Showing posts with label Al-kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-kisah. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Housemate's outing

Salam Semua..

Selamat pagi khamis semua! Dah dua minggu Liza tak update kan?ish2..macam la sibuk bebenor. Bukan ape, tak de benda yang menarik tuk di kongsi, tu yang Liza senyap je.. Ok ni de satu cerita yang Liza nak share, Al-kisahnya ahad yang lepas Liza and housemate..err i means ex-housemate gi merambu ramba..dalam misi nak tunaikan hajat si Dayah, kawan kitorang tu nak main bowling and jalan2 gi KLCC..kitorang gerak pon dah lewat dah, dalam pukul 12 lebih..Cakap panjang pon tak de orang nak dengar kan, so Liza bagi summary je la eh..

1.00 petang- Lunch di KFC, Summit
2.30 petang - Game bowling bermula, plannya nak main 3 game guna kupon dari groupon (3 game, Rm5.50 jer!)tu, tapi rupa2nya tak boleh redeem hari weekend, weekdays sahaja..sob2..Tapi dah teringin sangat nak main, so kitorang main la jugak satu game..Rm10 dowh!


5.00 petang - Sampai KLCC..jalan2, amik gambar, jalan2 and amik gambar lagi dan lagi

6.15 petang - Dinner di food court KLCC..tempat ni Kak Ina yang recommend..nasib baik tak menghampakan..


7.30 petang - Hantar Liza kat stesen KTM Putra tuk balik Bangi then sayonara..

Secara kesimpulannya, sangat enjoy, hilang jap masalah2 yang tertanggung. Semoga ukhwah dah persahabatan ni akan terus terjalin bukan hanya bersahabat bila di depan mata..Amin




p/s: Cepat2 dapat kerja, nak merambu ramba ke Melaka pulak =D

Thursday, December 1, 2011

Happy Beautiful Marriage, Sista!

Salam Semua..

Tanggal 7 November (7eleven) lepas, dengan sekali lafaz, my beloved sister, K zie dah sah jadi isteri orang..Ni kakak yang last sebelum aku la..yeay! my turn pulak lepas ni *gatai* Rasa macam tak caya pun ada yang dia dah melangkah ke alam rumah tangga, bukan ape..dalam banyak2 adik beradik, perangai die ni lain macam sket..hahaha..uppss! Anyway, congratz to both of you..cepat2 dapat baby and harap berbahagia hingga ke syurga..

The bride
Husband and Wife
Our Family

His Family

Al kisahnya, ni la kakak aku yang paling aku rapat zaman kanak2 dulu, i means memang rapat sangat yang kat mana ade die, aku ade, kat mane ade aku, dia ade..faham tak?*emo* Then, since dia jadi medical student, kami dah mula renggang sikit..ye la, cuti tak sama..dah jarang jumpa..sekarang dah hampir 7 tahun berlalu, seyesly kitorang dah tak sempat nak rapat macam dulu lagi..sob2..Nama kitorang yang dekat2 (Za n Zie) plus muka kitorang yang iras2, mungkin menjadi faktor kami jadi rapat time tu. Kalau balik kampung je, mesti saudara2 akan bertukar mana satu Za, mana satu Zie..

On her convocation's day

Ingat lagi time kecik2 dulu, setiap kali jumpa je, malam2 mesti dia momokkan aku ngan citer2 hantu..macam2 citer hantu, hantu cindai la, hantu tak de kepala la, hantu durian la..dan kesudahannya aku akan ketakutan sampai la tertidur..Dulu, kitorang suka kereta Kembara sampai berebut2 siapa yang beli dulu..tu belum masuk kitorang main cari harta karun(hadiahnya air milo+biskot hup seng je pon), main saidina(pinjam ngan anak tokey ayam), main math-table(akibat main time magrib, ayah buang bawah bukit..haha) and macam2 lagi..soooo kanak2 kan..indahnya kalau kita tak kan pernah jadi dewasa..hidup penuh dengan gelak tawa, tak de tanggungjawab, tak de apa yang perlu dikejar, paling berat pun nak dapat no yang best setiap kali exam tengah tahun and akhir tahun je..

