Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Avengers yang super awesome

Salam Semua..

Dah lame menyepi, muncul2 je buat preview filem, kelas kau jah, dah jadi orang filem ke ape? Hee.. Bukan2, ni saje je nak berkongsi 1 cerita gabungan2 super hero omputih, Avengers. Dalam cerita ni, hero2 dorang ni dikumpul semula sebab nak selamatkan dunia dari pencerobohan kuasa asing. Ni bukan kuasa asing biasa, alien punye ni, tapi iras2 rusa pon ada jugak, askar2 dorang pulak macam ikan keli. motif?

Gini la ceritanya, malam isnin lepas, balik je kerja kitorang berlima (budak2 team) decide nak berambu ramba sebab esoknya cuti hari pekerja kan. So, haruslah tengok wayang pukul 11.30 malam yang dah tentu2 pukul 2 pagi baru habis. Molek betul perangai anak dara. Kitorang tengok kat IOI Mall puchong, tu yang paling murah katenya, tambah pulak kat tempat lain dah banyak yang sold out.


Kononye, nak tengok setengah jam pertama ngan setengah jam terakhir je, selebihnya nak tido,tapi dah pom pang pom pang dorang lawan, mau boleh tido? Last2 layan sampai habis jugak, dah habis pon tak nak bangun lagi, nak tengok sambungan. Haha. Kitorang tengok versi 3d, jakun mak nyah, first time ni. Memang super best, dorang sume pelik aku duk terjerit2 macam tengok citer hantu. Takot kot, alien nak tembak aku. huk2

Ape lagi, kalo korang dah bosan nak tengok citer klise melayu, amboi status nak aje kena saman ngan Zed Zaidi nih. Tak2, kalau korang suka crite super hero yang sah2 tak logik, marilah sama2 menyokong filem luar negara. haip! Selain lawan2, lawak jugak tau cerita ni, and iron man sangat cool, seb baik tak sunat, kalo tak i dah gi pinang dah. Hulk pulak super comel, rase nak usung bawak balik rumah jer.. Haha Overall, aku bagi 4.5 / 5 bintang. Lepas abis cerita, dorang ni ade la wat ulasan2 kuarkan hujah2 pengkritik filem terhebat dorang tu, cakap yang cerita ni slow sikit time awal2. Aku malas nak cakap ape, penat kot terjerit2 tadi, and mata pon dah nak menyembah bumi, yang aku tahu, nak tido aje! Hehe..


Monday, January 9, 2012

Musuh jangan dicari..

Salam Semua..

Happy monday! Semalam Liza sempat la menonton program Jangan Tidur Lagi kat TV3 tu. Selebriti jemputan semalam, Chef Wan, Serina, ND Lala and Sheila Hamzah. Katanya sempena hari bapa bulan Jun hari tu, sebab tu diangkutnya artis dan bapaknya sekali. Liza tak pasti la ni siaran ulangan ke apa, ye lah lambat nau nak tayang, since bulan Jun lagi, dah berkurun dah tuh.

Yang Liza nak ceritanya bukan pasal program tu, tapi hubungan Chef Wan dan pengacara program tu, Adlin AR. Ye lah, sekarang kan dorang tengah berperang melalui twitter, facebook. Ni gara2 program realiti, Maharaja Lawak Mega tu la. Katanya Adlin tak puas hati dengan kritikan yang Chef Wan (salah sorang juri program tu) bagi kat dia and dikatakan penyebab  Adlin terkeluar. Lepas je dari malam Adlin terkeluar dari program tu, bermulalah perang status2 facebook dan twitter dari dua orang selebriti ni. 


Sangat berbeza dengan apa yang penonton boleh tengok dalam program Jangan Tidur Lagi semalam. Dorang boleh gelak2, bercerita, bersembang2 dengan baiknya sepanjang program tu berlangsung. Sangat berbeza dengan apa yang terjadi sekarang, saling perli memerli, kata mengata dan tuduh menuduh. Tak molek sangat rasanya bagi mereka yang dah dewasa, bergaduh macam tu. Bergaduh di laman sosial sama lah dengan bergaduh di khalayak ramai, semua orang luar boleh tengok. Industri seni kita pun bukannya besar sangat, mana2 pergi pun boleh jumpa jugak..ish2..

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

"Dan tidak halal bagi seorang muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seislamnya, lebih dari tiga hari"
 [Riwayat Al-Bukhari, 5/2253]

Semoga dorang ni akan berbaik semula satu hari nanti dan hal macam ni tak kan terjadi kat orang lain, tak kira la orang biasa ke artis ke, selagi kita seorang manusia yang berakal, apetah lagi seorang muslim, jangan lah memulakan permusuhan yang sememangnya dilarang dalam agama kita. Peace!


Wednesday, December 21, 2011

Merlin Season 4

Salam Semua..

