Sunday, October 24, 2010

Guru Sandaran Tidak Terlatih..

Ok la..hari tu dah bagitau yang saya sekarang kerja sebagai seorang guru..GSTT kat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Convent Datuk Keramat, Georgetown..Dah hampir 5 bulan dah kat sini since kena tukar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong pada 1 Mei lepas..

Kat sini suasananya memang jauh berbeza la dengan SMK Jelutong dulu. Yang paling ketara, semua pelajar perempuan and rajin and hormat cikgu and rajin datang sekolah..aik, nampak semua baik jer kat sekolah ni..tak jugak..di mana ada kelebihan, di situ ada kekurangan kan?kan?

Ok. Entry kali ni saya nak bagitau apa kelebihan and keburukan GSTT..oh ye, tahun depan saya dah tak berhasrat nak jadik cikgu lagi..mungkin kerana alasan di bawah? perhaps!

Kelebihan:
1. Gaji not bad la kan..DC 41 (gaji pokok RM1908 ++ elaun RM600)
2. Kerja 6 jam je sehari and mostly 5 hari seminggu (pegi keje ngan bas, tambah lg 2 jam perjalanan pergi and balik..huk2)
3. Sebagai cikgu GSTT, korang tak kan diberikan tugas2 yang besar..so, bebanan kerja mungkin terlalu kecil atau mungkin boleh dikatakan sebagai tak ada!
4. For me, telatah pelajar sangat menghiburkan..bila kita ingat2 balik, memang seronok..=)

Keburukan:
1. Gaji yang tak kan pernah berubah (Berapa tahun pon jadi GSTT, no naik gaji and no bonus..harap maklum)
2. Peluang diberhentikan kontrak secara tiba2..ni memang sangat sadis and memilukan la..ye la, bila guru baru mula posting, akan berlaku lah lebihan guru, Kerajaan mana nak bayar lebih2, so GSTT akan diberhentikan konrak..sedey kan? =(
3. Pandangan sinis masyarakat..tak kira la dalam organisasi tu sendiri or kat luar..Organisasi akan beranggapan bahawa GSTT tak de pengalaman, tak boleh buat kerja, bermasaalah (ni yang salu wat aku bengang) dll..hello, kami pon masuk u jugak, penah gi sekolah jugak..ceit! Dan pandangan orang luar plak, "Owh, tak de kerja ye, jadi cikgu?" hello makcik, tak tau perkembangan semasa, sila diam! Aku ni dah malas nak layan orang macam ni and tak de masa nak explain kenapa aku jadi cikgu..(Kata Ganti Nama pertama "saya" telah bertukar menjadi "aku" kerana pengaruh emosi..hahaha)






p/s: Ade je cikgu tetap perangai cam taik, ko tak bising plak ye..kalo GSTT, cepat aje nak kecoh! Dasar jshfkasjkasjd!!

Friday, October 22, 2010

Kuala Kangsar..

Assalamualaikum..

Ok, ini kisah dah berkurun sebenarnya..tapi punya la lambat nak update..hattoooii..Al-kisahnya 25 september yang lalu, kami (cikgu2 SMJKCDK) pergi ke Kuala Kangsar atas nama latihan dalam perkhidmatan..time dalam bas tuh sempat la mengimbau kenangan2 lampau jakun naik bas persiaran pergi lawatan..Dah lama rupanya tak pergi lawatan secara formal cenggini..huk2

Ok2..tak perlu membebel kot..hum, kitorang bertolak dari sekolah pukul 7.30 pagi dan aim akan balik dalam pukul 2pm..Tempat yang mula2 nak dituju ialah tempat orang buat labu sayung..sepanjang perjalanan memang terhibur sebab tour guide nya klakar and banyak ilmu! So, otak aku hari tu memang sarat dengan ilmu pengetahuan am..Alhamdulillah..

Dalam perjalanan ke tempat orang buat labu sayung tu, singgah la dulu kat area MCKK(Malay College Kuala Kangsar), nak tengok sebatang pokok getah yang mula2 sekali ditanam di Tanah Melayu ni..kate nye la kan..

 Pokok getah kalo masih dara (tak ditoreh) akan mengembang cam pokok2 lain jugak..yang tak dara aje yang slim..aik, cam terbalik plak ngan manusia..heh!