Kadang2 aku jeles dengan perjalanan hidup kakak aku yang sorang ni. Macam lancar jer (empunya diri rasa aku tak tahu la..hehe), mungkin mendapat keberkatan yang lebih kot dari mak aku..huhu..Dalam soal jodoh ni pon senang, dia kenal suami dia ni awal tahun ritu, bulan Jun family dia datang merisik, then Raya Puasa bertunang, tup2 Raya Haji dorang kawin..tak yah bercinta berkurun2 macam aku ni. Hurm, nasib masing2 kan..Oh ye, ni majlis akad nikah jer..combine sekali dengan majlis akikah two of my nieces, Tengku Nur Zahra Jasmine(K Tie's daughter) and Naurah Nashwa (K dah's daughter)..Majlis resepsi plak will be held on 24 of this coming December..

The babies

Lastly, aku doakan yang terbaik tuk kakak aku ni, Roziana Ismail..Semoga menjadi isteri solehah and bakal ibu yang mithali..Amin

Sunday, July 10, 2011

'Langkawi..here I come..' part 3..


Salam Semua..

Apa khabar? Buat ape hari minggu ni? Ataupun korang pergi memBERSIHkan diri? Tapi bengang jugak la pasal BERSIH ni, tak pasal2 jalan jadi jam teruk, semalam and hari ni. Kesian kot kat pengguna..bayangkan, aku balik kerja semalam dari pukul 7.30, pukul 9.30 baru sampai rumah, bukannya KL-Kuatan, Damansara- USJ je pon..hangin jugak la, tak pasal2 dapat dosa free kutuk polis/kerajaan..apa ntah rasioanal dorang buat road block bagai tuh..Ok fullstop sal BERSIH..Mari kita cerita kedai kopi pasal aku plak. Tak lain tak bukan pasal percutian aku and family ke Pulau Langkawi hari tuh la..tau la korang dah bosan, tapi ni episod last dah..Nora Elena 22 episod korang tunggu, baca la kisah 3 episod aku ni..ye la, sapa la aku ni..*touching*

Ah, kalau korang tak nak baca pun, nak citer jugak! Hehe..gila kuasa di situ. Ok hari ketiga aku ni kelam kabut sikit sebab kejar masa nak balik. Plan nye nak naik feri dalam pukul 3 lebih so geng2 dari Terengganu ni tak de la rushing nak naik bas pukul 7.30 petang tu. Disebabkan ada yang kemaruk nak jugak mandi kat Pantai Cenang yang kitorang pergi hari tu. Dalam pukul 8.30 camtu, satu kereta pergi Pantai Cenang,  satu kereta lagi pergi Padang Matsirat beli2..haih tak sudah2 nak beli belah..aku plak mesti la pergi mandi!yeay! tapi sunyi sepi la pantai time tu, tourist2 tidur lagi kot..kitorang pon tak de la mandi manda bersungguh ari tu sebab kejar masa. Mandi sekadar tak nak kempunan je..huk2..dalam pukul 9.30 gitu, kitorang gerak balik ke rumah..Terus siap2,kemas2 barang nak balik dah. Kitorang gerak dulu, yang satu lagi kereta tu pergi kemudian sebab tak balik lagi dari membeli belah..haih

Destinasi seterusnya tak lain tak bukan..Dataran Lang! Kalau gi Langkawi, tak de gambar ngan burung Helang besor ni tak macho la beb..Tapi sebelum sampai ke destinasi sempat la singgah kat Pekan Kuah dulu, grab apa2 yang patot buat kali terakhir sebelum pulang..aku pun sempat la beli set sudu tuk Umi aku and tambah lagi sikit coklat tuk kawan2. Dalam pukul 1.00 camtu kitorang jumpa dengan geng kereta lagi satu kat Dataran Lang. Bila semua ahli dah ada, baru la start photoshoot.. Tapi cuaca dia Ya Rabbi panas gila terik sangat weyh..sampaikan mata ai yang bundar ni pun tak boleh nak bukak dah..sorang2 mata dah sepet..hee..tapi terpaksa la gagahkan jugak demi nak muka ni ade dalam gambar..hehe



