeza dengan apa yang terjadi sekarang, saling perli memerli, kata mengata dan tuduh menuduh. Tak molek sangat rasanya bagi mereka yang dah dewasa, bergaduh macam tu. Bergaduh di laman sosial sama lah dengan bergaduh di khalayak ramai, semua orang luar boleh tengok. Industri seni kita pun bukannya besar sangat, mana2 pergi pun boleh jumpa jugak..ish2..

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Dan tidak halal bagi seorang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seislamnya, lebih dari tiga hari"
 [Riwayat Al-Bukhari, 5/2253]

Semoga dorang ni akan berbaik semula satu hari nanti dan hal macam ni tak kan terjadi kat orang lain, tak kira la orang biasa ke artis ke, selagi kita seorang manusia yang berakal, apetah lagi seorang muslim, jangan lah memulakan permusuhan yang sememangnya dilarang dalam agama kita. Peace!


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...