Saturday, December 17, 2011

Solehah melabuhkan tirai

Salam Semua..

Apa khabar kawan2? Apa yang korang buat hari minggu ni? Liza nak update sikit tentang program realiti TV yang Liza tengok kat TV Al Hijrah semalam - SOLEHAH. Liza tertarik dengan program ni sejak minggu ke-9 hari tu. Program dah nak abis, baru tau..sob2.. Konsepnya lebih kurang dengan program Ustazah Pilihah kat Astro Oasis tu. Tapi Liza lebih sukakan Solehah ni sebab kurang drama, tak meleret2 pada benda yang kurang penting, lebih memberi ilmu dan lebih dekat dengan objektif yang sebenar - melahirkan pendakwah wanita yang berkualiti.

Semalam merupakan episod terakhir (minggu ke-13), program ni tak singkirkan peserta pada setiap minggu macam program2 realiti yang lain. Semua peserta kekal sampai la minggu yang terakhir semalam. Jadi, dorang ni kiranya akan dididik betul2 tuk menjadi seorang pendakwah dari awal hingga lah program ni tamat. Kalau tak menang pon tak kisah la, sebab ilmu yang dapat tu sama jugak dengan siapa yang menang. Tapi, kalau menang tu, kira bonus la kan?

Ok, selepas 10 peserta berentap, Amie Sofia Ahmad (25) dari Alor Setar, Kedah berjaya menjadi juara Solehah dengan menyampaikan tazkirah bertajuk 'syukur'. Wan Nor Mazuani (22) yang tetiba tukar topik tazkirah saat2 akhir berjaya dapat tempat kedua. Tempat ketiga plak menjadi milik Nurul Eswani Shafazlin (24).


Apa yang Liza kagum ngan dorang ni ialah keberanian dorang dalam berdakwah. Ilmu yang ada tak yah cakap la, sangat jauh bezanya dengan Liza ni. Dah la sorang2 sangat cantik. Kalau Liza ni lelaki, ada yang masuk minang dorang ni..huk2..Bila bandingkan diri sendiri dengan dorang ni, rasa sangat la kerdil..Tapi Alhamdulillah ada juga pihak (TV Al-Hijrah) yang sudi terbitkan program2 ilmu macam ni, walaupun sokongan dari pihak penaja contohnya masih lemah..hurmm



p/s: Mawi menang AF dapat suzuki swift siap ngan umah, Amie menang solehah dapat saga flx..hurm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...