Lepas dah berpanas berpeluh ketiak sume, kitorang terus gerak gi Jeti nak balik ke Kuala Perlis. Aku ingatkan dah tamat la kisah membeli belah..tapi sungguh sangkaan aku meleset..huk2..kat jeti pon dorang sempat lagi membeli belah..adoiya..aku pon terpaksa la tunggu sambil wat muke..lama kot.. dalam pukul 3.00 baru la dorang ingat nak balik..huh! kitorang pon rushing la pergi pemeriksaan kastam sume. Then, sorang kakak aku gi beli tiket..Tapi, malang punya nasib, tiket HABIS! Alamak..memang sengal la sebab geng2 dari Terengganu ni nak balik bas pukul 7.30 petang nanti, ntah sempat ke tak. Last2 dapat la tiket pukul 5.30 petang. Kitorang tunggu la kat jeti tu lebih kurang 2 jam lebih sampai tertido2. Masing2 tak berani nak salahkan each other, sebab memang salah semua orang..arap2 ada keajaiban la berlaku supaya kitorang boleh sampai Kuala Perlis tu dengan pantas..malangnya (banyaknye malang)..feri datang dengan punctualnya..sob2..tapi nak gerak bukan main lambat lagi sebab duk menunggu orang duk angkat harta rampasan perang dorang. Kitorang pon tak kurang hebat, aku ni lima enam kali ulang alik kuar masuk feri angkut barang..penat, panas, rimas, seksa hanya Allah yang tahu..sila balik sehelai sepinggang je ye lain kali..sumpah penat!



Maka, bertolak la kami around 6pm camtu. Dalam hati kitorang nak cepat sampai nak cepat sampai je. Bimbang dorang yang nak balik Terengganu ni kelam kabut dah bila sampai sana nanti and the worst case takot tertinggal bas!huk2..namun takdir Allah dah menentukan segalanya, sampai kat jeti 7.25pm! kitorang pon memang berlari2 bawak barang semua tuk kejar bas. Kakak aku sorang dah pergi ke bas sten tuk  tahan bas tu ngan kawan kakak aku, naseb baik ada orang tolong..huk2..pastu pak cik bas yang baik tu datang ke Kuala Perlis tuk amik yang lain2..memang sangat rushing..sangat2..berpeluh jangan cakap la, walaupun waktu tu hujan..Semua terkilan sikit la sebab ending trip ni jadi kelam kabut. Tak best la, plan nya nak gi makan2 kat Kuala Perlis tu dulu..apakan daya..

Kesimpulannya, aku sangat enjoy trip kali ni. Mungkin dah lama tak buat aktiviti2 gini kot. Apa yang aku harap hubungan keluarga aku ni akan terus kekal kukuh dan tak bermasalah sampai la hujung nyawa..aku tetap sayangkan darah daging aku ni walaupun aku ada lagi satu family..(^.^)


Ending..

Thursday, June 16, 2011

'Langkawi..here I come..' part 2..

Salam Semua..

Entry lepas aku dah citer hari pertama aku and family kat Langkawi kan..ok now, kita cerita apa yang berlaku pada hari kedua plak..ala, ni macam cacatan perkhemahan korang dulu2 tu la..heee..pagi tu makan sarapan nasi goreng home-made..jimat2 tu kan amalan mulia.. *selepas dah banyak membazir semalam..ish3* Pastu kitorang sume gerak ke Pasir Hitam..aku dah pernah pergi time lawatan sekolah dulu, so tak de la jakun benor nak tengok kenape Pasir Pantai tu jadi hitam..mak aku semangat la nak tengok..1st time pegi nih..sekali ngan mak aku pon tak jadi nak jakun, dia cakap memang la hitam, laut dah tercemar..minyak tumpah apa bagai suma..hahaha..tapi memang kotor pon, penoh sampah kat tepi pantai tuh..wakil rakyat mana tak buat keje ni?ops!
See..'Hitam' kan?