Then, teruskan perjalanan ke tempat orang buat labu sayung, kat Kuala Kangsar ni kan memang femes orang buat labu sayung kan?hehe..kalau tak pergi lawatan ni, sumpah aku pon tak tahu..=D Owner tempat buat labu sayung ni sangat la humble..gigih akak ni terang satu2 kat 'student2' tak berapa nak remaja ni..hehe

Mesin kisar tanah liat..buat dari tong drum je pon..kreatif + jimat!
Tanah liat: macam dowh kueh raye =D
Itu bukan teh ais..lol!
Tekun jer dorang.. (^.^)

Due singgit..Due Singgit! p/s: cikgu tu tak nak kawan ngan i..sob2

Ececeh..control la tuh..
Mereka sunggoh 'berseni'..tak tipu..p/s: saya maksudkan yang duduk tu ye..=)
Nak jugak die~~

Dari tempat pengusahaan labu sayung ni (giler skema ayat..haha), kitorang bergerak ke kilang tekat plak..Kat sini memang klakor..ye la, seni tekat mana ada orang yang minat sangat nye pon..aku ni saje buat2 minat la, sebab kesian kat makcik tu, nati dia terang tak der orang dengar plak..huhu..Ops, sebelum tu singgah kat Majid Cantek ni sekejap..

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar
Sempat plak tuan rumah wat open house..likeeee!
Kagum aku ada orang minat kerja yang serba rumit ni..haih
Kat tempat seni tekat ni, lama kitorang stop, bukan sebab tertarik dengan seni tekat, tapi berminat kat semua yang ada kat rumah owner tekat ni..Cikgu2 ni boleh plak beli telor ayam kampung la, buah belimbing la, amik pokok la buah la (tuk ubat kencing manis..kooott??)..pelik sunggoh dorang ni, mungkin tak pernah masuk kampung kot. tapi seyes, suasana kat sini memang terasa kampung nye..aman damai harmoni dan sejahtera..hehe

Oh, saya sungguh meminati seni tekat..aip, tisu dosa!

Tu la pokok yang dorang amik..kat belakang tu reban ayam..

Pokok ni bleh ubat 'air pasang' ..malas nak explain, google ah!

Bergerak dari tempat tekat ni, kami pon pulang..rela tak lunch dowh semangat nak balik awal..aku jugak yang sengsara..lapor! tapi aku hanya insan kerdil mana boleh bersuara..huk2..anyway, sampai kat sekolah dalam pukul 3pm jugak..







p/s: Nice trip..berbaloi pegi..=)
p/s/s: Woooooahhh..aku berjaya update entry panjang buat pertama kali..yeay!

Tuesday, October 5, 2010

I'm Back..

Assalamualaikum semua. setelah 8 bulan menyepi atau dalam erti kata lain tidak rajin nak update, sekarang saya datang balik. uisshh, 8 bulan tu. kalau perempuan pregnant, dah nak bersalin dah. punya lah tidak rajin.. huhu.Banyak benda yang berlaku sepanjang 8 bulan ni, so rasa cepat je masa berlalu. Kalau dulu saya penggangur terhormat, sekarang saya dah jadi pekerja..Kerja apa? kerja yang paling mulia dalam dunia iaitu G.U.R.U ataupun C.I.K.G.U mahupun P.E.N.D.I.D.I.K dan T.E.A.C.H.E.R dalam bahasa Inggerisnya. yalah2 saya bukan ambik kos pendidikan pon dulu. so, saya ni cikgu sandaran jer. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). sejak 22 februari dulu, dah 2 sekolah dah mengajar. aip2, saya bukan kena buang keje sebab datang lambat..sekolah yang pertama tu buat rombakan, so terjadi lah lebihan guru, Jabatan tukar saya ke sekolah lain..

Sejak dah kerja and ada pendapatan sendiri ni, Alhadulillah semuanya bertambah baik. Bertambah baik dari segala segi dan petak. Walaupun belum berkerja dalam bidang yang sebenar, at least tak la buang masa. Family pon dah tak risau. Makcik sebelah umah pon dah tak boleh nak mengumpat.. haha padan muka! Kerja kat sekolah pon tak banyak sangat and student2 pon setakat ni masih terkawal..

Ok2, nati saya update lagi and citer panjang lebar..Insyaallah dah rajin ni, sebab sekarang fati pon dah ada blog jugak..malam2 update sekali..aloloh, suuwiiiiiitnye..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...