Memandangkan aku duk bergoyang kaki ternak lemak  je kat rumah sekarang, memang tivi lah yang merupakan sahabat sejati. Walaupun dah nak muntah hijau dah duk tengok rancangan sama yang Astro duk ulang2, tapi tak per la.. Macam2 citer lah yang aku ngadap sepanjang cuti berpantang(tolong jangan percaya) ni, Tentang Dhia (yang sepatutnya masuk dalam slot Seram), Karma (yang aku rasa nak masuk dalam tivi nak bunuh laki jahat tu), dan macam2 lagi movie and drama bersiri kat channel Diva yang aku layan. Dua rancangan kat bawah ni merupakan feveret aku buat masa sekarang..hehe

Span seluar petak
 5.00 pm -5.30 pm (Everyday)
C 119

Walaupun ada yang dah diulang tayang, tapi aku masih boleh terima lagi, selagi aku tak boleh nak hafal dialog die dari awal sampai abes, kiranya boleh layan lagi la tu..haha. Rupa2nya banyak lagi episod yang aku tak tengok ye! SpongeBob yang sengal, Patric yang tak berapa nak cerdik, and lawak2 ringan dia sememangnya boleh geletek hati aku seterusnya boleh menceriakan mood aku yang tengah tak menentu ni..hehe.. Yang ke dua pulak adalah:

Merlin
Repeat - 12.00 pm - 1.00 pm (Wednesday)
Repeat - 6.05 pm - 7.05 pm (Everyday)
Season 4 - 9.00 pm - 10.00 pm (Monday )
C 702

Dari season baru, sampailah ulangan season2 yang lepas, semua pun aku sapu..Bukan nak tengok Arthur yang ego degil hati batu tu pon, aku nak tengok Merlin je..Comel! Sebelom ni nak tengok Lancelot sekali, tapi season 4 ni, dia dah arwah dah demi nak selamatkan Camelot..Ah, tak suke lah bila si hensem tu mati macam tu je!

Aku ingat lagi time kat rumah sewa dulu, aku cakap kat Dayah and Kak Ina time dorang layan Merlin, "Hurm, saya ni tak layan Merlin, tak suka la tengok citer2 tak logik nih"..ha, sudah aku pulak yang gile kat Merlin ni..huhu..Sama cam zaman aku gila kat drama Robin Hood kat TV3 time sekolah rendah dulu. Tuk sapa2 yang rasa nak layan Merlin jugak, tapi tak cuti berpantang macam aku ni, sila lah download kat link kat bawah ni..sama2 lah kita menyokong Merlin time pilihan raya akan datang..dia ade magic weyh! *obses!*


Aku pun kurang pasti kelebihan kedua2 cerita ni. Yang satu tu standard anak buah aku yang belum masuk tadika, yang lagi satu pulak memang tak pernah ada logiknya (watak penting memang tak kan pernah mati..haha). Tapi, apa yang aku tahu, depa dua benda ni, boleh ceriakan aku..that's all..tenkiu!

Sunday, June 12, 2011

Layan KL Gangster di hari Ahad..

Salam Semua..

Hari ahad korang buat ape? best kah? Hari ni aku keluar awal2 pagi bersama ngan en tersayang..Duk jauh2 ni, sesekali jumpa mesti kene hargai betul2..so, plannya nak gi tengok wayang..dia nak tengok X-Men..tapi aku nak tengok KL Gangster, sokong citer melayu la katekan..uhuk2..tak yah osom2, mesti la aku menang, so kitorang decide nak tengok KL Gangster kat Sunway Piramid..Tetiba plak dia teringat ade nak cari barang kat Mines, so kitorang gi je la tengok wayang kat sana..murah sket wayang nya..hehe..sampai2 around 11 lebih, 2 hall dah full..paling awal pukul 2.10pm..redahkan aje la..tak boleh lewat2 sangat sebab dia nak balik Segamat plak petang ni..

Breakfast di PaPa Rich..
Tak boleh dinafikan lah, citer Syamsul Sol..Sol..Sol ni memang ada aura dia tersendiri..tapi bagi aku yang ni yang terbaik la kot..lepas aku rasa tertipu dengan filem2 dia yang lepas. Mungkin sebelum ni, aku tengok citer arahan dia sebab orang duk canang2 citer tu best, last2 hampeh cam khurafat and Bohsia. Yang ni, aku tak dengar review sape2 pon, rasa nak tengok, then pergi je tengok..


Jalan citer boleh tahan, pelakon ada gaya plus hero nya Aaron Aziz kulit muka mulus super hot tu..Zizan memang penambah perasa la, lawak selamber jer..terbaik! Ending pon aku suka, buat jahat dibalas jahat..cuma Syamsul tak jadi sangat nak jadi gangster..mungkin sebab badan tak ketul2 kot..haha..lagipon, dah engkau tu pengarah, tak yah la jadi pelakon jugak abang Sol oi..Pastu asik muka sama je pelakon2 terbitan Skop ni..cari la muka baru plak..baru la fresh..Overall 4.3/5..bravo! Lepas citer habis, ada yang tepuk tangan and bersorak..sonok2! So, korang pergi la tengok..InsyAllah korang suka..kalau taste kite sama la..hehe


Lepas tengok wayang, kitorang gi makan kat Murni SS2 jap, then dia terus balik Segamat..berpisah lagi..sedey..nak tawen..Sob2..