Lepas snap sana sikit, snap situ sikit, kitorang berpecah..satu kereta gi Pekan Kuah, sebab ada lagi insan2 yang tak puas hati melabur kat Haji Ismail Group semalam, termimpi2 dah mangkuk Coreal tu..huhu..lagi satu kereta gi Under Water World..time lawatan ritu, budak2 lagi, tak cukup duit nak masuk tempat mahal gini..sekarang dah mampu la..Kitorang ber4, bawak sekali budak kecik 3 orang tu..yang terlebih excited haruslah makcik2 dorang ni ha.. Best jugak kat sini, binatang2 di groupkan mengikut habitat and jenis masing2..apa yang ada pon berbaloi la ngan harga tiket masuk. Tapi aku baru je pergi Akuaria KLCC tahun lepas and rasa tak banyak beza dengan apa yang ada kat sana, so tak de la jakun sangat.. Kebetulan, time kitorang nak keluar tu, ada pertunjukan anjing laut, so excited lebih sikit dari kadar biasa..Sedar tak sedar almost 3 jam jugak kitorang  duk tawaf2 dalam tuh..kesian budak2 kecik ni dah lapar..yang tua2 ni, nampak pintu keluar baru tersedar lapar..huk2

 

Lepas dah kenyang sume, kitorang balik umah, tercengang la kejap tengok barang2 hasil rompakkan geng2 dewasa nih..semua tak nak kalah..Lepas dah rehat sikit sebanyak, satu kereta gerak gi naik Kereta Kabel, satu kereta lagi tak de arah tujuan..huk2..aku mesti la dalam golongan tak de arah tujuan tu sebab dah pernah naik kereta kabel tu dulu, so tak berminat la nak gi lagi..Mula2 cadang nak gi mandi laut, tapi sebab dah lewat petang, kitorang gi Dataran Lang.. Kak Long teringin nak pekena Laksa Kedah..Kitorang duk jalan2, makan2 kat situ sampai la pukul sembilan lebih baru balik rumah..

Esok dah nak balik! malam tu kitorang borak2, gosip2, cerita2, gelak2 ngan adik beradik sume..dah lama situasi macam ni tak jadi..masing2 sibuk dengan kerja, family masing2..best  jugak buat aktiviti gini sekali sekala..boleh la rapatkan tali persaudaraan..sedih plak kalau pikir dulu main sama2, buat benda bodoh tak cerdik sama2, sekarang dah ada yang kawen, ada yang pregnant, ade yang ada anak, yang kerja jauh2..huk2..sedikit sebanyak akan ada benda yang akan berubah..endingnya, macam semalam jugak, pukul 1 lebih baru tidur..


To be continue..


Saturday, June 11, 2011

' Langkawi..here i come..' part 1..

Salam semua..

Ni sebenarnya kisah peram..citernya 14 Mei lepas, aku and family besar pergi makan angin ke Langkawi..Dah lama dah kitorang tak pergi makan angin satu family macam ni, dah 2 tahun kot. Dengan stress kerja nya lagi, memang sesuai la sekali sekala pergi bercuti, kan? Tapi, kali ni pon tak semua adik beradik yang pergi, ada lagi 3 orang yang tak join sebab ada hal masing2..Aku bertolak dengan kakak aku yang kat Bangi ni malam jumaat ke Penang, jumpa suami dia kat sana dan terus ke Kuala Perlis. Family members yang lain datang dari Terengganu, naik bas ke Kuala Perlis terus, so kitorang jumpa kat sana jer. Kitorang jumpa dalam pukul 8.30 pagi, then sarapan dulu sikit. Beli tiket feri pukul 9 pagi. Ni kali ke2 la aku ke Langkawi lepas lawatan sekolah 8 tahun lepas..huk2..dah tua rupa nye aku ni..

Semua sekali yang pergi 12 orang (9 dewasa, 3 kanak2)..so, sewa 2 kereta. Kitorang stay kat 1 homestay kat Jalan Ulu Melaka..(aik, kat Kedah pon ada Melaka?hehe)..Time tu semua hotel penuh, lagi2 nak sewa tuk kapasiti ramai ni, kalau pergi honeymoon 2 orang tu senang la sikit.. Padahal kitorang dah prepare sebulan sebelum majlis pergi kot.. Hum, sampai je kat homestay tu, kitorang mandi2, rehat2 jap sebelum keluar jalan2 buang duit..aku ngan mak aku dah lapar dah, tu la pagi tadi konon merajuk tak nak breakfast sebab roti canai kat kedai tu abis, rela tak nak makan makanan lain..huk2..Makanan mak aku plak kena bedal ngan cucu..huhu

