Sunday, October 24, 2010

Guru Sandaran Tidak Terlatih..

Ok la..hari tu dah bagitau yang saya sekarang kerja sebagai seorang guru..GSTT kat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Convent Datuk Keramat, Georgetown..Dah hampir 5 bulan dah kat sini since kena tukar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong pada 1 Mei lepas..

Kat sini suasananya memang jauh berbeza la dengan SMK Jelutong dulu. Yang paling ketara, semua pelajar perempuan and rajin and hormat cikgu and rajin datang sekolah..aik, nampak semua baik jer kat sekolah ni..tak jugak..di mana ada kelebihan, di situ ada kekurangan kan?kan?

Ok. Entry kali ni saya nak bagitau apa kelebihan and keburukan GSTT..oh ye, tahun depan saya dah tak berhasrat nak jadik cikgu lagi..mungkin kerana alasan di bawah? perhaps!

Kelebihan:
1. Gaji not bad la kan..DC 41 (gaji pokok RM1908 ++ elaun RM600)
2. Kerja 6 jam je sehari and mostly 5 hari seminggu (pegi keje ngan bas, tambah lg 2 jam perjalanan pergi and balik..huk2)
3. Sebagai cikgu GSTT, korang tak kan diberikan tugas2 yang besar..so, bebanan kerja mungkin terlalu kecil atau mungkin boleh dikatakan sebagai tak ada!
4. For me, telatah pelajar sangat menghiburkan..bila kita ingat2 balik, memang seronok..=)

Keburukan:
1. Gaji yang tak kan pernah berubah (Berapa tahun pon jadi GSTT, no naik gaji and no bonus..harap maklum)
2. Peluang diberhentikan kontrak secara tiba2..ni memang sangat sadis and memilukan la..ye la, bila guru baru mula posting, akan berlaku lah lebihan guru, Kerajaan mana nak bayar lebih2, so GSTT akan diberhentikan konrak..sedey kan? =(
3. Pandangan sinis masyarakat..tak kira la dalam organisasi tu sendiri or kat luar..Organisasi akan beranggapan bahawa GSTT tak de pengalaman, tak boleh buat kerja, bermasaalah (ni yang salu wat aku bengang) dll..hello, kami pon masuk u jugak, penah gi sekolah jugak..ceit! Dan pandangan orang luar plak, "Owh, tak de kerja ye, jadi cikgu?" hello makcik, tak tau perkembangan semasa, sila diam! Aku ni dah malas nak layan orang macam ni and tak de masa nak explain kenapa aku jadi cikgu..(Kata Ganti Nama pertama "saya" telah bertukar menjadi "aku" kerana pengaruh emosi..hahaha)






p/s: Ade je cikgu tetap perangai cam taik, ko tak bising plak ye..kalo GSTT, cepat aje nak kecoh! Dasar jshfkasjkasjd!!

1 comment:

  1. Itu stigma.. kerja lah selagi itu kerja yg halal. semua org bleh jadi cikgu x kisah bidang apa pun, tp org yg belajar B.ed xde keja lain dah utk dorg, kalo nak minta jadi doktor nurse, malah tukang juai ubat pun x lepas. itu lah hidup dorg.. doktor boleh je bila2 nak jd cikgu, ye dak, just my 2cent

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...