Wednesday, April 6, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010..

Salam Semua..

ABP BH 2010 is awesome! hehe..dari pengacara, persembahan  artis, penyampai anugerah, pemenang, pakaian artis..tolak tambah memang tip top lah! 3 point yang paling debom mesti la part Cik Siti nyanyi lagu nobody2 but u..waaa..nak gigit je siti time tu..comel sangat, dah la makin gebu..eii..geram! point kedua time Usop wilcha naik pentas, memang pecah perut dibuatnya, and yang terakhir, Shaezy Sam dinobatkan as Bintang Paling Popular, abis diangkut maknya ke pentas..huhu

Cik eh silap, Puan Siti yang soooo comel!

Tapi dalam pada yang best2 tu, mesti la ada part yang kureng sket, perlu penambah baikan untuk masa yang akan datang, contohnya sumbangan dari pihak penaja tak perlu lah dihighlightkan berulang2 kali. Cakap sekali dah ok kot, nati penonton bosan. Lagipun, kat paper, majalah n banner2 sume dah di hebahkan pon pihak2 penaja tu..dont worry ye en penaja sekalian. Then, tak perlu lah mention nama Nabil berpelukan time menang ABP yang dulu tu..kang dah tinggal sejarah. memang la dia salah, tapi tak perlu duk ungkit2 benda2 sama kot..Satu Malaysia dah sedia ada tahu dah.

Rita yang cantik!

Part2 yang geli hati pon ade jugak..cam part Ahmad Idham cakap ngan Rita Rudaini sal rumah tangga dorang..huhu..* oh, saya suka Rita dan Aidil, plez jangan berpisah *...then, part Zizan yang jelas ketara cuak time nak diumumkan siapa bintang paling popular, mana lah tahu dia menang, memang gugup abis..huhu..may be next time ye Zizan, masih belum rezeki..Yang last, part Shah Jazle dan namenye..walopon simple, masih lagi menghiburkan..tu je la kot review saya tentang ABP BH 2010..overal, 4/5 bintang! Good Job TV3 dan Berita Harian..
Sam, nak kawen dengan awak, boleh?heee..


p/s: Rupa2nya kuat lagi aura Fasha Sanda..hurmm
p/s/s: Gambar dicedok dari Sini , saya tak pergi Genting..heeee

Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak..

Salam semua..

Semalam sempat la tengok Maharaja lawak dengan housemate yang lain. Sebelum ni, tak pernah follow pon Raja Lawak, tapi semalam saja nak menghiburkan hati, tengok la Maharaja lawak ni. Overall, boleh tahan la..ye la, dah nama pon Maharaja lawak kan, tak kan standard Raja Lawak plak, mesti lagi up. Cuma bagi finalis Raja Lawak yang kurang nama , mungkin agak tertekan bila bersaing dengan juara2 Raja lawak yang lain ataupun finalist yang dah gah namanya dalam industri hiburan kita. 

Sebagai contoh, persembahan Alex, Amir, and WAI memag dah ke laut la..kumpulan WAI siap boleh gaduh sesama sendiri atas pentas..aish..tapi tak pe, bagi dorang chance, gugup tu..hehe..(cam aku plak juri) Alex plak duk guna idea same, saiz badan dia sebagai modal lawak..Part Amir memang kesian, dah la kecik comel je, dah cam kena buli buat persembahan kat depan kelas..huhu..jalan cter memang totally out..

Yang lain2, sume boleh tahan la..tapi aku sebagai penonton dan perempuan, aku kurang setuju peserta gunakan isu2 18sx sebagai bahan gurauan..banyak lagi kot modal lain..sensitif la sket, kan program Raja lawak, Maharaja lawak ni tontonan keluarga, budak2 pon tengok sekali..ada satu lawak dorang tu, aku yang 24 tahun ni pon tak faham..* or aku yang blur sangat * hehe..aku tanya housemate aku pon, dorang segan nak explain..macamana kalau budak2 yang blur, tanya kat parents dorang, tergagap2 dorang nak menjawapnya kang..or, budak2 sekarang lagi advance dari aku?huk2..

Then, aku tak faham kenapa juri (esp. Mamat Khalid) n pengacara (Ac Mizal Jual Gelang) duk highlight sangat kat Jozan..aku tahu la dia dah famous amos sekarang, tapi macam tak adil la dengan peserta2 lain..no bias2 ok..and..yang paling aku tak suka, nati show dah tak de kat PRIMA..kene subcribe MUSTIKA pulak..waaaaa..nak, x nak, nak, x nak, nak, x nak? nati la den fikir2kan..

Peserta Maharaja Lawak..


p/s: Kredit foto from Facebook MaharajaLawak

p/s/s: Thanks to Maharaja Lawak kerana menceriakan hari berdukalara aku..huk2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...