Ok, 1st destinasi ialah Padang Matsirat..kat sini boleh la beli kain batik, kain pelikat, minyak gamat sume..nak beli souvenier pon ok gak..aku beli la jugak serba sedikit mengikut kemampuan..heeee..Lepas kitorang makan kat kedai tepi jalan tu, terus je jalan kaki ke tapak jual2 tu..rupa2nya kat sini la jugak tempat nak tengok Beras Terbakar..tapi family aku ni tak kisah pon beras terbakar ke tak..dorang lebih tekun kat kedai jual2 ..huk2..Tapi satu je yang tak tahan..cuaca sangat sangat dan sangat la terik menusuk kalbu..lejun ketiak wohhh..mula2 tak nak la berlagak pelancong pakai topi gi sawah bagai, tapi memang tak tahan sangat, beli la jugak 1..*segan*..







Lepas dah beli serba sedikit, kitorang pon balik umah, tak tahan dowh..panas gila..terus masuk bilik ada aircond, rase tak mo keluar gi mana2 dah..nyamannnn..sampai tertidur2..haha..buruk perangai, gi bercuti pon sibok nak tidur..pastu, petangnya kitorang pergi Pantai Cenang..geram je tengok orang mandi manda, main banana bot sume..nak jugak! tapi tak sesuai la sebab waktu dah petang..ambik2 angin jer..then bergerak ke Pekan Kuah..kat sini syurga la tuk geng2 dewasa group kami ni..tuk aku and adik2 plus anak2 buah aku memang tak de sangat la yang menarik..kecuali coklat..ak beli la sikit2 tuk bagi kat kawan2..pastu wat muka bosan tunggu geng2 dewasa tu pilih mangkuk pinggan..dalam pukul 10.30 kitorang balik rumah, tapi balik asing2..kereta yang aku naik ni geng2 bujang je,tetebi terpandang plak pasar malam..singgah la jap, sempat la beli baju sehelai...haha..pasar malam pun jadi..

 
 



To be continue...

Monday, May 9, 2011

Sakit penghapus dosa kecil..

Salam Semua..

Dah lama jugak aku tak update apa2 cerita kat blog ni..Weekdays memang tak sempat la kan, balik kerja pun dah lewat malam, so hanya berharap pada weekend jer..Kisahnya, weekend lepas aku demam teruk, ujian dari Allah..So, memang tak dapat la nak update apa2..Nak pandang laptop pun dah rasa loya semacam..hehe..Aku demam biasa jer..Tak de penyebab2 lain kot..InsyaAllah..cuma kali ni, duration demam tu lama sikit..Biasanya sehari jer..kali ni 3 hari! Siap muntah2, tak selera nak makan bagai la..pakej lengkap! sebelum ni, tak pernah demam macam ni, seingat aku la..biasanya demam manja2 gitu jer..tu pun 3 tahun sekali..huk2..tahun ni je, dah 2 kali aku demam..tak nak la fikir bukan2 kan, aku just terima and anggap ujian Tuhan jer..

Aku start tak sedap badan hari selasa, mungkin sebab hari isnin balik kerja kul 2.30am kot..(sila jangan terkejut kenapa aku balik kerja 'awal' sangat)..Tapi start tak boleh wat pape petang rabu..malam rabu tu dah panas2 tak boleh duk diam dah..esoknya badan dah panas, tapi gigih jugak nak pergi kerja..akibatnya, sampai ofis dah lembik..tidur je kat surau sepanjang hari..seksanya Tuhan je yang tahu..dengan sejuknya, sakit badan tidur atas lantainya..sedey..sob2..Masa tu makan panadol je la ngan ubat sakit tekak..harap2 tak melarat..

Esoknya dorang soh aku duk umah jer, tapi aku cakap dah ok dah (dalam hati takut duk umah sorang2..haha).Tapi, belum sampai ofis, badan aku dah menggeletar2, siap nak termuntah dalam kereta..Sebelum sampai ofis, Anis hantar aku gi klinik dulu, dapat MC sehari..So, tengaharinya, Kiah hantar aku balik umah, rehat kat umah..Duk kat umah lain sikit dari kat ofis..boleh rehat betul2..Sampai je umah aku terus tido, bangun solat makan ubat tidur bangun solat makan ubat tido sampai la esok pagi..eehehehe..Pagi ahad baru la dah sihat balik macam biasa..dah boleh makan banyak2, dah boleh mandi lama2, dah boleh cakap tak henti2..hehe

Cool Fever..Panadol..Air Badak..semata2 nak cepat sembuh..

