Thursday, January 12, 2012

Lagi selebriti memilih untuk berhijab..

Salam Semua..
Alhamdulillah..Lagi sorang selebriti kita memilih untuk berhijab. Beliau merupakan seorang pengacara program Wanita Hari Ini dan merupakan pemenang tempat ke dua rancangan realiti Malaysian Top Host, Teh Syuhada. Eh, kenapa rancangan tu tak de session sambungan eh?produk dia pun berkualiti, bukan macam Mentor tu.Ops! Berbalik semula pada topik asal, Liza ada tengok Wanita Hari Ini minggu lepas, kalau tak silap 2 Januari, dalam mood tahun baru lagi la masa tu. Teh Syuhada ni bagitau azam dia tahun ni adalah nak berhijab, yang mana azam ni dah banyak kali tertangguh pada tahun2 yang lepas. Alhamdulillah.

Seronok Liza tengok dia ni, tudung pun tak serabai, comel lagi adalah. Syukur, dia dah terpilih untuk mendapat hidayah Allah dan dibuka pintu hatinya untuk berhijab. Bukan senang sorang yang free hair nak bertudung, lebih2 lagi orang yang berkerja dalam bidang penyiaran macam dia ni, ataupun sorang artis or selebriti. Dah mahal2 gi buat rambut, last2 simpan dalam tudung, rugi kot? Tak kurang jugak yang bagi alasan tak berapa cerdik, belum sampai masa la, masih belum sedia la, ikot kehendak pengarah la..hum, kehendak Allah tak nak plak ikut..haih!
 Liza ni pun bukannya baik sangat, tapi sekadar nak bagi pandangan disamping bagi peringatan kat kawan2 semua serta diri sendiri. Dah tentu2 menutup aurat tu dah jadi satu kewajiban, kenapa susah2 pening kepala nak fikir ayat nak bagi seribu alasan. Soal baik buruk peribadi seseorang tu, jangan nak dipersoalkan. Baik buruk pahala dosa kan akan ditimbang nati, so tak yah la nak bagi ayat “ Tak bertudung tak semestinya jahat, bertudung tak semestinya baik”. Dah memang terang lagi bersuluh kau tak pakai tudung, langgar perintah Allah, nak cakap kau baik ke?
Sabda Rasullullah saw:
"Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka seakan-akan bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian"
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Semoga lebih ramai lagi kaum hawa di luar sana akan memilih untuk berubah sempena tahun baru ni. Bak kata orang, semakin meningkat umur, semakin dekat dengan ajal, so beringat2 lah..Yang dah berhijab pulak didoakan semoga berkekalan sampai akhir hayat.






p/s:Eh, Eira Shazira pun dah berhijab ke? Tengok dalam citer Dingin Lavenda tu dia tak bukak tudung langsung even dalam rumah..Dia pun cantik je bila bertudung macam tu..doa2kanlah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...