Wednesday, December 21, 2011

Merlin Season 4

Salam Semua..

Memandangkan aku duk bergoyang kaki ternak lemak  je kat rumah sekarang, memang tivi lah yang merupakan sahabat sejati. Walaupun dah nak muntah hijau dah duk tengok rancangan sama yang Astro duk ulang2, tapi tak per la.. Macam2 citer lah yang aku ngadap sepanjang cuti berpantang(tolong jangan percaya) ni, Tentang Dhia (yang sepatutnya masuk dalam slot Seram), Karma (yang aku rasa nak masuk dalam tivi nak bunuh laki jahat tu), dan macam2 lagi movie and drama bersiri kat channel Diva yang aku layan. Dua rancangan kat bawah ni merupakan feveret aku buat masa sekarang..hehe

Span seluar petak
 5.00 pm -5.30 pm (Everyday)
C 119

Walaupun ada yang dah diulang tayang, tapi aku masih boleh terima lagi, selagi aku tak boleh nak hafal dialog die dari awal sampai abes, kiranya boleh layan lagi la tu..haha. Rupa2nya banyak lagi episod yang aku tak tengok ye! SpongeBob yang sengal, Patric yang tak berapa nak cerdik, and lawak2 ringan dia sememangnya boleh geletek hati aku seterusnya boleh menceriakan mood aku yang tengah tak menentu ni..hehe.. Yang ke dua pulak adalah:

Merlin
Repeat - 12.00 pm - 1.00 pm (Wednesday)
Repeat - 6.05 pm - 7.05 pm (Everyday)
Season 4 - 9.00 pm - 10.00 pm (Monday )
C 702

Dari season baru, sampailah ulangan season2 yang lepas, semua pun aku sapu..Bukan nak tengok Arthur yang ego degil hati batu tu pon, aku nak tengok Merlin je..Comel! Sebelom ni nak tengok Lancelot sekali, tapi season 4 ni, dia dah arwah dah demi nak selamatkan Camelot..Ah, tak suke lah bila si hensem tu mati macam tu je!

Aku ingat lagi time kat rumah sewa dulu, aku cakap kat Dayah and Kak Ina time dorang layan Merlin, "Hurm, saya ni tak layan Merlin, tak suka la tengok citer2 tak logik nih"..ha, sudah aku pulak yang gile kat Merlin ni..huhu..Sama cam zaman aku gila kat drama Robin Hood kat TV3 time sekolah rendah dulu. Tuk sapa2 yang rasa nak layan Merlin jugak, tapi tak cuti berpantang macam aku ni, sila lah download kat link kat bawah ni..sama2 lah kita menyokong Merlin time pilihan raya akan datang..dia ade magic weyh! *obses!*


Aku pun kurang pasti kelebihan kedua2 cerita ni. Yang satu tu standard anak buah aku yang belum masuk tadika, yang lagi satu pulak memang tak pernah ada logiknya (watak penting memang tak kan pernah mati..haha). Tapi, apa yang aku tahu, depa dua benda ni, boleh ceriakan aku..that's all..tenkiu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...