Ubat yang pahit giler penah aku telan..sob2
Kat sini, aku nak cakap thanks banyak2 kat Anis, tolong hantar gi klinik, kat Dayah tolong tampalkan 'cool fever', tolong sapu2 air asam jawa kat kepala aku (siap pesan nanti mandi letak shampoo, rambut bau asam jawa..haha), thanx kat Kiah hantar balik umah yang sudahnya ang plak yang sesat tak tahu nak balik ofis, thanks jugak masakkan tomyam kat aku yang last2 aku pon tak boleh makan..thanks kat korang sume sebab sudi layan aku yang banyak kerenahnya ni..Thanks!..semoga Allah balas jasa korang..Lepas ni, diharapkan dijauhkan lah dari sakit2 macam ni lagi..huk2..sedeyh bile time sakit2 ni jauh ngan family..rasa cam banyak dosa pun ada..huk2..Tu la, akibat tak amalkan gaya hidup sihat gamaknya..heeee


Wednesday, November 17, 2010

Salam AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia..

Sembelihkan lah segala sifat LEMBU yang ada dalam diri kita..(aku sangat suka ayat ni, dicedok dari ustaz dalam rancangan MHI pagi tadi)

Hari ini tak de apa yang istimewa. no juadah pagi raya, no baju raya, no salam2, no picture. Begini lah jadinya kalau tak balik beraya kat kampung. Bukan tak nak balik, tapi tak der tiket kot? ha! kot?hehe..Tadi ada kol adik2 and kakak2 kat kampung.

My brother punye cerita:
Me: Makan per arini?
Lil Bro: Banyak sangat K yah (cousin kitorang) masak, sampaikan tak tahu nak pilih mana satu, last2 terus balik rumah..
Amboi, mengada ye kamu! (dia kena la menumpang kasih kat rumah cousin, my parent pergi Mekah)..

My sis punya cerita: 
Sis : Ha, beraya kat kampung ni, banyak Wan masak..
Me: Wan masak ape?
Sis: Banyak sangat la Wan masak. Ada lemang, ketupat, nasi minyak, rendang ayam, daging, kek bla bla bla....

My Love punye cerita:
Love: Sayang makan ape hari ni?
Me: Makan nasi je, tu pon panaskan lauk semalam.
Love: Aloh kesiannya. Hari ni B makan nasi tomato dengan rendang daging dengan ayam masak merah dengan bla bla bla..

Arggghhh..semua orang tak sayang kat aku dah! Aku majuk kang, tido 4 hari tak bangun2..waaaaaaa




Tuesday, October 5, 2010

I'm Back..

Assalamualaikum semua. setelah 8 bulan menyepi atau dalam erti kata lain tidak rajin nak update, sekarang saya datang balik. uisshh, 8 bulan tu. kalau perempuan pregnant, dah nak bersalin dah. punya lah tidak rajin.. huhu.Banyak benda yang berlaku sepanjang 8 bulan ni, so rasa cepat je masa berlalu. Kalau dulu saya penggangur terhormat, sekarang saya dah jadi pekerja..Kerja apa? kerja yang paling mulia dalam dunia iaitu G.U.R.U ataupun C.I.K.G.U mahupun P.E.N.D.I.D.I.K dan T.E.A.C.H.E.R dalam bahasa Inggerisnya. yalah2 saya bukan ambik kos pendidikan pon dulu. so, saya ni cikgu sandaran jer. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). sejak 22 februari dulu, dah 2 sekolah dah mengajar. aip2, saya bukan kena buang keje sebab datang lambat..sekolah yang pertama tu buat rombakan, so terjadi lah lebihan guru, Jabatan tukar saya ke sekolah lain..

Sejak dah kerja and ada pendapatan sendiri ni, Alhadulillah semuanya bertambah baik. Bertambah baik dari segala segi dan petak. Walaupun belum berkerja dalam bidang yang sebenar, at least tak la buang masa. Family pon dah tak risau. Makcik sebelah umah pon dah tak boleh nak mengumpat.. haha padan muka! Kerja kat sekolah pon tak banyak sangat and student2 pon setakat ni masih terkawal..

Ok2, nati saya update lagi and citer panjang lebar..Insyaallah dah rajin ni, sebab sekarang fati pon dah ada blog jugak..malam2 update sekali..aloloh, suuwiiiiiitnye..hehe

Wednesday, January 27, 2010

Hari membuat keputusan..

Dah lame x post sumthing kat blog nih..x der cerita menarik yang nak dikongsi sebenarnye..life still mcm biasa..makan tdo, mkan tdo je la skrg..cari kerja pon suam2 kuku jerk..this week ade dpt 2 interview..both kat kl..pikir punye pikir, timbg punye timbg..decide x nk pegi..*sigh*..sempat lg memilih tuh..hehe..fyi, i nih mmg syg sgt3 nk tingglkn penang, nape ntah..so, selama 9 bulan menjd penggangur terhormat ni pon, still i duk penang..(smbil memekakn tinge dgr family bising soh blik kg) tp, bkn i x blik lgsg ye..every month, sure blik tganu, lepaskan rindu..cewah..

ok, semalam i de jupe one of my biz partner dl, abg fairus..die show me sumthing yg buat i terfikir2, smpai masuk dlm mmpi tuh..haha..so, arini i kene decide..take it or leave it..??i ni mmg cmni, wat keputusn mmg cept, tp nk bertindk tu yg lmbt..plan berjela2, impian berlambk..tp usaha sgt kurg..how??hopefully lepas ni i brubh kot..mner tau..this thing, seems easier than before..n yg penting, murah!!!haha..so, wat say u??

Gambar terbaru time tgk chipmunk..thanx to Mex la yg sponsor tiket..muah!!

Wednesday, January 6, 2010

WishList 2010..

Okey lah, kalo ritu i senaraikan azam tahun br, skrg ni i nk snaraikan wishlist 2010 plak..samada bjya tuk diperolehi atau tidak, Wallahua'lam..yg penting kene de niat, de usaha..InsyaAllah dapat..hum, kalo nk diikutkan nafsu tamak haloba nih, bejela2 nk tulis..tp berpada2 la ye cik Liza..dahulukan yg penting n planning harus logik..can??can..can..ha, dibawah merupakan wishlist i tuk taun ni, sape yg rse bnde2 dibawah agak menjengkelkn saudara saudari, terpulang lah..sbb, ini blog, i yg punya!!heee..

  • Lesen P (Kelas D)..sbnarnye dah penah amek dl, tp disbbkan kealpaan, tekanan emosi dan segala bagai, bleh expired lesen L i..pdhal, cuma tinggl nk test QTI ngan JPJ je lg..how?adush, kne la amek blik..x per2..
  • Ha, dah ade lesen, mesti la gedik nk kete kan??of the kos ler..my dream bkn la BMW 3 or 5 series tu, bkn jgk vios or camry..hanyalah cik puteh, myvi..nak3x..

  • Yg ke3, kte pegi ke arah penampilan la plak..hehe..malu la nk ckp..tp, kne ckp jgk..sbb ckp tu doa..byk2 kali ckp, arap2 termakbul..x gtu??hum, i naaaaaaaakkkk sgt pkai braces..hihihi..walopon gg i ni bkn thp kritikal mikal, tp i naaaaaakkkk jgk..supaya senyumn i lbh menawan, tertawan n ditawan..suke2
  • Yg seterusnye pulek, i nk ade kamera digital..nk yg DSLR tu, tp pkir2 tunggu wat hntaran kwen pon sweet jgk kan?kan?so, i decide nk ade kamera yg bese2 dl pon x per..tp, kalo bleh nk cap nikon warne merah..asal ade kmera tuk abadikan detik2 indah kehidupn i nih..can?of the kos la can..
  • Yg ke2 last, i nk ade insurans..ye! medical kad..or sumthing yg bersgkut paut dgnye..ye la, nk rse selamat n terjamin sket kalo de pape blaku..x gtu?ye, tepat skali..
  • And..yg last..ape yg sy nk taun ni adelah..hadiah tuk diri sendiri..malu nk ckp..gedik!haha..i nk hadiahkn kat diri i, cincin emas putih batu seketul kat atasnye..x kire la cap hape..poh kong ke, mr habib ke..wah chan ke..kedai emas kak zainab ke..i x kisah..dah imagine dah cane wajahnye..harus la chantek!! (nk tunggu org bg, lmbt sgt..beli sndri je la..huk2)..
Ha, muke i pon tgh berbunge2, syok berangan nih..hehe..just i wish to myself, GOOD LUCK n semoga tercapai la segala impian2 di atas..!!yes, i can!!

Tuesday, January 5, 2010

Azam 2010..

Haih, 5 hb br nk ade azam tahun baru..can ke gtu?

Haha..for me, sume pon can..below adelah list azam taun nih..hopefully dpt lah dilaksanakan..maseh ade 360 ari lg ye tuk melaksanakan azam2 nih..(terbatok2 en Azam, asek sebot nme die..haha..)


  1. First, i nak jd hamba Allah yg lebih baik dr taun2 sblom2nye..jage solat, jage aurat, jage adab, jage tutur kate, byk2n amalan sunat..(dah tue nih, sile insap ye cik Liza)
  2. 2nd, i nak jd anak yg baik for my mom(seimbangkan kasih syg umi ngan mak), jd kakk yg baik kpd adik2, jd adik yg baik kpd ol my sistas.
  3. Mempunyai financial yg kukuh n grab my dream, cik puteh..(amin3x)
  4. Menyambung semula pershbtan ngan member2 lame dolu..kwn2 SKK, SMAKH, MRSM KOPU, KMJ, n of kos USM..sile carik dorg balik ye..
  5. Menukar penampilan sesuai dgn mase, tempat dan keadaan..no more selekeh2 pless..
  6. AND...hopefully, by the end of the year, i akan yakin serta bulat ati memilih sumone sbg teman hidup..bknlah mksdnye kawen tros, tp nk bulat ati..means no more nakal2, gatal2..hehe..setia pd yg 1..can ke?of kos can!!

Okey, tu je la list azam taun 2010..smoga dpt dilaksanakn sebaiknye. Jangan azam je berjela2, buatnye x..ATTITUDE tu yg kene ubah dl, n InsyaAllah, sumenye akan berakhir dgn baik..last, Gud luck and all the best..!!


Friday, January 1, 2010

Launching..


Bismillahirahmanirahim..


As I promise to myself, hari ni (1 jan 2010)..i nak merasmikan kemunculan kisah-liza.blogspot di dunia maya ini.. cepat tepuk2! Impian nak ade blog sendiri memang dah berkurun dah, bermula dari sejak pandai jadi stalker kat blog kawan2, or yang bukan kawan..tapi, disebabkan perasaan malas nak update salu meluap2, so dah ade 3 blog dah kot yang terbengkalai..hope, kisah-liza bukan yang ke 4..hehe

Walaupun tahun lepas banyak event2 yang best (konvo, my sis's wedding, cuti2 malaysia dll)..x per la, nati I bleh wat "hari ini dalam sejarah"..hehe..boleh ke gitu?eh, mesti la boleh..ni kan kisah-liza..ye! saya lah liza!

Ok..let me introduce myself sket..I ni just simple person yang mempunyai angan2 yang sudah tentu tidak se-simple tuan punye badan..kadang2 simple person yang boleh membawa ke arah selekeh..errkk..patot la kawan tak ramai..yup! i pon pelik nape orang tak suka kawan ngan i..sob2..AND sekarang masih lagi berstatus penganggur yang sangat berjaya.. haha..lucky me! Motif kelahiran blog ni adalah:


Satu: Berkongsi kisah saya ngan kawan2 (i pon suke bace blog kawan2..even tak msg, tak kol, tak jumpa, tapi I still amek tahu update dorang..)

Dua: Menaikkan semangat I tuk mencapai impian yang tak se-simple tadi tuh..huhu

Tiga: Kepuasan diri sendiri..puas ke?ada rase macam makan mee hun th'ng kat kopitiam ke?wuu..*lapor*

Empat: Cam diari la..x yah nak usung ke mana2..tak perlu nak tukar2 tiap masuk tahun baru?btol?u with me! len kali, kalau rase nak bace balik, mesti memory lane giler..(kalau rajen update..ngeee)



P/s: Rajen ke I nak update nanti? Tungguuuuuu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...